Вы находитесь на странице: 1из 33

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

1.0 Pengenalan Prestasi semasa dan kedudukan strategik syarikat

Semenjak tahun 1966 Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) telah berkembang pesat menjadi sebuah syarikat korporat di Malaysia dan telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang mampu bergerak sendiri dan bertanggungjawab dalam mempertingkatkan lagi kualiti hidup dan kesihatan untuk semua. Menerusi kerjasama bersama anak-anak syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan pemasaran baja, kimia dan farmasi. Kini CCM merupakan salah satu syarikat besar kimia terbesar Negara iaitu baja, syarikat penjagaan kesihatan, dan pembuatan pelbahgai jenis produk untuk memenuhi permintaan pasaran.CCM merangkumi lebih daripada 18 anak syarikat yang terdiri daripada tiga bahagian yang mana CCM kimia, CCM baja .dan CCM farmasi. Berdasarkan senarai syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Saham Malaysia, CCM telah memeberi faedah dan pulangan yang baik kepada semua pemegang sahamnya. CCM ditubuhkan dengan wawasan untuk menjadi sebuah syarikat yang menyediakan sains dan menyelesaikan masalah yang inovatif berasaskan teknologi dalam setiap pnggunaan syarikat ini. CCM juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada industri kimia, penjagaan kesihatan dan juga pertanian. Pendekatan bersepadu one-stop yang menjadikan syarikat ini menjadi unik dibanding dengan syarikat lain. CCM mempunyai pernigaan utamanya yang mana ia menumpukan kepada perniagaan pngeluaran kimia dah aplikasi, baja dan perkhidmatan khidmat nasihat teknikal dan yang terakhir ialah produk dah perkhidmatan farmasi dan penjagaan kesihatan.

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Kedudukan strategik CCM yang mana telah menjadi syarikat pertama yang mendapat halal dalam farmasi dan syarikat ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan meningkatkan kerjasama bersama syarikat lain dengan menjalinkan hubungan yang baik. Selain itu, CCM telah membuka banyak cawangan yang mana ia memberi peluang kepada penduduk setempat peluang pekerjaan. Prestasi CCM ini meningkat dari hari ke sehari.oleh itu, kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman telah dikenal pasti oleh CCM untuk mempertingkatkan kedudukan strategik syarikat ini. CCM telah mempertingkatkan potensi perniagaan mereka dengan cara dimana CCM telah mempercepatkan pengembangan perniagaan mereka ke serantau. Mereka juga meluaskan asas pendapatan dengan kaedah pegambilalihan syarikat lain masuk ke dalam syarikat mereka bagi memperkukukuhkan kedudukan meraka. Selain itu, CCM telah mengubah budaya kerja dan perniagaan untuk meningkatkan prestasi CCM. Mereka juga telah membangunkan keupayaan dalam pemasaran modal, sains dan teknologi manusia , dan pengurusan manusia. Selain itu juga, CCM juga menggalakkan tanggungjawab sosial korporat dalam syarikat ini. Dan yang terakhir dimana CCM telah memastikan mereka ada komitmen untuk bertangungjawab. Kedudukan CCM ini telah diperkukuhkan lagi dengan kejayaan syarikat ini yang mana memperoleh pelbagai anugerah dari pelbagai agensi. Anugerah terbaru yang

diperolehi oleh CCM , contohnya pada tahun 2011 CCM telah memperoleh beberapa anugerah contohnya: 1. Anugerah Pengiktirafan Halal 2011 (Dianugerahkan oleh Halal industry development corporation (HDC) 2. ISO 14001 yang mana dianugerahkan oleh SIRIM-QAS 3. Appreciation for Long Standing Partners and Suppliers 2011 dari AJINAMOTO. 4. Customer Choice Award 2011 for Champs 2011 anugerah dari Guardian

