Вы находитесь на странице: 1из 9

INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK 31150 HULU KINTA, IPOH, PERAK

KERTAS KERJA LAWATAN KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU (BIG)

TARIKH : 4 OGOS 2008 TEMPAT : RUMAH SERI KENANGAN TAIPING

PROGRAM LAWATAN KHIDMAT MASYARAKAT KE RUMAH SERI KENANGAN TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

1.0 PENGENALAN
Program Lawatan Khidmat Masyarakat ke Rumah Seri Kenangan Taiping ini telah dirancang untuk tujuan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan( PISMP) Institut Perguruan Ipoh Perak memberi dan menghulurkan bantuan khidmat masyarakat kepada komuniti yang memerlukan perhatian umum. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum pendidikan Program Bina Insan Guru bagi pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan( PISMP ). Aktiviti ini juga mendedahkan pelajar tentang persekitaran luar yang menarik dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara terus dengan masyarakat dan komuniti yang memerlukan perhatian umum. Seterusnya pelajar dapat menimba seberapa banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi hasil daripada Aktiviti Khidmat Masyarakat yang diadakan. Diharap aktiviti ini dapat memberi manfaat bagi melahirkan bakal guru yang lebih berdikari serta dapat menyedari fungsi dan peranannya terhadap masyarakat dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab.

1.1 RASIONAL
Projek Khidmat Masyarakat dicadangkan untuk diluluskan kerana ia adalah bagi memenuhi keperluan sukatan pembelajaran Program Bina Insan Guru(BIG) bagi Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PISMP). Peruntukan masa bagi menjalankan Keseluruhan program yang terkandung dalam sukatan adalah sebanyak 10 jam termasuk aktiviti khidmat masyarakat. Adalah wajar aktiviti ini dijalankan dengan berkesan bagi memenuhi matlamat ini. Aktiviti ini mendedahkan pelajar kepada masyarakat secara langsung. Interaksi secara termo antara pelajar / komuniti sekitar ini diharapkan akan meningkatkan lagi kebolehan berkomunikasi pelajar dan memberikan altenatifaltenatif yang luas dalam usaha memberi bakti dan sumbangan terhadap masyarakat yang memerlukan. Selain dari pada itu, interaksi pelajar masyarakat secara terus akan melatih pelajar untuk melihat dan menyedari peranan dan tanggungjawab dalam melahirkan masyarakat penyayang. Dengan interaksi secara terus juga memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati dan menghargai sumbangan dan kerjasama antara masyarakat setempat.

1.2 TUJUAN
Projek ini dicadangkan bertujuan untuk mengisi program Bina Insan Guru(BIG) bagi pelatih Program Ijazah Sarjana Muda(PISMP) semester 2. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen pelatih terhadap pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang memberikan banyak faedah kepada setiap pelatih

1.3 OBJEKTIF
1. Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. 2. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 3. Memahami konsep nilai dan etika perguruan. 4. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. 5. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan. 6. Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab. 7. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 8. Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran. 9. Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. 10. Memiliki kemahiran ketahanan fizikal, mental dan semangat juang

1.4 TARIKH
4 Ogos 2008 Isnin ( 7.00pg 6.30 ptg).

1.5 TEMPAT LAWATAN


Rumah Seri Kenangan Taiping, Jalan Stesyen Ulu, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.

1.6 SASARAN
41 orang guru pelatih PISMP dari unit F4 dan F5 serta 2 orang pensyarah pengiring.

1.7 ALAMAT SURAT MENYURAT :


Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Perguruan Ipoh Perak , 31150 Hulu Kinta, Perak. Tel : 05-5331311 sambungan 32. Muhammad Nur Fikri B. Mohammad Zainuri Institut Perguruan Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Tel : 017-5331712/019-4173913

1.8 JAWATANKUASA PROGRAM


Penaung Penasihat Pensyarah Penasihat Projek Pensyarah Pengiring Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari AJK Makanan Kebajikan Alatan Fotografi Aktiviti : : : : : Mohammad Safwan Bin Mustaffa Fatul Muin Bin Azizan Nadzmi Bin Abd. Muttalib Nor Azah Binti Sarip@Khalid Muhammad Faiz Bin Isahak Nor Faaiza Binti Taib Musa Al-Karim Bin Mohd Yusoff Muhammad Salehuddin Bin Ahmad Aliff Bin Abu Bakar Hasmiyuhairi Bin Yusoff : : : : : : : : : : Tuan Hj. Abd. Kadir Bin Basiran Pn Hazinah Binti Ali En. Mohd Sharifuddin Bin Abd. Aziz En. Mohd Sharifuddin Bin Abd Aziz Miss Ho Wen Jye Izwan Azri Bin Rasli Muhammad Rafiq Bin Razali Muhammad Nur Fikri Bin Mohammad Zainuri Nadiah Binti Ahmad Faiq Bin Alwi Nor Azmi Bin Mohaidin

1.9 ANGGARAN PERBELANJAAN


Perbelanjaan Perkara Makan dan minum Cawan IPIP Kuantiti Rm 10.00 x 45 Orang 1 JUMLAH Pengangkutan (Bas Institut Perguruan Ipoh Perak) Jumlah RM450.00 1 RM450.00

Jumlah perbelanjaan keseluruhan

RM 450.00

2.0

ATURCARA PROGRAM

Masa 6.45 pg 7.00 pg 9.00 pg 9.15 pg 9.30 pg 1.00 tgh 2.00 ptg 5.30 ptg 6.00 ptg 6.30 ptg

Aktiviti Berkumpul di pondok pengawal keselamatan Bertolak ke RSK Taiping Tiba di RSK Taiping Kata-kata aluan dan taklimat ringkas Aktiviti Khidmat masyarakat Makan tengah hari/solat Aktiviti Khidmat masyarakat Minum petang/solat Penutup dan penyerahan cenderahati Bertolak pulang

Tindakan Guru pelatih PISMP Pemandu Guru pelatih PISMP AJK dan wakil RSK Taiping Guru pelatih dan Wakil RSK Taiping Guru pelatih PISMP Guru pelatih Wakil RSK Taiping Guru pelatih PISMP AJK Guru pelatih PISMP

2.1 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang kehidupan bermasyarakat. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga Program Lawatan ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan perihatin

Disediakan oleh :

( MUHAMMAD NUR FIKRI BIN MOHAMMAD ZAINURI ) PISMP IPGM F4, Setiausaha, Program Lawatan Khidmat Masyarakat . Disemak oleh :

... ( EN. MOHD SHARIFUDDIN BIN ABD AZIZ) Pensyarah penasihat, Institut Perguruan Ipoh Perak. Disemak oleh :

.. (PN HAZINAH BINTI ALI) Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Perguruan Ipoh Perak. Disahkan Oleh :

(TN. HJ. ABD. KADIR BIN BASIRAN) Pengarah, Institut Perguruan Ipoh Perak.

Вам также может понравиться