Вы находитесь на странице: 1из 4

BAB 1 PENGANGGARAN

Statistik inferen (penabiran) membabitkan analisis terhadap data sampel dengan tujuan untuk membuat kesimpulan tentang populasi kajian.

Kaedah inferen terhadap sifat populasi atau parameter terbahagi kepada dua, iaitu: (i) Penganggaran nilai parameter tertentu (ii) Pengujian hipotesis berhubung dengan nilai parameter tersebut.

Antara contoh parameter populasi yang sering digunakan ialah min ( ), sisihan piawai ( ) dan kadaran ( ).

Penganggaran dan pengujian hipotesis menjawab dua persoalan


1. Dalam penganggaran kita menjawab persoalan tentang Apakah nilai parameter tertentu? 2. dalam pengujian hipotesis kita cuba merungkai persoalan Adakah sesuatu parameter mempunyai nilai tertentu?.

Min x , sisihan piawai s, dan kadaran p, adalah tiga contoh statistik sampel.

Statistik sampel yang digunakan untuk menganggar parameter di sebut penganggar. Terdapat dua jenis penganggar, iaitu penganggar titik dan penganggar selang.

1.2 PENGANGGAR TITIK Anggaran bagi parameter populasi boleh diperoleh menggunakan data sampel dengan mendapatkan satu nilai tunggal statistik sampel yang sesuai. Nilai tunggal ini disebut anggaran titik.

Beberapa Contoh Parameter dan Penganggar yang Sepadan

Penganggar terbaik memiliki beberapa ciri berikut: (i) Saksama (ii) Cekap (iii) Konsisten (iv) Cukup

1.2.1 Penganggar Saksama Katalah sebagai satu parameter populasi dan ^ sebagai statistik sampel bagi menganggar . Statistik ^ adalah penganggar saksama bagi jika min bagi ^ ialah . Secara matematiknya, ^ adalah penganggar saksama bagi jika E( ^ ) = iaitu nilai jangkaan bagi ^ ialah . E(min) = E(median) E(mod)
^

penganggar tak saksama (disebut juga penganggar pincang), maka E ( ^ ) . .

Вам также может понравиться