Вы находитесь на странице: 1из 2

Hikayat Siak ** Berdasarkan teks KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku menceritakan Siak sebagai tempat Raja Kecil membina

kekuatan ketenteraan untuk menyerang Johor** RINGKASAN LATAR CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN RAJA KECIL (Rujukan paling hampir dengan kisah ini ialah Asal usul Raja Kecil dalam teks Komsas Antologi Kerusi ya ng digunakan sehingga 2010 ) Cerita dalam Hikayat Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipang gil Tuan Bujang. Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud yang memerintah Johor L ama . Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat Dijulang ( Marhum Mangka t Dijulang ). Makam baginda masih ada di kampung Makam Kota Tinggi dan diwartaka n sebagai lokasi sejarah negeri Johor. Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja d ari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka yang tewas diserang Po rtugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka telah melarikan diri ke Kamp ar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana. Baginda dikurniaka n dua orang anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina s ebuah negara di panggil Kerajaan Johor. Pemerintahan Johor dari keturunan Kesult anan Melayu Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang. Baginda berkahwin den gan orang kebanyakan iaitu Encik Pung. Ketika baginda mangkat kerana dibunuh ole h Laksamananya sendiri, Pada ketika itu, Encik Pung sedang mengandungkan Tuan Bu jang (Raja Keci). Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak mempunyai anak dengan per maisurinya ,( tiada anak gahara)Setelah Marhum Mangkat Dijulang mangkat, Encik P ung berjanji tidak akan menuntut tahta kerajaan Johor daripada Bendahara yang di beri kuasa memerintah kerana Marhum Mangkat Dijulang tiada zuriat daripada anak gahara. Setelah melahirkan Raja Kecil , Bendahara amat khuatir Encik Pung akan m enuntut tahta. Menyedari keselamatan Raja Kecil dalam bahaya, Encik Pung menyera hkan Raja Kecil kepada Temenggung Muar. Akan tetapi ketika Raja Kecil berusia 6 tahun, beliau dibawa berjumpa ibunya tetapi kedatangannya dapat dikesan oleh Ben dahara. Menyedari keselamatannya terancam, Raja Kecil dibawa lari oleh Raja Nega ra Selat melalui pertolongan Nakhoda ke Palembang dan akhirnya dibawa ke Pagaruy ung bertemu kaum keluarganya dan dipelihara oleh Puteri Jilan iaitu keluarga Raj a Kecil yangberpangkat nenek kepada Raja Kecil. Baginda dibesarkan dengan nama T uan Bujang. ******************************************************************************** ***** TEKS DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU menceritakan : i. pernobatan dan permahsyuran Tuan Bujang sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil war is Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ii. Perintah taat setia kepada semua orang Minangkabau oleh Tuan Puteri Jilan. iii. Taat setia rakyat Minangkabau kepada Raja Kecil iv. Perjuangan untuk menuntut hak ke atas kerajaan Johor yang ditadbir oleh ketu runan Bendahara. v. Raja Kecil menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar. HIKAYAT SIAK Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan PERISTIWA PENTING IALAH PENOBATAN TUAN BUJANG SEBAGAI WARIS RAJA BAGI ORANG MINA NGKABAU KETURUNAN MARHUM MANGKAT DIJULANG 1. Tuan Bujang ,memohon kebenaran daripada Sultan Palembang untuk mudik ( ke kaw asan hulu/pedalaman) iaitu ke Rawas. Sultan Palembang membenarkan Tuan Bujang mu dik ke Rawas dan di sana Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kucing da n memiliki seorang anak lelaki bernama Raja Alam. 2. Tuan Bujang kemudian pergi ke Jambi untuk bertemu dengan Sultan Maharaja di B atu. Di Jambi Raja Kecil berperang dengan Sultan Maharaja merebut kebesaran deng an sultan di Kedah tetapi kalah. 3. Tuan Bujang pulang ke Minangkabau lalu terus ke Pagaruyung. Tuan Bujang mengh

adap Puteri Jilan. Raja Kecil memberitahu Tuan Puteri Jilan bahawa baginda menin ggalkan Pagaruyung kerana melawat negeri orang. Seterusnya ,Puteri Jilan mencada ngkan Tuan Bujang pergi belayar dan ke Siak. Seterusnya meminta Tuan Bujang meng ambil semula kerajaan Johor dan menuntut semula kematian ayahandanya. 4. Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti bapa saudaranya.... Semasa penobata n tersebut Yamtuan Sakti telah menguji kesahihan Tuan Bujang sebagai pewaris Min angkabau lantas Tuan Bujang dinobatkan bersama-sama anak lelakinya. 5. Semasa dinobat, mahkota diletakkan di atas kepala Tuan Bujang dan Puteri Jila n membaca salasilah keturunan Tuan Bujang dan wajah Tuan Bujang sangat berseri-s eri umpama bunga raya kembang pada waktu pagi. Melihat akan kehebatan tersebut s egala pegawai, Menteri Yang Empat, Bendahara di Sungai Tarab, Makhdum di Sumanik , Enduma di Suroso sujud menyembah Tuan Bujang dan mengaku bahawa Tuan Bujang ialah seorang raja be sar di Tanah Melayu. Mereka bermohon agar Tuan Bujang kekal dan tenteram menjadi raja di Tanah Melayu . Tuan Bujang digelar Yang Dipertuan Raja Kecil. 6. Seterusnya mahkota diletakkan oleh Yamtuan Sakti di atas kepala anakandanya t etapi senget lantas Yamtuan Sakti mengatakan anaknya tewas dengan kelebihan yang ada pada Raja Kecil lalu diberi nama Raja Beralah. 7. Suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Diipertuan Sakti menunjukkan pedang kerajaa n yang berasal dari Minangkabau yang dipersembahkan oleh Raja Kuantan kepada Raj a Kecil . Pedang tersebut bernama Sepurejab. Puteri Jilan menyerahkan Pedang Sepurejab Sepah ( sejenis batu permata yang terdapat gambar akar atau kayu di dalam batu permata tersebut ) Lima depa rambut Puteri Jilan Dua butir kupang-kupang dan Sebuah cop mohor. 8. Puteri Jilan memaklumkan bahawa Raja Kecil akan turun ke laut maka Puteri Jil an memerintah; ? Semua anak Minangkabau di laut ? Semua anak Minangkabau di sekeliling Pulau Perca ? mesti bersama-sama Raja Kecil menebus aib yang ditanggung oleh anaknya dan ora ng Minangkabau . 9. JIKA ada orang Minangkabau tidak mahu menyertai pasukan Raja Kecil mereka aka n terkena sumpah kerana mengingkari perintah. 10. Akan tetapi, jika orang Minangkabau tidak dapat menyertai pasukan Raja Kecil maka mereka mesti memberi Dua puluh rial Selaras setinggar ( sejenis senapang kuno) Obat sekati ( sekati peluru setinggar ) 11. Setelah selesai Yang Dipertuan Sakti mengenakan perjanjian di atas, baginda menyerahkan empat orang hulubalang kepada Raja Kecil Datuk Lebai Tasi Datuk Gergaji Raja Mendeling Sultan Pendalihan

Вам также может понравиться