Вы находитесь на странице: 1из 24

1.

0 PENGENALAN

1.1 TEORI KOGNITIF Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, ideaidea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan.

Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut.

Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.

1.2 PENGENALAN TEORI BEHAVIORIS

Behavioris merujuk kepada perlakuan dan tabiat seseorang manusia. Setiap perlakuan yang dilakukan manusia sebenarnya mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. ~ Williams & Anandam (1973)

Teori

pembelajaran

Behaviorisme

mengatakan

bahawa

pembelajaran

merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Keduaduanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

1.3 BANDING BEZA TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS DAN KOGNITIF

Aspek Teori /Prinsip pembelajaran

Teori Pembelajaran Behavioris -Pembelajaran merupakan satu proses luaran. -Pembelajaran merupakan hasil daripada interaksi seseorang dengan R-G dan persekitarannya. -Pembelajaran berlaku hasil daripada tingkahlaku yang dapat diperhatikan dalam diri murid dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut.

Teori Pembelajaran Kognitif -Pembelajaran adalah satu proses mental atau proses dalaman yang melibatkan idea dan perubahan maklumat iaitu Input- pemprosesan maklumatOutput

Pemerolehan

-Proses pengulangan membentuk satu kebiasaan atau tabiat. -Matlamat ditentukan terlebih dahulu dan R-G dibentuk ke arah pencapaian matlamat tersebut. -Pembelajaran cuma mengikut apa yang dirancang untuk mereka -Pembelajaran tidak fleksibel dalam membuat penyesuaian.

-Pembelajaran berlaku berdasarkan pelajar mempunyai pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru dan ada motif dan inisiatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. -Organisma menyedari alam sekelilingnya dan fleksibel dalam membuat penyelesaian.

Tumpuan

-Tertumpu kepada proses pembentukan tingkahlaku murid. -Tertumpu kepada kemahiran atau gerakbalas dan sedikit tumpuan terhadap individu.

-Menekankan kepada proses mental iaitu penyelesaian masalah, ingatan, bahasa dan kreativiti.

Motivasi

-Memberi peneguhan kepada pelajar adalah sangat penting. -Ekstrinsik

-Input idea-idea dan maklumat baru membawa ke konflik kognitif dan keinginan mencapai equilibrasi kognitif -Intrinsik

Persekitaran

-Penting dalam perubahan tingkahlaku. -Mengarahkan tingah laku

-Persekitaran adalah penting tetapi kawalan tidak ke tahap seperti behaviorisme.

Pengukuhan

-Memberi ganjaran kepada pelajar apabila mereka memberi tindak balas yang betul. -Faktor-faktor yang mempengaruhi ikatan R-G ialah latihan, kepuasan dan persamaan situasi. -Pengulangan R-G dan pembentukan kebiasaan. -Pengalaman adalah penting untuk proses pembelajaran.

-Menggunakan bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid dalam kelas. -Perkembangan struktur kognitif:skema dan cara-cara untuk mempertingkatkan ingatan -Pembelajaran yang bermakna -Asimilasi dan akomodasi.

Bilik darjah

-Objektif tingkah laku adalah spesifik, diskret dan bertumpukan individu (bukan kumpulan). -Pengajaran terancang yang bersifat perskriptif dan diagnostik -Bahan pengajaran dibentuk mengikut kadar kebolehan individu -Pembelajaran mengikut langkah demi langkah -Tertumpu kepada pengajaran dan Kurikulum

-Persembahan maklumat, data dan idea secara sistematik -Idea dan maklumat merupakan sumber motivasi untuk belajar dan bukan digunakan sebagai bahan pengukuhan. -Persembahan dilakukan secara induktif dan deduktif -Berpusatkan murid (guru sebagai fasilitator).

Kekuatan

-Teori behavioris mudah untuk difahami. -Teori ini memberi penekanan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta memerihalkan beberapa peraturan tingkahlaku yang sejagat. -Teknik-teknik seperti pengukuhan positif dan negatif agak berkesan

-Teori ini banyak mempengaruhi proses pembelajaran. -Teori ini melatih pelajar untuk melakukan sesuatu tugas dengan cara yang sama dengan konsisten

dalam rawatan kecelaruan manusia seperti autism dan tingkahlaku antisosial. Kelemahan
-Teori ini tidak boleh digunakan untuk

-Teori ini membolehkan pelajar mempelajari cara untuk menyelesaikan sesebuah tugas, namun ia mungkin tidak menjadi cara terbaik atau disesuaikan dengan pembelajaran tersebut atau situasinya.

menjelaskan kesemua pembelajaran yang berlaku kerana teori ini mengenepikan kesemua aktiviti mental. -Teori ini tidak dapat menjelaskan sesetengah pembelajaran yang berlaku misalnya apabila kanak-kanak mengecam pola-pola bahasa baru.