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

5. Wellness & Beauty Award 2011 for Naturalle Garlic & Flavettes C Sugar Free 2011 dianugerahkan oleh Watson Health. Anugerah yang diperoleh di atas ini hanyalah bagi tahun 2011. Terdapat banyak lagi anugerah yang diperoleh CCM. Kesemua anugerah yang diperoleh ini membuktikan bahawa syarikat ini telah berada dalam kedudukan yang baik dah stabil kerana mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. Selain itu juga, kedudukan CCM menjadi lebih kukuh apabila syarikat ini menaja ataupun memberi biasiswa kepada sesiapa yang layak untuk menerima biasiswa daripada syarikat ini. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kedududukan yang strategic telah dicapai dan berada pada prestasi yang amat baik. Visi dan misi Visi Chemical Company of Malaysia (CCM) adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Manakala misi syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab yang komited untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan penyelesaian yang tepat berdasarkan sains inovatif. Objektif strategik Memaksimumkan potensi Perniagaan kami Mempercepatkan pengembangan serantau perniagaan kami Memperluaskan asas pendapatan melalui pengambilalihan Prestasi organisasi didorong dengan menguba proses perniagaan dan budaya Membangunkan keupayaan dalam modal insan, sains dan Teknologi Manusia, dan Pengurusan Pelanggan Mengalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat Memastikan jumlah komitmen penjagaan bertanggungjawab

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

2.0 Tadbir urus korporat 2..1 Ahli-ahli Lembaga Pengarah :

Tan Sri Dato Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman. Beliau berumur 59 tahun dan mempunyai kelayakan seperti : Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan, Universiti Tenaga Nasional Ijazah Sarjana, Swansea Universiti, United Kingdom Diploma Perankaan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Fellow Kanan, Institut Perkhidmatan Kewangan Australia. Perancang Kewangan Bertauliah dan Berdaftar

Beliau dilantik ke Lembaga Pengarah pada 30 November 2010. Pengalaman kerja Tan Sri Dato Sri Hamad Kama Piah kini Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kerjayanya menjangkau lebih 30 tahun dalam bidang pelaburan dan pengurusan unit amanah. Sebelum mengambil alih teraju di PNB pada 1 Februari 1998, beliau menjalankan tanggungjawab dalam pelbagai aspek pengurusan pelaburan dan kewangan korporat di PNB termasuk sebagai Pengurus Portfolio dan Ketua Penstrukturan Semula Korporat.

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Keahlian Jawatankuasa Lembaga Pengarah Jawatan Pengarah Syarikat Awam Lain-lain Permodalan Nasional Berhad Amanah Saham Nasional Berhad Pelaburan Hartanah Nasional Berhad Amanah Mutual Berhad Sime Darby Berhad Yayasan Karyawan Securities Industry Dispute Resolution Centre Professional golf of Malaysia

NAMA TAN SRI DATO SRI HAMAD KAMA Non-independent PIAH BIN CHE OTHMAN AMIRUL FEISAL BIN WAN ZAHIR KHALID BIN SUFAT DR. LEONG CHIK WENG AZMI BIN MOHD ALI Chairman Group managing Director Independent & Non Executive Director Independent & Non Executive Director Non-Independent Director KARTINI BINTI HAJI ABDUL MANAF Non-Independent Director DATUK KAROWNAKARAN @ Independent & Non Executive Director & Non Executive & Non Executive Non-Executive

KARUNAKARAN A/L RAMASAMY PROFESSOR DATO IR. DR. ZAINI BIN Non-Independent UJANG Director & Non Executive

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

2.2 Pengurusan Atasan

Leonard Ariff bin Abdul Shatar. Beliau berumur 45 tahun dan merupakan seorang pengarah di Bahagian Farmasi (Pharmaseutical). Beliau mendapat kelayakan LLB, Monash University, Melbourne, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, juga di Monash University, Melbourne, Australia. Keahlian persatuan Ahli Bersekutu, Institut Pengurusan Malaysia. Naib Presiden, Pertubuhan Farmasi Malaysia Industries (MOPI 2008-2009) Presiden, Malaysia Pertubuhan Industri Farmasi (MOPI 2009-2011)

Pengalaman kerja En. Leonard Ariff telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Farmasi SSM pada 1 Januari 2008. Sejak tahun 1988, beliau telah bekerja dalam pelbagai jawatan dalam profesion undang-undang sebelum menyertai kumpulan SSM pada tahun 1990 di mana tanggungjawab utama beliau dalam pembangunan perniagaan di CCM Chemicals Sdn. Bhd. pada tahun 2000, beliau menjawat jawatan Pengarah Urusan Usaha Pharma (M) Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai Farmasi Kesihatan Prima (Retail) Sdn. Bhd. Beliau kemudiannya menjadi Pengurus Besar ICI Paints Malaysia Sdn. Bhd. pada tahun 2003 dan kemudiannya Pengarah Urusan sebelum mengambil mengenai perlantikan sekarang. Beliau juga menjadi pengarah kepada Lembaga Pengarah beberapa syarikat dalam Kumpulan CCM.
6

