Вы находитесь на странице: 1из 1

Sinopsis Harga Sebuah Lukisan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan. Himpunan lukisan artis-artis tersohor Malaysia yang mengandungi pelbagai tema itu dijadikan rujukan untuk menyertai pertandingan melukis peringkat daerah.Sememangnya,Kamal hijaz amat berbakat dalam bidang seni dan bakat itu diwarisi daripada bapanya yang pandai mengarang dan melukis.

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal.Maryati memohon maaf daripada Kamal Hijaz kerana telah menukarkan kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia mencuci bekas makanan dan gelas di kantin.Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati dan menghadiahinya sebuah lukisan.

Вам также может понравиться