Kesimpulan

- Pengajaran dan pembelajaran akan M - Manusia memiliki struktur

mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. - Tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

kognitif, dan semasa proses -pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Persamaan Teori Pembelajaran Behavioris dengan Teori Pembelajaran Kognitif :

1) Guru perlu memulakan pembelajaran dengan perkara yang umum dan dekat dengan murid sebelum belajar kepada topik yang lebih susah. 2) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap idea yang dikemukakan oleh murid. 3) Guru perlu mengkreatifkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid mudah faham apa yang diajar.

Pada dasarnya terdapat dua pendapat tentang teori belajar iaitu teori belajar aliran behavioristik dan teori belajar kognitif. Teori belajar behavioristik menekankan pada pengertian belajar merupakan perubahan tingkah laku, sehingga hasil belajar adalah sesuatu yang dapat dinikmati dengan sifat manusia secara langsung dalam tingkah laku. Seperti yang dikemukakan oleh Ahmadi dan Supriono (1991: 121) bahawa belajar adalah suatu proses usaha yang dilakukan individu untuk memperoleh suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan lingkungannya. Sedangkan teori belajar kognitif lebih menekankan pada belajar merupakan suatu proses yang terjadi dalam akal fikiran manusia. Seperti juga diungkapkan oleh Winkel (1996: 53) bahwa Belajar adalah suatu aktiviti mental atau psikis yang berlangsung dalam interaksi aktif dengan lingkungan yang menghasilkan

perubahan-perubahan dalam pengetahuan pemahaman, ketrampilan dan nilai sikap. Perubahan itu bersifat secara relatif dan bermakna. Dari segi konsepnya, teori pembelajaran behavioris mengatakan bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Ianya juga menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Teori ini juga memperkenalkan proses pelaziman iaitu satu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran.Behavioris juga menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan(R) dan gerakbalas(G) yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Manakala bagi teori pembelajaran Kognitif, pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ianya berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Teori ini lebih menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Salah seorang tokohnya Gagne (1970), mengatakan pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat
6

sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak,

pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambargambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya. Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara

penyelesaianmasalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekaligus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ianya lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatankanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui
7

pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula.Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka

masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

2.0

APLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN Teori pembelajaran menfokuskan pemerhatian kepada tingkahlaku manusia

yang boleh diramal berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh tokoh-tokoh psikologi. Berdasarkan setiap teori pembelajaran, terdapat aplikasinya di dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang berkesan. Teori-teori pembelajaran yang tersebut boleh diklasifikasikan kepada lima kategori iaitu:

Teori pembelajaran Behavioris J.B Watson Ivan Pavlov Edward Thorndike B.F Skinner Teori pembelajaran Kognitif Wolfgang Kohler Jerome Bruner David Ausubel

Teori pembelajaran Konstruktivis


Jean Piaget Lev Vygotsky

Teori pembelajaran Sosial Albert Bandura

Teori pembelajaran Humanistik Carl Rogers Abraham Maslow

2.1

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah : Murid sukar memahami apa yang guru ajar

Guru perlu menetapkan matlamat yang spesifik.

Pecahkan pengajaran kepada unitunti kecil mengikut tahap. Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap, cepat dan spesifik.

Gunakan teknik pengukuhan.

Aplikasi hukum kesediaan, latihan dan kesan/akibat.

Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan pengukuhan sekunder.

