Вы находитесь на странице: 1из 32

Cikgu Mohd Khir Kassim - B.

M STPM dan SPM Untuk dimanfaatkan oleh pelajar, guru, dan individu yang cinta akan Bahasa Malaysia. Pengikut laman ini

MONDAY, MARCH 8, 2010 Karangan Format Pidato SPM - Memartabatkan Bahasa Melayu

Soalan:

Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah. Tajuk pidato itu ialah "Memartabatkan Bahasa Melayu".

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Teks Pidato Contoh

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anakanak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guruguru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian, Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian, Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim Posted by Cikgu Mohd Khir Kassim at 7:14 AM Labels: spm 69 comments:

Anonymous said... Assalamualaikum Saya memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu dan saya akan mengubahnya sedikit. Harap maklum

March 21, 2010 2:00 AM Mohd Khir Kassim said... Waalaikumussalam. saya benarkan untuk diubah suai. Sepatutnya karangan orang lain dijadikan contoh atau panduan sahaja dan kita sendiri perlu mengubahsuainya untuk memastikan proses belajar itu berlaku. Satu perkara lagi, untuk lebih sopan sila perkenalkan diri. Terima kasih.

March 21, 2010 11:45 PM Anonymous said... Assalamualaikum.... saya nurhidayah dari IPGK Johor Bahru. saya minta izin menggunakan karangan cikgu sebagai sumber rujukan saya untuk membuat karangan pidato Bahasa Melayu Komunikasi (BMK). Terima kasih...

May 2, 2010 5:33 AM

Anonymous said... Assalamualaikum saya ain dr IPG KKB minta izin untuk menggunakan karangan cikgu sbagai panduan untuk kelas Teras Bahasa Melayu. terima kasih :)

August 1, 2010 8:44 AM Anonymous said... salam..... saya nurul iman juga mohon izin utk copy karangan tuan bg rujukan saya ...

August 4, 2010 2:41 AM farhah-nur-wavesandiamond- said... salam cikgu. saya nur ingin meminta kebenaran mengambil karangan cikgu utuk dijadikan panduan. terima kasih.

August 5, 2010 11:42 PM MiN said... Assalamualaikum Cikgu,

Saya ingin memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu sebagai rujukan. Terima kasih.-Yasmin IPGKDRI

August 12, 2010 4:32 PM Anonymous said... salam...saya siti aisyah dri IPGKTHO ingin memohon kebenaran cikgu untuk ambil karangan cikgu sebagai bahan rujukan untuk kerja kursus bmk...terima kasih

August 14, 2010 8:56 PM cikgu latifah said... Assalammualaikum... cikgu, saya minta kebenaran untuk mengambil karangan ini untuk p&p bahasa Melayu saya - cikgu latifah.

August 16, 2010 8:53 PM cikgu latifah said... Assalammualaikum cikgu, saya minta kebenaran untuk menggunakan karangan cikgu untuk tujuan p&p saya. terima kasih- cikgu latifah

August 16, 2010 8:54 PM Anonymous said... assalamualaikum, cikgu... saya memohon kebenaran cikgu untuk mengambil karangan cikgu dan juga mengubahnya sedikit...terima kasih cikgu... karangan cikgu sangat membantu... selamat hari raya!=) harap maklum...

September 2, 2010 8:41 PM Anonymous said... cikgu saya ingin memohon kebenaran dari cikgu untuk copy karangan ini untuk rujukan saya. terima kasih.

September 20, 2010 10:28 PM Anonymous said... assalamualaikumm... saya ingin memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu sbg rujukan.. terima ksih:)

September 22, 2010 8:23 AM Anonymous said... Asalamualaikaum cikgu... Saya Ramlee Wahab -KPTM- Batu Pahat, mohon menggunakan pidato cikgu untuk buat latihan dan 'audition' untuk pertandingan di kolej. Kerjasama dan jasa cikgu amat saya hargai dan sanjung tinggi.