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Nama Leonard Ariff Abdul Shatar Director, Pharmaceuticals Division Chief Executive Officer, CCM Duopharma Biotech Berhad Mohd. Nazmi Sallehudin Mahmood Youp Abd Rahman Bin Abdullah Rhani Billy Urudra Y.C. Lee Director, Chemicals Division Director, CCM Fertilizers Division Director, Finance Director, Transformation Office Director, Group Information Technology and systems Kassim Ali bin Mydin Director, Group Human Resource

2..3 Pemegang saham Pemegang saham, adalah seseorang yang secara sah memiliki satu atau lebih saham dalam sesebuah perusahaan. Para pemegang saham adalah pemilik bagi perusahaan tersebut. Sesebuah perusahaan itu memiliki tanggungjawab kepada para pemegang sahamnya dan pemiliknya, dan seharusnya bekerja demi keuntungan mereka. Maklumat pemegang saham (CCM) Analisis pemegang saham (15 april 2010) Modal saham yang dibenarkan : RM 800,000,000.00

Modal saham yang telah dibayar : RM 404,749,117 (berakhir pada 30 Jun 2011) Class of shares Voting Right ordinary share : ordinary shares of RM1.00 each one vote per

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Pengagihan pemegang saham (CCM)


Saiz pemegang saham Bilangan pemegang saham Kurang daripada 100 100 - 1,000 1,001 10,000 10,001 100,000 100,001 hingga kurang 5% daripada (issued 291 753 2,354 722 72 6.94 17.95 56.41 17.21 1.72 5.840 585.429 10,145,166 20,127,863 93,163,359 0.00 0.15 2.54 5.00 23.11 (%) pemegang saham Bilangan Saham (%) of issued shared capital

holding) 5% and above of issued holdings 4,195 100.00 402,947,217 100.00 3 0.07 278,843,860 69.20

Substantial shareholders NAME Numbers of direct Holding (%) direct holding Numbers of indirect holdings 1. Amanahraya Trustees Berhad Skim Amanah Saham Bumiputera 2. Permodalan Nasional Berhad 3.Yayasan Pelaburan Bumiputera 4. Employees Provident fund Board 38,868,400 9.65 54,989,660 13.65 54,989,660 13.65 184,985,800 45.91 (%) indirect holdings -

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

3.0 Persekitaran Luaran 3.1 Persekitaran fizikal 3.1.1 Sumber fizikal Sumber fizikal dikenali sebagai sumber-sumber yang dibuat oleh manusia melalui kebolehan dan kemahiran. Bangunan, teknologi dan banyak lagi produk yang dibuat oleh manusia adalah satu contoh sumber fizikal. Sumber ini membantu pekerja menjalankan aktiviti dengan lebih mudah. Contoh sumber fizikal yang terdapat dalam CCM Berhad adalah seperti bangunan yang terdapat di Kuala Lumpur.

3.2 Persekitaran Sosial 3.2.1 Tekanan ekonomi Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran. Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya. Dalam CCM Bhd. walaupun dunia mengalami kemerosotan ekonomi tetapi disebabkan bantuan daripada kerajaan mereka berjaya menghadapi kemelesetan dalam organisasi dengan jayanya. Pelaburan juga dilihat berjaya mengukuhkan lagi sumber kewangan syarikat walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi.

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

3.2.2 Tekanan teknologi Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Penggunaan alatan teknologi dalam pengurusan yang digunakan oleh CCM Bhd adalah dari segi perakaunan syarikat telah menerima pengiktirafan apabila dinobatkan selaku juara anugerah NAfMA Anugerah Amalan Terbaik 2005, bagi inovasi dan keberkesanan dalam menggunakan sistem dan piawaian perakaunan pengurusan yang telah menyebabkan penambahan yang dapat dilihat bagi nilai pasaran pemegang saham.