Berdasarkan teori pembelajaran Behavioris, pelopor-pelopornya iaitu J. B. Watson , Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B. F. Skinner memberikan prinsip yang hampir sama dalam perkembangan kanak-kanak. Setiap pelopor membuktikan pendapat mereka berdasarkan eksperimen masing-masing. Ada yang menggunakan haiwan dan ada juga yang menggunakan manusia. Sebagai kesimpulan daripada seluruh prinsip yang dikemukakan oleh semua pelopor dalam teori pembelajaran Behavioris, dapat dinyatakan bahawa semua daripada mereka menggunakan pengukuhan, tingkahlaku. Antara salah satu aplikasi teori pembelajaran Behavioris yang boleh digunakan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu menetapkan matlamat yang spesifik terhadap sesuatu pembelajaran. Ini boleh disamakan dengan eksperimen Kotak Ajaib Thorndike. Beliau menggunakan makanan sebagai matlamat kepada kucing itu untuk keluar. Oleh itu, guru perlulah menetapkan matlamat yang spesifik kepada setiap pengajaran dan pembelajaran supaya guru akan lebih mudah untuk mengatur strategi setiap pengajaran dan pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan modifikasi

10

pembelajaran. Contohnya dalam subjek pendidikan Islam sekolah rendah. Kebanyakan guru menetapkan matlamat pengajaran seperti menghayati sifat-sifat Allah. Matlamat ini sebenarnya tidak spesifik. Apa yang sepatutnya ditulis dalam matlamat ialah murid dapat menyebut beberapa sifat Allah atau kesemua sifat Allah bergantung kepada pengetahuan sediada(PSA) murid. Kedua, guru perlu pecahkan sesuatu tajuk pengajaran yang kompleks kepada unit-unit kecil atau sub-tajuk mengikut tahap mudah kepada susah. Dengan ini, murid akan lebih mudah untuk memahami sesuatu yang diajar oleh guru. Tambahan pula, murid yang kurang upaya juga akan senang untuk memahami sesuatu yang diajar. Mereka seterusnya akan dapat menguasai kemahiran dan maklumat asas sebelum meneruskan kepada kemahiran dan konsep yang lebih kompleks. Aplikasi ini diambil daripada eksperimen Klasik Pavlov oleh Ivan Pavlov. Pavlov menggunakan langkah demi langkah untuk mengajar anjing itu melelehkan air liur apabila loceng dibunyikan tanpa makanan. Ini menunjukkan sesuatu pengajaran yang kompleks perlulah diajar secara berperingkat. Ketiga ialah pengukuhan. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (1979), pengukuhan merupakan sesuatu yang amat penting dalam mengekalkan prestasi murid walau dalam apa bidang sekalipun. Oleh itu, guru perlulah menggunakan berbagai-bagai jenis pengukuhan bagi memastikan keberkesanan setiap pengukuh tersebut. Contohnya jika murid menjawab sesuatu soalan dengan betul ataupun memberikan pendapat yang baik, guru haruslah memeberikan pujian yang baik kepada murid. Dengan adanya pengukuhan seperti ini, murid akan cenderung untuk memberikan lebih banyak pendapat dan yakin untuk menjawab soalan yang diberikan kepadanya. Bukan itu sahaja, murid-murid lain juga akan terikut untuk mencuba menjawab soalan dan memberikan pendapat terhadap sesuatu perkara. Keempat ialah mengaplikasikan hukum kesediaan, hukum latihan dan juga hukum kesan dalam aktiviti P&P. Hukum-hukum yang dicipta oleh E. L. Thorndike ini amatlah berguna dalam menjadikan sesuatu strategi P&P yang berjaya. Dalam hukum kesediaan, guru perlulah merancang sesuatu P&P supaya menjadi lebih menarik. Contohnya dengan menyediakan Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang menarik, isi pengajaran yang tepat serta huraian yang sesuai dengan sesuatu tajuk.
11

Bagi hukum latihan pula, guru perlu menyediakan latihan yang secukupnya kepada murid kerana agak sukar bagi murid untuk mengingati konsep-konsep baru. Oleh itu, dengan adanya latihan, murid dapat mengingati sesuatu dengan cara yang lebih seronok. Dalam hukum kesan ataupun akibat pula, guru perlulah menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok. Ini akan mendatangkan kesan kepada kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Kelima ialah guru perlu memastikan maklumbalas diberikan dengan lebih kerap, spesifik dan serta merta. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (1979), guru perlu menyediakan latihan diakhir proses pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam apa bentuk supaya guru dapat menyemak tahap kefahaman murid-murid. Maklumbalas yang dimaksudkan ialah apabila guru memberikan latihan kepada murid, guru perlu membincangkan latihan itu dengan serta merta dan spesifik. Ini kerana pemikiran murid masih lagi ada pada kertas latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, wajarlah guru membincangkan terus latihan itu di samping guru dapat membincangkan kekuatan dan kelemahan yang telah dikenalpasti secara kelas, kumpulan kecil atau individu. Selain itu, guru juga boleh membuat beberapa kumpulan kecil, kemudian meminta mereka memberikan maklum balas terhadap karya rakan-rakan sekelas. Akhirnya ialah guru perlu memastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan pengukuhan sekunder. Guru perlu menggunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula-gula sebagai peneguhan, pada suatu hari guru menggantikan gula-gula itu dengan pensel sebagai peneguhan. Jika kita perhatikan, proses penghapusan ini adalah kepada kebaikan kerana pensel adalah lebih baik daripada gula-gula dari segi mewujudkan nilai-nilai pembelajaran di dalam kelas.