September 23, 2010 4:17 AM Anonymous said... salam. saya nak mintak izin untuk guna karangan cikgu untuk pertandingan pidato diraja tganu. thanks :))

September 26, 2010 1:02 AM Anonymous said... selamat petang cikgu, saya marsiolena dari sekolah menengah perempuan meminta kebenaran dari cikgu untuk menyalin karangan cikgu untuk panduan saya. terima kasih.

October 13, 2010 4:36 AM Anonymous said... assalamualaikum,,, sy minta kebenaran cikgu untuk guna piadto ini sebagai panduan untuk karangan pidato saya... -lela dri Ipg kdri

October 24, 2010 7:33 AM Nurman said... Terima kasih cikgu kerana banyak berikan maklumat yang menarik buat kami. Teruskan usaha cikgu dalam membimbing kami memahirkan diri berbahasa melayu.

Saya juga ingin minta izin untuk jadikan karangan2 cikgu sebagai rujukan. -RAHMAN KUIS-

November 14, 2010 7:02 PM Anonymous said... Assalamua'laikum..saya Nadia dari Gombak..Saya mohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu sebagai panduan dan tambahan untuk karangan yang hampir saya siapkan..terima kasih

January 3, 2011 12:40 AM Anonymous said... assalamualaikum. saya memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu dan saya berjanji akan mengubah suai dan bukan sekadar ' copy paste ' sahaja. terima kasih. harap maklum.

January 17, 2011 12:50 AM Anonymous said... Assalammualaikum saya nina dr jb, saya minta izin dr cikgu utk menjadikan karangan pidato cikgu sebagai contoh dalam kelas pengucapan saya.. sekian, terima kasih

January 25, 2011 6:53 AM Anonymous said... Assalamualaikum.. Saya Azreen, ingin meminta kebenaran untuk mengamambil karangan cikgu untuk dijadikan panduan.. Terima kasih.

January 27, 2011 11:44 PM Anonymous said... assalamualaikum, saya NUR memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu bagi membuat rujukan karangan bahasa malaysia saya

February 1, 2011 7:37 PM Anonymous said... asalamualaikum

saya memohon kebenaran untuk copy karangan pidato cikgu untuk pertandingan

February 3, 2011 5:57 AM Anonymous said... Assalamualaikum Saya Liza dari sabah, saya mohon izin menjadikan karangan Cikgu sebagai panduan. Terima kasih

February 3, 2011 8:30 PM Ashaari said... Assalamualaikum cikgu..saya ashaari dari Ranau sabah memohon kebenaran untuk mengambil teks karangan cikgu dan saya akan mengubahnya dengan sebaik mungkin..terima kasih cikgu..harap maklum

February 8, 2011 7:15 AM farrahanny said... assalamualaikum...saya faryhah drp IPGM ipoh..mohon kebenaran utk copy karangan cikgu sbgai rujukan saya dlm menyediakan teks pidato...terima kasih...

February 15, 2011 9:01 AM Anonymous said... Assalamualaikum Saya, Nur Liyana ingin mengambil karangan cikgu untuk dijadikan panduan.

February 16, 2011 5:11 AM Anonymous said... saya ingin meminta izin cikgu untuk menggunakan teks ini bagi pemilihan pertandingan pidato

February 19, 2011 9:57 PM Anonymous said... assalam. saya wani, pelajar universiti memohon nak amik wat contoh.

February 26, 2011 3:04 AM Anonymous said... assalamualaikum . saya ira dpd kuala lumpur juga ingin meminta izin untuk mengambil karangan cikgu untuk dibuat rujukan . terima kasih :)

March 12, 2011 1:31 AM Anonymous said... assalammualaikum,,,,,cikgu,,,,,,syer harap...cikgu izinkan syer,,,,utk menggunakan teks pidato cikgu ni,,,kerana,,,tidak lama lagi,saya akan menyertai pertandingan pidato di MRSM Tumpat,,,,syer berharap

cikgu benarkan,,,terima kasih cikgu,,,syer juga akn mngubah sdikit drp...pidato cikgu ini,,,,,terima kasih skali lagi cikgu,,,

March 15, 2011 9:39 PM Anonymous said... salam..mohon menjadikan karangan cikgu sebagai contoh pidato untuk pelajar saya yg bakal menyertai pertandingan pidato pada bulan mei nnti.. terima kasih wassalam... nurul

March 30, 2011 6:23 AM NiSha BerrY said... assalamualaikum .. saya zalika nisha .. dari bentong,pahang .. memohon untuk mengambil serta ingin mengubah suai sedikit isi2 di dalam karangan ini ..