3.2.3 Tekanan undang-undang Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir.
10

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

3.2.4 Tekanan politik Faktor politik merujuk kepada keadaan politik sesebuah negara ataupun negeri. Ia merupakan petunjuk paling penting dalam membuat keputusan pelaburan di

sesebuah negara atau negeri lain. Didalam CCM Bhd. (Malaysia) pelaburan keatas Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Pelaburan yang dibuat di Indonesia adalah pelaburan terbesar anak syarikat CCM Bhd. iaitu CCM Fertelizers. Diberi nama kilang PT CCM Agripharma di Medan kilang ini mampu mengeluarkan 3500 tan metrik sebatian CHB 44 dalam masa sebulan. Selain itu, dua anak syarikat Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM), CCM Siam Ltd (CCMS) dan Upha Pharmaceuticals Manufacturing (M) Sdn. Bhd. (UPHA), telah membentuk satu hubungan strategik dengan British Dispensary Co. Ltd (BD), sebuah syarikat farmaseutikal yang bertapak di Thailand dalam meneroka peluang untuk membangunkan perniagaan farmaseutikal di Thailand.

3.2.5 Tekanan Sosio budaya Masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitiviti tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk diMalaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama. Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan

mengembangkan perniagaannya sepanjang masa. Contohnya dalam CCM Berhad mempromosikan produk farmaseutikal halal di samping memberitahu tentang kebaikan mengambil suplemen yang dikitiraf halal. CCM berhasrat mengukuhkan

11

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

profil syarikat dalam penggunaan pasaran halal serantau sealaras dengan penduduk di dunia yang majoritinya beragama islam.

3.3 Persekitaran industri 3.3.1 Pelanggan Pelanggan merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada golongan pelanggan. Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Dalam CCM Berhad melalui anak syarikatnya CCM Pharmaceutical Sdn. Bhd. mengeluarkan produk-produk kesihatan berkaitan tubuh badan manusia seperti produk Promedyl (batuk dan selsema), efurox (anti-bakteria) dan banyak lagi. Pengeluaran produk ini dilihat sebagai antara keperluan pelanggan pada masa kini dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh CCM Bhd. bagi mencapai keuntungan. Selain itu, tahap perkhidmatan dan kualiti pelanggan juga ditingkatkan selaras dengan syarikat berkaitan kerajaan.

3.3.2 Pembekal Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai runcit, pasaraya. Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus
12

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

berkembang. Dalam pelaksanaan CCM Bhd kepada syarikat berkaitan kerajaan pelaksanaannya terhadap inisiatif ini adalah betujuan untuk meningkatkan ketelusan dan prosedur berdasarkan merit.

3.3.3 Masyarakat Aktiviti kemasyarakatan perlu dilakukan dalam setiap syarikat bagi melihat kesan-kesan yang positif dan berinteraksi secara tidak langsung dapat menaikkan nama syarikat. Amat penting juga syarikat yang ingin memasarkan produk mereka di luar negara mengetahui sensistivi masayarakat. Dalam kegiatan CCM Bhd. dapat dilihat pelbagai aktiviti dijalankan setiap bulan membabitkan golongan masyarakat seperti program di sekolah Taman Pasir Putih membabitkan program 3K (keselamatan, kebersihan dan keceriaan) yang mendapat tajaan syarikat ini. Selain itu, penajaan Siri Keenam Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGM)

melalui syarikat CCM Bhd. sebayak RM20.000 turut menjadi sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan dimana implikasi terhadap pengguna menimbulkan kesan positif.

3.3.4 Pekerja / Kesatuan Sekerja Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan. Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan. Setiap bulan pelbagai aktiviti dirancang didalam syarikat CCM Bhd ataupun anak-anak syarikatnya seperti hari keluarga.

13

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

3.3.5 Pesaing Dalam sistem ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. CCM Bhd melihat pesaing-pesaing seperti syarikat perniagaan Qurba Sdn. Bhd. dalam menguasai pasaran perubatan. Selain itu,Sime Darby juga merupakan salah satu persaingan CCM Bhd. dari segi perladangan.

14

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

4.1 Budaya organisasi

4.1.1 Pengenalan Di dalam mengamalkan pembudayaan di dalam organisasi, CCM telah banyak mempraktikkan nilai yang berguna kepada pemegang saham, rakan niaga, perkerja,dan masyarakat dengan cara membangunkan kualiti produk serta mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dalam menyediakan suasana kerja yang baik dan untuk mengalakkan tahap efisyen kepada ahlinya. Di samping itu, polisi yang telah ditetapkan oleh organisasi adalah berguna untuk meneruskan kelangsungan perjalanan organisasi di dalam apa jua keadaan. Di CCM budaya organisasi boleh di kenali sebagai: Menjalankan perniagaan dengan bertanggungjawab kepada masyarakat serta beretika. Menggalakkan polisi berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Menitikberatkan undang-undang dan hak Mengalakkan perkerja agar saling menghormati sesama perkerja lain di dalam budaya dan peganggan mereka.