12

2.2

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah : Murid mengantuk di dalam kelas

Murid perlu diberi peluang untuk "menemui" hubungan Guru sebagai fasilitator

Guru perlu sedar murid-murid berada dalam mod pembelajaran yang berbeza Menyediakan BBM yang berpadanan
Guru menggunakan pengajaran advance organizers Guru perlu menggunakan kaedah pembelajaran bermakna

Teori pembelajaran kognitif merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat dengan aktiviti P&P. Guru perlu menggunakan teori ini untuk mengawal dan meningkatkan perkembangan kognitif bagi setiap murid. Antara pelopor teori pembelajaran kognitif ialah Wolfgang Kohler, Jerome Bruner, Ausubel dan juga Gagne. Mereka telah membuat kajian dan ekpserimen untuk mencari cara pembelajaran yang berkesan. Dengan adanya teori-teori yang telah diterokai, guru bolehlah mengaplikasikan teori tersebut dalam bilik darjah terhadap P&P. Antara salah satu cara ialah murid perlu diberi peluang untuk menemui hubungan. Pembelajaran penemuan merupakan satu strategi yang mana

menggalakkan murid untuk menggunakan instuisi, imaginasi dan kreativiti secara


13

aktif. Menurut Azizi Yahaya (2005), penemuan boleh dikatakan menggunakan penaakulan induktif di mana guru akan bermula dengan sesuatu yang khusus dan berakhir dengan sesuatu yang umum. Contohnya, guru mengajar cara-cara untuk solat. Kemudian guru menyuruh murid untuk memberikan jenis-jenis solat ataupun menyebut apakah solat lima waktu dalam seharian kita. Dengan adanya cara pembelajaran seperti ini, murid akan melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses P&P. Selain itu, guru juga perlu berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P. Setiap murid mempunyai pengetahuan sedia ada masing-masing. Guru bolehlah menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengaitkan maklumat baru dalam aktiviti P&P. Menurut Dr. Paul Suparno (1987), guru perlu bijak mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan murid-murid untuk memudahkan murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sehubungan dengan itu, guru perlu mengatur maklumatmaklumat yang hendak disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah mereka pelajari atau ketahui. Guru boleh menggunakan gambar, tajuk cerita, klip video dan lain-lain sebagai sumber pengajaran. Kemudian, guru memberi soalan supaya murid mencari idea baru berasaskan sumber pengajaran yang diberikan. Guru juga boleh membuat aktiviti ini secara berkumpulan supaya murid-murid dapat menggabungkan idea mereka menjadi idea yang bernas. Bukan itu sahaja, guru juga perlu sedar bahawa ada murid-murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza. Menurut Jerome Bruner, mod pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu mod enaktif iaitu berasaskan tindakan, mod ikonik iaitu berasaskan imej dan mod simbolik iaitu berasaskan bahasa. Sebagai contoh, untuk melengkapkan ketiga-tiga mod atau langkah pembelajaran tersebut, guru bolehlah bertanya kepada murid bangunan yang bagaimanakah mereka ingin miliki (mod ikonik). Kemudian guru menyuruh murid membuat bangunan yang mereka bayangkan itu menggunakan kotak (mod enaktif). Seterusnya, guru berbincang dengan murid tentang bangunan yang bagaimanakah yang lagi kukuh dan cantik (mod simbolik). Dengan ini, guru telah menggunakan ketiga-tiga langkah dalam satu proses P&P yang mana akan memudahkan murid dan melibatkan diri murid dalam proses P&P.

