Вы находитесь на странице: 1из 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Tahun Bil.

Murid Tajuk Tarikh Masa : Bahasa Melayu :4 : 30 Orang : Kitar Semula : 17 Ogos 2012 : 60 Minit

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan 2.2

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran

2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, difgraf dan konsonan dengan sebutan yang betul

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan 1.2

Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat yang betul

Standard Pembelajaran

1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

(i) Mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan jenis-jenis bahan kitar semula. (ii) Mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat. (iii) Membaca dan memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu: Sains, Pendidikan Kesihatan, Moral Nilai: Bekerjasama, berdisiplin, mencintai alam sekitar KBT: Kecerdasan Pelbagai, Konstruktivisme, Kontekstual

SISTEM BAHASA

Tatabahasa Kata Nama Am Kosa Kata

MEDIA

Botol minuman, replika tong kitar semula, carta lirik, kad perkataan, set kad suku kata,

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Set Induksi

Media: botol minuman, carta lirik

Aktiviti 1 (botol minuman)

a. Guru mengedarkan beberapa botol minuman berisi air yang tercemar. b. Guru meminta murid memerhatikan dan menyatakan keadaan air di dalam botol. c. Guru mengingatkan kepada murid untuk menjaga alam sekitar jika tidak mahu air menjadi kotor seperti di dalam botol. d. Murid menyanyi lagu Kitar Semula dengan bimbingan guru.

Nilai: kerjasama, mencintai alam sekitar KBT: kecerdasan pelbagai

Aktiviti 2

Langkah 1

Media: replika tong kitar semula, kad perkataan

Aktiviti 3 (replika tong kitar semula)

a. Guru menunjukkan 3 jenis replika Nilai: bekerjasama tong sampah kitar semula dan cara penggunaannya mengikut warna tong. b. Murid menyebut warna tong yang ditunjukkan guru dan bahan yang boleh dikitar semula mengikut warna-warna tong. KBT: kontekstual

Aktiviti 4

c. Guru memaparkan kad perkataan jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula. d. Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan.

Langkah 2

Media: kad perkataan Nilai: bekerjasama

Aktiviti 3 (replika tong kitar semula)

a. Guru memanggil 5 orang murid secara rawak dan memberikan mereka satu kad perkataan kategori bahan kitar semula. b. Murid melekatkan kad perkataan yang diberi pada replika tong sampah di hadapan dengan tepat. c. Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

KBT: kecerdasan pelbagai

Aktiviti 4

Langkah 3

Media: set kad suku kata

Aktiviti 5 (sampul set kad suku kata)

a. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan b. Setiap kumpulan mendapat satu sampul set kad suku kata terbuka

Nilai: kerjasama KBT: kecerdasan pelbagai

dan tertutup. c. Murid menyusun kad-kad suku kata supaya menjadi beberapa perkataan yang lengkap d. Murid membentangkan perkataan-perkataan yang dibina di hadapan kelas. e. Murid membaca kuat perkataan dengan sebutan yang betul secara kumpulan dan kelas. f. Murid diminta untuk mengeja dan menyebut perkataan yang ditunjukkan guru secara bergilirgilir.

Penutup

Media: carta lirik Nilai: kerjasama

Aktiviti 6

a. Murid menyanyikan lagu Kebersihan dengan bimbingan guru.

KBT: kecerdasan pelbagai

Pentaksiran

KBT: kecerdasan pelbagai

Aktiviti 7

a. Murid menyebut dan menulis perkataan dengan ejaan yang betul.

Pemulihan

KBT: konstruktivisme

Aktiviti 5

(sampul set kad a. Murid diminta menggabungkan suku kata menjadi perkataan dan mengeja serta menyebut perkataan itu. suku kata)

Pengayaan

KBT: konstruktivisme

Aktiviti 7

a. Murid diminta membentuk frasa yang bermakna daripada perkataan diberi dan diminta menulis frasa yang telah dibina.

Вам также может понравиться