4.1.2 Nilai-nilai di dalam organisasi Nilai-nilai yang ada di dalam organisasi ini adalah, nilai yang mengalakkan sikap beretika yang telah ditetapkan bagi memaksimumkan nilai di setiap ahli di dalam organisasi. Dan di CCM, ia menjalankan operasinya mengikut nilai-nilai berikut: i. Penguasaan koperat- CCM akan menjalankan penguasaan dan beretika dalam perniagaan agar dapat menguruskan perniagaan yang dijalankan, supaya dapat menarik minat para pelabur. ii. Kepuasan pelanggan- Ahli organisasi akan bertindakbalas dengan perubahan persekitaran dalam memastikan perlaksanaan perkerjaan mencapai tahap terbaik agar dapat memudahkan pelangan-pelangan CCM.

15

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

iii.

Kualiti- CCM akan sentiasa memastikan setiap proses, produk, dan perkhidmatan akan ditingkatkan seiring dengan aplikasi pengurusan keseluruhan kualiti (TQM).

iv.

Keselamatan, kesihatan dan persekitaran- Organisasi akan memastikan setiap aktiviti perkerjaan yang dilakukan mestilah dilindungi dari segi keselamatan dan kesihatan. Setiap kejadian yang berlaku akan dikurangkan, agar organisasi dapat menjalankan pembetulan seiring dengan tanggungjawab organisasi.

v.

Tanggungjawab organisasi- Organisasi akan menjalankan tanggungjawab bagi membangunkan masyarakat.

vi.

Kerjasama- Ahli organisasi akan dipimpin dengan contoh teladan, kepercayaan, dan saling menghormati agar dapat berkerja didalam satu kumpulan bagi mencapai objektif organisasi.

vii.

Pengiktirafan- CCM akan mengendalikan dasar ganjaran dan kemajuan yang berdaya saing, yang memberi kelebihan untuk menarik, mengekal dan mendorong pekerja dengan memberi pengiktirafan yang adil dan terbuka di dalam prestasi kerja. Mewujudkan budaya individu yang didorong oleh keghairahan untuk mencapai kecemerlangan yang akan menjadi matlamat utama organisasi.

4.2 Sumber organisasi

4.2.1 Sumber kewangan dari pemegang saham I. Analisis nilai pemegang saham pada 15 April 2010 Modal Saham Dibenarkan: RM800, 000,000 Modal Saham Terbitan dan Berbayar:RM404, 749.117 (pada 30 Jun 2011) Kelas Saham: Saham Biasa bernilai RM1.00 setiap satu Hak Mengundi: Satu undi bagi setiap saham biasa

16

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

II.

Pengagihan Pegangan Saham Saiz pegangan Bil. pemegang saham 291 753 2,354 722 72 (%) pemegang saham 6.94 17.95 56.41 17.21 1.72 Bil. Syer (%) terbitan Modal Saham 0.00 0.15 2.54 5.00 23.11

Kurang dari 100 100 - 1,000 1,001 - 10,000 10.001 - 100,000 100,001 kurang dari 5% daripada terbitan modal saham 5% dan ke atas dkeluarkan pegangan

5,840 585,429 10,145,166 20,127,863 93,168,359

3 4,195

0.07 100.00

278,843,860 402,947,217

69.20 100.00

III.

Pemegang Saham Utama Langsung Nama 1. Amanahraya Trustees Berhad Skim Amanah Saham Bumiputera 2. Permodalan Nasional Berhad 3. Yayasan Pelaburan Bumiputraa 4. Employees Provident Fund Board Bil. 184,985,800 54,989,660 38,868,400 (%) 45.91 13.65 9.65 Bil. 54,989,660 Tidak langsung (%) 13.65 -

17

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Faedah yang disifatkan oleh menurut kepentingan besar dalam Permodalan Nasional Berhad menurut Seksyen 6A Akta Syarikat, 1965.

IV.

Senarai Tiga Puluh Pemegang Saham (30) Teratas Bil . 1. 2. 3. Nama Permodalan Nasional Berhad Employees Provident Fund Board Pegangangan 239,975,460 38,868,400 % 59.55 9.65 4.47

Public Nominees (Asing) Sdn Bhd Pledged Securities Account 18,000,000 for Billion Victory Sdn Bhd (KLC) Amanahraya Trustees Berhad Amanah Saham Wawasan 2020 Amanahraya Trustees Berhad Amanah Saham Malaysia Amanahraya Trustees Berhad Amanah Saham Didik Lembaga Tabung Haji Chemical Company of Malaysia Berhad Share Buy Back Account Amanahraya Trustees Berhad Sekim Amanah Saham Nasional G.T.Y Holdings Sdn Bhd Employees Provident Fund Board 17,089,900

4.