14

Kemudian, guru juga perlu membekalkan bahan bantu mengajar yang berpadanan dan selaras dengan kebolehan kognitif murid. Contohnya, katakan guru ingin mengajar tentang kestabilan bangunan. Guru bolehlah memberikan murid sejumlah penyedut minuman dan seterusnya menyuruh murid untuk membuat bangunan dengan menggunakan penyedut minuman yang diberikan. Pembelajaran sebegini bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang seronok, bahkan dapat memudahkan kefahaman murid serta menguatkan lagi ingatan murid tentang pembelajaran tersebut. Namun, bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap pemikiran murid. Guru perlu mengambil kira umur murid dan tahap kepandaian kelas tersebut dalam menggunakan bahan bantu mengajar. Arahan yang diberikan juga haruslah jelas, ringkas dan padat supaya murid dapat memahami apa yang perlu mereka lakukan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan pengajaran advance organizers dalam proses P&P. Antara contoh advance organizers ialah peta masalah dan penyelesaian, peta spider, peta cabang, peta kitaran, peta jenis tulang ikan, peta aliran dan juga peta jenis pokok. Kajian menunjukkan penggunaan peta minda sangat memudahkan murid untuk mengingati sesuatu perkara. Oleh itu, sebagai guru, kita perlulah memperbanyakkan menggunakan peta minda dalam proses P&P supaya murid akan lebih mudah untuk memahami dan mengingati isi-isi penting yang diajar. Guru bolehlah menggunakan pelbagai jenis peta minda serta menghiaskan peta minda itu dengan pelbagai warna supaya murid akan lebih tertarik untuk melihat peta minda yang ditunjukkan. Akhirnya ialah guru perlu menggunakan kaedah pembelajaran bermakna dalam bilik darjah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran bermakna adalah proses yang mana menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Mengikut David Ausubel, prinsip pembelajaran bermakna ialah setiap unit pembelajaran berhubungkai dengan yang sebelumnya dan guru harus memastikan sturktur kognitif murid berada dalam keadaan yang stabil. Antara contoh yang boleh diambil ialah sekiranya guru ingin menerangkan tentang pangsapuri, guru boleh menghubungkaitkan konsep rumah sebagai konsep sedia ada. Dengan adanya hubungkait sebegini, sudah tentu murid akan lebih mudah untuk memahami sesuatu yang baru.

15

2.3

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah : Murid tidak memberi perhatian di dalam kelas

Guru berperanan sebagai pembimbing Pembelajaran berasaskan pengetahuan lalu murid Pembelajaran berasaskan aktiviti Guru menggunakan "Model pengajaran 5E" Guru perlu lebih peka pada idea pelajar

Apakah yang dimaksudkan dengan teori konstruktivis? Menurut Choong Lean Keow (2011), teori konstruktivis merupakan satu falsafah pembelajaran yang berasaskan premis bahawa lanjutan daripada refleksi pengalaman, kita berupaya membina makna tentang dunia kita. Ini bermaksud, dengan pengalaman atau pengetahuan yang sedia ada, kita berupaya untuk mempelajari sesuatu yang baru tentang dunia. Justeru, pembelajaran adalah satu proses di mana kita akan mengubahsuaikan model mental kita untuk mengakomodasi pengalaman baru yang ditimba. Teori konstruktivis dikategorikan kepada dua jenis iaitu kognitif dan sosial. Dalam teori pembelajaran konstruktivis, dua pelopor terkenal iaitu Jean

Piaget(kognitif) dan Lev Vygotsky(sosial) telah menyatakan pendapat-pendapat mereka. Terdapat beberapa cara bagi guru untuk mengaplikasikan teori konstruktivis dalam bilik darjah terhadap P&P. Pertamanya ialah guru haruslah berperanan
16