April 5, 2011 5:10 AM Anonymous said... salam

ckgu saya harap ckgu mberi kbenaranutk sy mgolah kmbali pidato cikgu ini...untuk tujuan rujukan sahaja sekian terima ksaih budi bicara mu amat ku pohoni,,,

darp:firo

April 18, 2011 11:34 AM Ummu Hani said...

Assalamualaikum cg..sy mohon kebenaran untuk ambil karangan cikgu dan ubahsuai sedikit,harap maklum.. ainaa athirah

April 21, 2011 8:45 PM jamielah said... Assalamualaikum Cikgu.. saya mohon kebenaran ambil teks pidato cikgu...terima kasih

June 4, 2011 6:41 PM Anonymous said... salam cikgu. saya Anwar ingin meminta kebenaran cikgu mengambil karangan ini untuk dijadikan panduan. terima kasih.

June 14, 2011 5:31 AM althafunisa said... assalamualaikum ckgu... saya seperti yang lain2 juga ingin memohon kebenaran cikgu untuk menjadikan karangan ini sebagai rujukan... terima kasih cikgu =)

- aqilah ipt

July 2, 2011 9:47 PM

Anonymous said... Assalamualaikum , saya syakira dr kl . saya ingin mengambil karangan cikgu untuk dijadikan contoh ya cikgu , terima kasih banyak-banyak :)

July 2, 2011 11:40 PM Anonymous said... salam.. ckgu,sye Nurdiyananak minta izin ckgu untuk guna karangan cikgu untuk pertandingan pidato. thanks :))

July 19, 2011 5:34 AM Anonymous said... assalamualaikum ckg saya pelatih IPG ipoh ingin meminta keizinan ckgu utk menggunakan cth karangan ini sebagai rujukan untuk subjek bahasa melayu.. terima kasih

July 25, 2011 6:23 AM Cancer Girl said... This comment has been removed by the author. July 30, 2011 8:33 AM Cancer Girl said... Assalamualaikum saya nak meminta tunjuk ajar cikgu, kalau pidato saya adalah hari guru yang bertemakan "Pendidikan ke Arah Kesejahteraan Insan", apakah cadangan isi yang boleh dimasukan? cikgu, tolong beri sedikit panduan. terima kasih~

July 30, 2011 8:35 AM RusHy said... slm cikgu.mohon kebenaran utk mengmbil karangan pidato ini untuk dijadikan rujukan saya dlm menyiapkan tugasan Bm.Terima kasih.

August 1, 2011 3:22 AM Anonymous said... Assalamu'alaikum..saya Sharifah Rodziah memohon izin cikgu utk menggunakan contoh teks ini untuk memambahbaik teks pidato yang saya sedang siapkan...trm ksh dan moga Allah rahmati cikgu..

August 12, 2011 1:48 AM Anonymous said... mhon share utk cntoh pnduan sy ckgu

August 19, 2011 9:09 PM hidayah said... salam, sy dr ipgkkb nk minta izin guna karangan cikgu sebagai rujukan bg tugasan BMK sy..:)

August 20, 2011 11:56 AM Bulan said... assalammualaikum.. saya shahrul dari IPGKKB memohon izin untuk menggunakan karangan cikgu untuk tugasan BMK saya...

September 3, 2011 9:59 AM amy roshaida said... Salam cikgu...saya amy daripada IPG Kampus Keningau..saya ingin memohon kebenaran cikgu untuk menggunakan teks pidato ini untuk tugasan BM saya...harap cikgu membenarkannya..terima kasih...