4.24

5.

10,566,000

2.62

6.

9,449,900

2.35

7. 8.

7,953,500 2,998,000

1.97 0.74

9.

2,523,900

0.63

10. 11.

2,500,000 1,500,000

0.62 0.37

18

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

12. Amanahraya Trustees Berhad Affin Islamic Equity Fund

1,425,700

0.35

13.

Amanahraya Trustees Berhad Public Islamic Select Treasures Fund Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd Exempt An for Prudential Fund Management Berhad Affin Nominees (Asing) Sdn Bhd UOB Kay Hian Pte Ltd for Wee Shuk Theng Amanahraya Trustees Berhad Public Islamic Dividend Fund HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd HSBC (M) Trustee Bhd for MAAKL Al-Faid (4389) RHB Capital Nominees (Tempatan) Sdn Bhd Pledged Securities Account for Nor Hayati Binti Abd Malik (1181002) Amanahraya Trustees Berhad Dana Islamiah Affin Amanahraya Trustees Berhad Amanah Saham Nasional 2

1,285,400

0.32

14.

871,300

0.22

15.

848,332

0.21

16.

807,300

0.20

17.

672,000

0.17

18.

650,000

0.16

19.

636,200

0.16

20.

612,300

0.15

611,000 21. HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd HSBC (M) Trustee Bhd for Maakl Al-Fauzan(5170)

0.15

22.

HSBC Nominees (Asing) Sdn Bhd Exempt an For Credit Suisse (SG BR-TST-ASING)

602,200

0.15

19

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

23. 24.

Lebar Daun Construction Sdn Bhd Citigroup Nominees (Asing) Sdn Bhd CBNY for DFA Emerging Markets Small Cap Series Lee Yee Chong Malaysia Nominees (Tempatan) Sendirian Berhad Lee Foundation, States of Malaya (00-00197-000) Equity Heights Sdn Bhd Mayban Nominees (Tempatan) Sdn Bhd Chua Eng Ho Wa'a @ Chua Eng Wah Pee Yu Chi CIMSEC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd Pledged Securities Account for Yeoh Keat Chye (Sec 17 PJ-CL)

550,000 472,600

0.14 0.12

25. 26.

422,000 420,000

0.10 0.10

27. 28.

400,000 372,500

0.10 0.09

29. 30.

360,000 346,000

0.09 0.09

20

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

5.0 Analisis faktor-faktor strategik (SWOT) 5.1 Analisis Situasi ( Analisis SWOT )

Kekuatan (Strengths) : 1. Pengeluaran produk yang pelbagai. 2. Bilangan sumber manusia yang mencukupi. 3. Sumber kewangan yang stabil. 4. Menerapkan nilai-nilai organisasi yang baik. 5. Penggunaan teknologi terkini. 6. Strategik hubungan. 7. Pengambilalihan syarikat.

Kelemahan (Weaknessess) : 1. Pencemaran bahan kimia.

Peluang (Opportunities): 1. pasaran antarabangsa. 2. Kontrak 3 tahun bernilai 32 juta dengan kerajaan. 3. Labur 7 juta ke pasaran luar. 4. Perkembangan politik.

Strategik SO : 1. Wujudkan pasaran baru di luar negara. (strategik pengembangan) 2. Membangunkan lebih banyak produk yang berasakan kimia, kesihatan dan lain-lain. (strategik pertumbuhan) 3. Menggunakan teknologi tinggi. (strategik teknologi)

Strategik WO : 1. Menjalan operasi yang berteraskan kehijauan alam sekitar. (strategik alam sekitar)

21

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Ancaman (Threat) : 1. Persaingan produk. 2. Pemboikan pengguna terhadap penggunaan bahan kimia.