sebagai pembimbing dalam proses P&P. Menurut Mohd Sharani bin Ahmad (1998), para guru perlu membiarkan murid berusaha dengan sendiri dalam sesuatu aktiviti dan guru perlu mengawasi mereka supaya mereka mencuba sesuatu dengan cara yang betul. Sebagai pembimbing, guru harus memberi peluang kepada murid untuk menguji kefahaman masing-masing terhadap apa yang meraka pelajari. Untuk menjadikan proses P&P lebih berjaya, guru haruslah pandai mengawal keadaan murid dalam bilik darjah supaya mereka terus fokus kepada aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah kerap mengaitkan pengetahuan sedia ada ataupun pengalaman mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Perkara ini seterusnya akan memudahkan murid untuk memahami apa yang mereka pelajari. Kedua, guru perlu membuat pembelajaran berasaskan pengetahuan sedia ada murid-murid. Guru perlulah membuat perkaitan dengan apa yang dipelajari sebelumnya. Oleh itu, guru perlulah mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan seterusnya membantu mereka mengurangkan jurang antara pengetahuan lalu dengan pengetahuan sedia ada. Guru tidak boleh memandang tinggi keupayaan murid dalam pembelajaran. Ini kerana setiap murid mempunyai tahap yang berbeza dari segi kognitif, minat, kecerdasan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru perlulah merancang satu pembelajaran dengan pelbagai pengalaman supaya pembelajaran tersebut selaras dengan kebolehan murid-murid serta dapat menarik perhatian setiap murid walaupun berlainan tahap. Ketiga ialah guru perlu menggunakan strategi berfokus kepada aktiviti bagi membantu murid-murid memperoleh pengetahuan baru dengan lebih mudah. Guru boleh menggalakkan murid untuk membuat perbincangan dalam kumpulan supaya interaksi sosial antara ahli kumpulan akan membantu mereka mengenalpasti tahap kefahaman masing-masing mengenai pengetahuan baru. Bukan itu sahaja, guru juga boleh merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang berbentuk soalan-soalan umum yang mendorong murid untuk menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat yang diterima. Dengan adanya aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti ini, murid akan lebih berupaya membuat perkaitan antara fakta-fakta yang diajar oleh guru disamping murid akan lebih yakin untuk memberikan pendapat atau cadangan.

17

Keempat, guru boleh mangaplikasikan model pengajaran 5E yang telah dipelopori oleh Roger Bybee. Model ini mengandungi lima tahap mengikut urutan iaitu penglibatan, penerokaan, keterangan, huraian dan akhirnya penilaian. Dengan adanya model ini, guru dapat merancang aktiviti P&P yang lebih berkesan terhadap murid. Dalam tahap penglibatan, guru akan dapat mengenalpasti pengetahuan sedia murid-murid. Dalam tahap penerokaan pula, murid akan dibekalkan set pengalaman yang mana mereka akan dapat membuat perbandingan antara apa yang sedang mereka fikirkan dengan apa yang diperhatikan. Dalam tahap keterangan pula, murid diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan lama dengan pembelajaran baru. Bagi tahap huraian pula, murid dapat menhuraikan apa yang mereka pelajari. Pada tahap akhir iaitu penilaian, guru akan menilai kefahaman konseptual murid-murid. Dengan adanya model pengajaran sebegini, guru akan dapat merancang strategi pengajaran mengikut urutan yang mana akan memudahkan guru untuk mengaitkan pengetahuan sedia murid-murid. Kelima, guru lebih peka kepada idea murid-murid dalam aktiviti P&P. Dengan kata lain, strategi pembelajaran yang digunakan perlulah lebih kepada berpusatkan murid. Guru perlu membuat pendekatan yang melibatkan penglibatan murid. Contohnya bersoal jawab, perbincangan ataupun aktiviti-aktiviti yang memerlukan hands-on. Dengan adanya pendekatan sebegini, murid akan lebih melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Dalam masa yang sama, sekiranya murid memberi jawapan yang tidak tepat, guru perlu memberi pujian kepada murid tersebut kerana setiap pendapat perlu dihargai. Perkara ini seterusnya akan menanam sikap suka memberi pendapat dalam diri murid-murid yang mana akan mengembangkan tahap kognitif murid-murid.

18

2.4

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah : Murid sering masuk lambat ke kelas

Guru beri peneguhan positif

Menggalakkan kerja berkumpulan

Guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran

Suasana P&P yang kondusif

Guru sebagai model

Teori pembelajaran sosial berfokuskan kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana kita belajar sesama kita melalui pembelajaran pemerhatian, peniruan dan modeling. Dengan kata lain, tingkah laku kita mepengaruhi sikap dan kepercayaan kita, dan pada masa yang sama pemerhatian kita keatas apa yang berlaku di alam sekeliling juga akan mempengaruhi sikap dan kepercayaan kita. Seorang pelopor teori pembelajaran sosial, Albert Bandura telah memperkenalkan pembelajaran pemerhatian