September 9, 2011 6:55 PM mimi miekay said... asaalamualaikum...saya pelajar Bac.Pendidikan Moral,UPM Kampus Serdang memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu untuk dijadikan rujukan.... terima kasih

September 13, 2011 8:06 AM RESTORAN TANJONG RAYA said... Saya memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu utk rujukan saya.

September 16, 2011 4:18 AM Anonymous said... assalamualaikium cikgu izinkan saya mengambil bahan cikgu untuk di jadikan karangan contoh..kerana tjuk ini merupakan soalan tundingan spm 2011

October 1, 2011 7:47 PM Anonymous said... assalamualaikum cikgu. saya nurul, memohon kebenaran cikgu unyuk mengambil karangan cikgu untuk projek pembelajaran saya. terima kasih cikgu

November 4, 2011 9:35 PM Anonymous said... assalamuaikum saya memohon kebenaran untuk menjadikan karangan cikgu sebagai rujukan.... jasa cikgu akan ku kenang....

November 12, 2011 4:31 AM Anonymous said... assalamualaikum cikgu ..saya memohon kebenaran daripada cikgu untuk menjadikan karangan cikgu sebagai rujukan ..terima kasih ..

November 12, 2011 7:11 PM ZAINUDIN BIN MAMAT said... assalamualaikum cikgu ..saya memohon kebenaran daripada cikgu untuk menjadikan karangan cikgu sebagai rujukan ..terima kasih .

November 13, 2011 1:22 AM Anonymous said... Assalamualaikum, saya Zaiton dari IPGK, Bangi. Saya mohon ambil karangan cikgu sebagai sumber untk subjek Bahasa Melayu..terima kasih..

November 24, 2011 6:42 PM abqariyyahma said... Assalamu `alaikum cikgu. saya aqma dari ipg kpi, bangi mohon izin untuk jadikan karangan cikgu sbagai antara bahan rujukan kerja khusus saya. Moga segala urusan ckgu dpermudahkanNYA sbgaimana ckgu mmudahkan urusan org lain =) Jazakallaha khairal jaza'..

December 8, 2011 8:50 AM Wanieze said... assalamualaikum cikgu .

sy memohon kebenaran untk ambk krgn cikgu sbgai rujukan sy . :)

January 27, 2012 8:58 PM Anonymous said... Salam cikguu , saya Nurul Atiqah .izinkan saya menjadikan karangan cikgu sebagai sumber bacaan dan panduan di dalam kelas.

February 2, 2012 7:02 AM Anonymous said... assalamualaikum... saya wan dari ipg kampus darulaman ingin meminta jasa baik cikgu untuk memberikan contoh pidato yg bertajuk guru penjana tranformasi negara untuk panduan dan rujukan saya..kalau tak keberatan ini email saya.....ewann76@yahoo.com.terima kasih

February 8, 2012 7:57 AM Anonymous said... Assalammualaikum cikgu, semoga cikgu sentiasa diberkati dan dirahmati allah. Bolehkah cikgu berikan sedikit panduan kritiria penulisan pidato yang terbaik. Dan ciri - ciri teks pembukaan yang menarik.

February 11, 2012 7:02 PM viosmania76 said... salam...saya aslinda dari segamat..mohon bantuan ckgu sekiranya dapat uplodkn contoh pidato bertemakan guru sekiranya ada.trima ksih...

February 14, 2012 12:28 AM Anonymous said... salam....

cikgu sy ingin memohon untuk mengambil karangan ini sebagai panduan..sy ahmad dr segamat

February 20, 2012 11:12 PM anis said... assalamualaikum...sya minta izin cikgu untuk guna karangan cikgu buat rujukan sya...

March 3, 2012 4:58 AM Anonymous said... assalamualaikum cikgu, mohon beri kebenaran untuk mengambil teks pidato ini untuk dijadikan bahan kajian saya untuk subjek bahasa melayu kontekstual. terima kasih. - mastura/ IPG keningau.

