Вы находитесь на странице: 1из 13

a) Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan strategi,kaedah dan teknik mengajar bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Definisi kaedah dan teknik pengajaran Konsep kaedah Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif peljaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward M. Anthony (1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga bermaksud: a) Turuq at-Talim = cara atau jalan yang digunakan dalam pengajaran b) Tasykil al-Maddah = bentuk atau jenis yang juga disebut sebagai cara yang munasabah dengan akal yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. c) Tariqah at-Talim wa Talum Tahassus at-Tolabah= teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang tertentu yang digunakan kepada penuntut. d) Tariqah at-Tadris = cara-cara untuk menyampaikan kandungan isi pelajaran kepada pelajar. e) Suluk= jalan untuk menyampaikan kepada ilmu yang mencakupi ruh akal dan jasmani. f) ibrah= yang mengandungi peraturan dan teknik-teknik tertentu.

Konsep teknik Dibawah konteks pendidikan teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Mengikut pendapat Edward M. Anthony (1963) teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Mengikut Azman Wan Chik (1987). Teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar akhlak dengan melihat dengan melihat dalam video maka ini dikatakan teknik. Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita berkenaan. Demikian juga, bagi prosedurprosedur kaedah penyoalan,kaedah syarahan,kaedah kuliah dan sebagainya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar Pemilihan kaedah mengajar yang betul akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajran lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik pengajaran ini ada kelebihan dan kelemahannya. Tidak ada satu kaedah yang terbaik. Beberapa faktor perlu diberi pertimbangan. Menurut pendapat Pierce dan Lorbere (1977), pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh lima faktor berikut:

1- Objektif pengajaran Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini guru perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut.

2- Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang sekiranya isi pelajaran itu membentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, teknik dan kaedah yang sesuai perlu dipilih oleh guru supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut.

3- Jangka masa pengajaran Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit sebulan atau 60 hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebut diberikan masa berturutan. Dengan jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tersebut.

4- Latar belakang dan jumlah pelajar kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras kemahiran objektif pelajaran. Kemahiran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Teknik mengajar Latihan tubi dan hafazan Syarahan Tunjuk cara (demonstrasi) PenyoalanAr Perbincangan Sumbangsaran

Jadual berkenaan perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik mengajar

5- Iklim dan suasana sekolah Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah atau kaedah pengajaran. Di kawasan kawasan pedalaman di negara ini, masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik. Di sekolah-sekolah sebegini tentulah guru tidak dapat menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer, radio, dan projektor.

Kesimpulan Strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan kaedah dan teknik mengajar. Ia erujuk kepada satu rancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta menyusun kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum

RUJUKAN; Prisip Dan Amalan Pengajaran,Abd. Ghafar Md. Din (utusan publication and distributor Sdn. bhd) Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran,Mok Soon Sang (kumpulan Budiman Sdn. Bhd) Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpesonal Guru,Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff (PTS Professional Publishing Sdn. Bhd)

KOLABORASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


NAMA : FAUZI BIN MUDA

NO K/P : 760409-11-5121 BIL


1

TARIKH
18 Feb 2012

PERBINCANGAN
Taklimat KKP oleh pensyarah.

CATATAN

20 Feb 2012

Perbincangan bersama ahli kumpulan

23 Feb 2012

Pencarian sumber rujukan di internet

27 Feb 2012

Mencari maklumat tentang beberapa kaedah dalam penyelesaian masalah melalui internet bersama-sama ahli kumpulan.

29 Feb 2012

Membuat perbandingan maklumat yang diperolehi dari internet dengan buku-buku Pedagogi

5 Mac 2012

Mengadakan perbincangan serta pengagihan maklumat serta bahan bersama ahli kumpulan.

10 Mac 2012

Menghantar kerja kursus

Teori Pembelajaran Sosial Jenis model dalam Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Orang diperhatikan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling). Prinsip Pelaksanaan Teori Pembelajaran Sosial I. Menentu dan menggunakan model yang sesuai dgn perbezaan individu dalam pembelajaran sosial. . Memastikan proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur Memupuk keupayaan mengawal dan memanipulasi diri dengan menggunakan pemirian refeksi diri dan maklum balas drp model (jurulatih)

II. III.

iv. Memupuk kecekapan meniru dan reproduksi dengan latihan secara sistematik drp mudah kpd kompleks dan demontrasi berulang-ulang. v. Memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh keyakinan terhadap tingkahlaku yang ditirunya. dengan memberi peneguhan positif.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME TEORI PEMBELAJARAN TINGKAHLAKU (BEHAVIORISME)

Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas.

Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dog-salivation-experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike,Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran.

Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filemfilem dan sebagainya.

. Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme),terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas.Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk

menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer.Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran.Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar.Selain itu,sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini.Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara

guru haruslah jelas dan berintonasi,susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir,gambarajah dan juga slaid projektor.Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu.Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari.Sebagai contoh,guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu. Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran,dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan.Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran.

Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan,buluh,tin-tin kosong kain-kain perca,kulit siput,sarung kaki lama,batubatan, kulit-kulit siput,surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok,ranting kayu,daun-daun kering dan sebagainya.Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan sebagainya.

RUMUSAN

Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti penggunaan bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali.

Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisipantun,syair,gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.

Kembali ke Asas adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan, kehendak masyarakat dan berbagai fenomena di sekelilingnya.

Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya.Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan Pelajar .TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. ..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti. Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd. Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad, Kasnani Ab. Karim. (2000). Psikologi Pendidikan II. Petaling Jaya Addison Wesley Logman Sdn. Bhd. Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd. Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. ..Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Вам также может понравиться