(Eksperimen Patung Bobo) dan juga efikasi kendiri. Beliau berpendapat bahawa, mereka yang mampu mampu mengawal hidup masing-masing didapati lebih sihat, berkesan dan berjaya berbanding dengan mereka yang kurang yakin mampu menangani sebarang perubahan yang berlaku. Dalam teori pembelajaran sosial, terdapat banyak aplikasi yang boleh diambil oleh guru untuk digunakan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Salah satunya ialah guru perlu memberi peneguhan kepada murid19

murid. Peneguhan positif perlu diberikan kepada murid supaya mereka akan lebih gigih untuk berusaha mencapai sesuatu. Contohnya, pernyataan-pernyataan seperti, Saya yakin kamu akan dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah alQuran sekiranya anda menghadiri uji bakat itu. Dengan adanya peneguhan sebegini, murid akan lebih berani untuk mencuba sesuatu yang kompleks. Selain itu, guru juga perlu menggalakkan kerja secara berkumpulan. Dengan ini, pembelajaran kognitif sosial sesama mereka akan lebih meningkat. Guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan seperti perbincangan, kuiz secara kumpulan dan sebagainya. Disamping meraka dapat menggabungkan idea mereka, mereka juga dapat memerhati kawan-kawan meraka memberi banyak pendapat dalam perbincangan tersebut. Mereka dengan sendirinya akan memotivasikan diri mereka untuk mencuba memberikan pendapat mereka dalam perbincangan tersebut. Dalam masa yang sama, guru perlulah memberi peneguhan kepada murid yang banyak memberikan pendapat. Ini akan menarik minat murid-murid lain untuk turut memberikan pendapat. Bukan itu sahaja, guru juga perlu banyak menggunakan teknik pengajaran. Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan ialah simulasi, tunjuk cara, main peranan dan sebagainya. Untuk menarik minat murid dalam aktiviti P&P, guru perlulah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid. Menurut kebiasaan, kita akan memilih aktiviti yang dipercayai akan membawa kejayaan dan mengelakkan aktiviti yang membawa kepada kegagalan. Contohnya, murid yang sentiasa gagal mencapai prestasi cemerlang dalam subjek pendidikan Islam tetapi mencapai prestasi cemerlang dalam matematik akan lebih cenderung untuk fokus kepada pelajaran matematik. Oleh itu, guru haruslah memberi lebih perhatian dan melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya pembelajaran akan lebih seronok yang mana akan menarik perhatian murid untuk belajar. Kemudian, guru juga perlu menjadi model yang berkesan kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dalam menjadi model positif, guru perlu menunjukkan tingkahlaku yang diingini murid dan pada masa yang sama guru perlulah memastikan muridmurid memberi perhatian semasa guru menunjukkan tingkahlaku yang diingi tersebut. Contohnya, guru memastikan semua murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa beliau menunjukkan cara untuk membaca ayat al-Quran secara bertajwid.
20

Selain itu, guru juga perlu memastikan arahan yang diberikan mestilah sesuai dan murid mempunyai kebolehan fizikal untuk melakukan apa yang diarahkan. Kemudian, yang penting guru haruslah mengelakkan diri mereka daripada menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingin misalnya guru yang belum berjaya berhenti merokok tidak seharusnya merokok dalam kawasan sekolah. Akhirnya, guru haruslah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah. Pelbagai strategi perlu dirancang lebih awal supaya guru berjaya mewujudkan suasana sebegini. Teknik-teknik pengajaran yang menarik minat murid juga perlu digunakan semasa proses P&P. Contohnya teknik bercerita, tunjuk cara dan sebagainya. Ini akan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran. Guru juga perlu memberi pengukuhan untuk mewujudkan kesan secara tidak langsung ke atas pembelajaran dan tingkahlaku murid-murid. Contohnya, guru perlu memberi respons yang positif sekiranya murid bertanya tentang sesuatu. Perkara ini seterusnya akan dapat membina suasana P&P yang kondusif dalam bilik darjah.