March 15, 2012 12:44 AM z-hah said... salam , mohon share ye cikgu , wasalam

March 17, 2012 7:44 PM Anonymous said... assalamualaikum,mohon kebenaran untuk mengambil karangan ini sebagai rujukan. terima kasih, lidia/ipg keningau

March 18, 2012 11:38 AM Post a Comment

Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) Label

guru (18) Komsas SPM (32) spm (30) stpm (62) umum (9) Arkib Blog

2012 (7) 2011 (21) 2010 (53) December (8) November (8) October (7) September (5) August (1) July (1) June (2) May (4) April (4) March (5) Latar Novel Melunas Rindu Peratus SPM 2009 Kekal Seminar Kesusasteraan Melayu di UPSI Karangan Format Pidato SPM - Memartabatkan Bahasa ...

Karangan Format Perbahasan Ala Parlimen February (3) January (5) 2009 (49) 2008 (21) Iklan

trendcounter - free user online counter

Jumlah Pelawat

Buku Praktis BM SPM 2012

Bonus Praktis Komsas Terkini dan Ramalan SPM Buku Karangan SPM

Ekstra: 23 Model Karangan Berdasarkan Topik Buku Teks T4 & T5 Model Soalan BM SPM

Ulasan Komsas T5 & Kabus di Perbukitan 2011

Buku Ulasan Komsas T5 & Novel Sutera dalam Lukisan

Buku Ulasan Komsas T5 2011 & Kembara Amira

Buku Ulasan Antologi Harga Remaja 2010

Komsas Tingkatan 4 (Zon Johor, Sabah, Sarawak & Labuan) Antologi Cerpen Selamat Pagi Cikgu 2011

Cerpen Paradoks Kejayaan - oleh Cikgu Mohd Khir Kassim Buku Ulasan Komsas T5 2011 & Interlok

Soalan Komsas Berdasarkan Format SPM Terkini Masa Tidak Menunggu Kita

PR PR Menanti Hari dan Detik BM STPM 2012

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lagu Instrumental

Create a playlist at MixPod.com Buku Akses BM T5 2011

Soalan Pemahaman Komsas Berdasarkan Teks Dirgahayu Bahasaku 2011 Buku Kerja BM Axis T2 2011

Buku Nexus BM PMR 2011

Target BM PMR 2011

Blog Rakan Guru BM

Cikgu Taufiq ISU KESIHATAN : Masalah Disleksia 1 hour ago

Cikgu Chai Loon Guan Binaan Plot dalam Drama T2 - Hemodialisis 1 day ago

Cikgu Suhaimi ALHAMDULILLAH, PENCAPAIAN BAHASA MELAYU SPM 2011 MRSM TRANSKRIAN 100% A 2 days ago

Cikgu Ghazali Lateh Mula Berceramah Kembali 6 days ago

-Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan Bengkel Penulisan Karangan dengan Menggunakan Kaedah C - G 3 weeks ago

Cikgu Bukharis Antara "Memberi" dengan "Memberikan" 1 month ago

Cikgu Tan C L Peribahasa PMR - Latih Tubi 2 months ago

Cikgu Razak 1 NILAI TIDAK LAGI SAMA DENGAN PERSOALAN 2 months ago

Cikgu Fariza Analisis Soalan dan Jawapan Cadangan Soalan Sintaksis Kertas Bahasa Melayu 1 STPM 2011 3 months ago

Cikgu Razak 2 TEMA OKU 6 months ago

Cikgu Aminhad Sekian Kembara Nyawa 7 months ago

Cikgu Azmi Misron

Kembali.... 11 months ago Tatabahasa STPM - Cemerlang Bahasa Melayu Pengenalan 1 year ago Selamat Datang Ke Laman Web Karangan STPM Pengenalan 1 year ago Cikgu Ghalib 2 Perkataan atau frasa yang bombastik 2 years ago

Cikgu Nawi Ismail Cikgu Zanariah

Cikgu Mohd Zaki My Link

Utusan Online Bekas penagih daftar sebagai pengundi 11 minutes ago Kosmo Online Wanita ditahan bantu siasatan kes tembak 41 minutes ago

Jabatan Pelajaran Selangor - Laman Utama Pen SPM 2012 1 month ago

The New Straits Times Online...... Defer travel to Bangkok, minister says 1 year ago Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP

www.eduwebtv.com/index7.php Laman Web Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Utama

myMetro

Berita Harian Online

The Star Online Portal Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Malaysian National News Agency ~ BERNAMA Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia Welcome to NUTP Online Portal Rasmi Dewan Bahasa dan smkbbstonline.blogspot.com

Cerdik Publications - Welcome Sasbadi Publications Sdn. Bhd. About Me

Cikgu Mohd Khir Kassim Guru Akademik Tingkatan 6 DG52 Mulai 1 Januari 2008, Merangkap Ketua Unit Bahasa Melayu Pra-U; Ketua Unit Penyelidikan Pra-U SMKBBST. Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG48 Mulai Oktober 2003. Kelulusan: Ijazah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan) UM 1999, Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan USM 1988, Diploma Pendidikan IPSI 1990. View my complete profile Buku Ulasan Antologi Kasut Kelopak Jantung 2010

Komsas Tingkatan 1 (Semua Zon) Buku Target Pro BM PMR Terbaharu 2010

Buku Ulang Kaji Nexus Pro BM PMR 2010

Buku Praktis BM T5 SPM 2010

Pautan Pra-U SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Unit Bahasa Melayu Pra-U SMK BBST

Penyelidikan dan Kolokium Pra-U SMK BBST Buku Kerja PMR Terbaharu

Buku Cikgu Khir 2009

Cerpen Cikgu Khir dalam Memorabilia

Antologi Cerpen Guru Cemerlang 2008 Buku Cikgu Khir 2009

Buku Cikgu Khir 2009

Buku Karangan PMR 2009

Mesyuarat Penilaian Kompetensi Bil 2/2011

De Palma Ampang Mesyuarat Perealisasian Kompetensi

7-10 Mac 2011, De Palma Ampang Ceramah BM SPM (pelajar SMK. Telok Datok, Banting) pada 24 April 2010 di Kem Bina At-Taqwa

Majlis Graduasi Tingkatan 6 SMKBBST 2008 di Hotel Allson Klana, Nilai.

Kursus PTK DG48 2007 di Hotel Dynasty, K.L.

Sesi Perbincangan AJK PATS 2006

Kursus Gilapan Mutiara 2 2007

Kursus Gilapan Mutiara 1 2007

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODENPenggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amatpenting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkantumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden,sisa pepejal seperti surat khabar lama,majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapatmengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dankurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkantenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit bolehdigunakan untuk menghasilkan metana.Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzoskenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum jugamerupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandunganplumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yangmenggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesinmesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUMTanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul olehkerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawabkepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadapalam sekitar. Dengan adanya

kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapapentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalahyang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yangmencemarkan alam sekitar.Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melaluiKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnyaadalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ),khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajiantinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antaramedia massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen danradio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITARMemandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajardan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawabpihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkanundang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patutdiperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlahmendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustriandijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yangmendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yangmendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahanbahan yanglebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalamtin aerosol yang tidak mengandungi CFC.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan dipanjangkan usianya.Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:a.Pameranb.Kempenkempenc.Pertandingand.Projek Riadah Alam SekitarA.PAMERAN PENCEMARAN ALAMPameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isupencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam sepertiperpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebabpencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadarpencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlahdipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran jugaboleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakatuntuk melindungi alam sekitar.B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITARMenyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amatdigalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungaikita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesanyang mendalam terhadap peserta-pesertanya.Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitardan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimumkepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untukmengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta

akan belajaruntuk berjimat-cermat.Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkanpemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untukmengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai.Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentangkepentingan sungai.C.PERTANDINGANPertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dankesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akancuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuantersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudahtentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis posteryang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada pesertasahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telahdisebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepadaorang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSAPada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiransemua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, mediamassa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan suratkhabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalusedikit ditekankan keutamanya.

Вам также может понравиться