21

2.5

APLIKASI TEORI PENDEKATAN HUMANISTIK TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah : Murid tiada keyakinan diri dalam memberi jawapan

Memberi perhatian kepada keperluan asas murid

Memberi latihan berbentuk penilaian kendiri

Merancang aktiviti pengajaran mengikut minat murid

Memupuk nilai motivasi dalam diri murid

Guru harus mengembangka n murid berasaskan sesuatu keperluan

Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Oleh itu, penting bagi guru untuk memastikan murid-murid mempunyai kawalan atas pembelajaran masing-masing dan guru hanya menajdi fasilitator dalam proses P&P. Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses P&P ialah kepuasan kanak-kanak terhadap dirinya. Murid-murid seterusnya akan mempercayai kebolehan diri mereka untuk meningkatkan pencapaiannya. Antara tokoh-tokoh pendekatan humanistik termasuk Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan sebagainya. Mereka juga telah mengesyorkan pendekatan berpusatkan murid dalam proses P&P. Daripada teori pendekatan humanistik, terdapat banyak perkara yang boleh diambil oleh guru untuk diaplikasikan dalam bilik darjah terhadap proses P&P. Pertamanya ialah memberikan perhatian kepada keperluan asas murid-murid. Sebelum sesi pengajaran bermula, guru haruslah memenuhi keperluan asas setiap murid-murid. Guru bolehlah memperuntukkan sedikit masa pada awal pengajaran untuk mengenalpasti apakah jenis keperluan asas yang perlu diberi perhatian.
22

Sehubungan dengan itu, eloklah jika guru melapangkan lima minit yang pertama untuk berbual-bual dengan murid-murid sebelum sesi pengajaran bermula. Murid akan lebih fokus kepada pengajaran sekiranya keperluan asas mereka dipenuhi. Kedua, guru perlu menyediakan soalan latihan berbentuk penilaian kendiri. Menurut Mizan Adiliah (2001), penilaian kendiri adalah lebih bermakna jika berbanding dengan gred. Jika dilihat keadaan murid-murid di negara kita sekarang, Mereka biasanya akan berusaha untuk mencapai satu-satu gred, dan bukannya kepuasan diri. Apa yang dimaksudkan disini, soalan berbentuk objektif adalah tidak sesuai kerana soalan begini hanya menguji kebolehan murid untuk menghafal dan kurang memberi maklumbalas yang mencukupi kepada guru dan murid yang berkenaan. Oleh itu, guru perlu memberi soalan yang berbentuk subjektif ataupun karangan supaya murid dapat memberikan jawapan dan pendapat kepada soalan tersebut. Ujian yang sebegini akan mencambahkan lagi pemikiran murid untuk menyelesaikannya. Ketiga, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut minat murid. Rogers mengatakan bahawa pembelajaran yang bersikap signifikan hanya akan berlaku apabila berlaku kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Oleh itu, guru perlulah meneliti minat murid-murid untuk dikaitkan dalam pengajaran. Dengan adanya tarikan minat murid terhadap pengajaran, sudah tentu perkara ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Guru juga perlulah memilih aktiviti pengajaran yang dapat meransang minat dan naluri ingin tahu dalam kalangan murid-murid. Mereka seterusnya akan dapat fokus kepada apa yang dipelajarinya. Keempat, guru perlulah memupuk nilai motivasi dalam diri murid. Guru perlulah memupuk keinginan murid-murid supaya belajar dan mengajar cara belajar. Aktiviti pembelajaran akan lebih berjaya sekiranya murid mempunyai motivasi kendiri dan keinginan untuk belajar tanpa disuruh. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid untuk belajar. Guru perlu memberi peneguhan kepada murid supaya mereka akan terus berusaha mencapai sesuatu. Sekiranya murid tidak dapat menyelesaikan tugasan dengan baik, guru perlulah memberi mesej secara eksplesit. Contohnya Saya percaya anda boleh membuat

23

penambahbaikkan terhadap tugasan ini. Ini menunjukkan bahawa perasaan dan ilmu amat penting dalam proses pembelajaran. Kelima, guru harus mengembangkan murid berasaskan sesuatu keperluan. Menurut Mohd Sharani bin Ahmad (1998), para pendidik perlu memastikan segala ilmu yang diajar perlulah berlandaskan sesuatu keperluan. Oleh itu, amat penting bagi guru mengajar murid mengikut keperluan mereka supaya murid tidak terlalu berfikir terlalu jauh. Menurut Mohd Sharani lagi, guru boleh mengaitkan pelajaran dengan persekitaran tetapi, guru tidak bolehlah mengaitkan sesuatu yang terlalu jauh daripada pandangan murid. Sehubungan dengan itu, guru perlu merancang pengajaran dengan persekitaran yang lebih dekat dengan murid. Guru juga perlu mengaitkan nilai-nilai murni dalam setiap topik pelajaran.

24

Вам также может понравиться