Stategik ST : 1. Memperkukuhkan Jabatan R&D untuk meningkatkan pengeluaran produk yang bermutu tinggi. (strategik penyelidikan) 2. Menawarkan sumber tenaga Mahir bagi meningkatkan mutu produk. (strategik sumber manusia)

Strategik WT : 1. Meningkatkan kecekapan dalam bidang R&D bagi menghasilkan produk yang tidak mencemarkan alam sekitar. (strategik penyelidikan)

Kelebihan / kekuatan ( pengeluaran produk ) : 1. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk dan perkhidmatan berasakan industri kimia, kesihatan dan pertanian. 2. Syarikat ini juga mendapat pengiktirafan sijil halal Malaysia dari segi aspek keselamatan, kualiti, kecekapan serta kebersihan produk pengeluaran syarikat CCM. Syarikat CCM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Majlis Halal di peringkat Kumpulan dan Jawatankuasa Halal di semua subsidiariuntuk memantapkan eksport produk Kumpulan ke pasaran pengguna islam di seluruh dunia yang dianggarkan bernilai AS$580 Bilion. Sebagai contoh, CCM Farmaseutikal ( CCMP ) merupakan salah sebuah unit Farmaseutikal Kumpulan dan yang pertama berjaya mendapat sijil Halal JAKIM, mengeksport lebih daripada 20 buah negara seluruh dunia dengan sumbangan perolehan daripada jualan negara-negara islam menjangkau sebanyak 20% daripada perolehan eksport.
22

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

3. Selain itu, bahagian baja syarikat CCM telah berjaya menghasilkan baja GROMAX yang merupakan baja foliar yang berasakan Asid Nitro Humik ( NHA ) yang dirumus khas bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi sebanyak 75%. 4. Sistem rawatan air yang menggunakan teknologi ultra-filtration ( UF ) ini telah dibangunkan oleh CCM Water Systems Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Chemical company of Malaysia ( CCM ). Ianya telah digunakan di kebanyakan negara membangun dalam meningkatkan mutu dan kualiti air dengan menyingkirkan bakteria, virus-virus dan mikro organisma. Hal ini telah memberikan kekuatan kepada syarikat CCM sebagai sebuah syarikat pembekal sistem rawatan air. 5. Syarikat CCM Duopharma telah memperkenalkan produk berjenama Legarin yang dirumus khas mengikut kaedah tradisional sebagai tonik hati dan ianya mengandungi Silybum Marianum yang membolehkannya berfungsi untuk merawat kesakitan pada bahgian hati. ( sumber manusia ) : 1. Syarikat menawarkan peluang pekerjan kepada calon pekerja yang berkelayakan. 2. Antara langkah yang dilakukan oleh pihak syarikat ialah dengan memberikan Anugerah Pingat Emas MPS-CCM kepada siswa dan siswazah dalam jurusan Sains Farmaseutikal daripada universiti tempatan yang mendapat kecermelangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Pengarah Bahagian Farmaseutikal CCM, En. Leonard Ariff bin Abdul Shatar Sumbangan CCM ini merupakan suatu sumbangan kepada siswa dan siswazah dalam usaha mencapai kejayaan dalam bidang farmasi pada masa akan datang. 3. Syarikat juga menyediakan pelbagai faedah kepada pekerja seperti tambahan gaji, insurans ( kemalangan dan nyawa ) serta rawatan kesihatan kepada setiap pekerja.

23

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

( Sumber kewangan ) : 1. Syarikat CCM mendapat perolehan sumber kewangan yang konsisten hasil daripada pelaburan saham oleh pemegang-pemegang saham syarikat ini. Hasil daripada pelaburan telah mewujudkan kestabilan kewangan yang baik kepada syarikat. ( Nilai-nilai organisasi ) : 1. Nilai-nilai yang ada di dalam organisasi adalah nilai yang mengalakkan sikap beretika yang telah ditetapkan bagi memaksimumkan nilai di setiap ahli di dalam organisasi. Antaranya termasuklah nilai penguasaan koperat, kepuasan pelanggan, kualiti, kerjasama dan lain-lain.

( Teknologi terkini ) : 1. Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Penggunaan alatan teknologi dalam pengurusan yang digunakan oleh CCM Bhd adalah dari segi perakaunan syarikat telah menerima pengiktirafan apabila dinobatkan selaku juara anugerah NAfMA Anugerah Amalan Terbaik 2005, bagi inovasi dan keberkesanan dalam menggunakan sistem dan piawaian perakaunan

pengurusan yang telah menyebabkan penambahan yang dapat dilihat bagi nilai pasaran pemegang saham.

24

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

( Strategik hubungan ) : 1. Dua buah anak syarikat Chemical Company of Malaysia Berhad ( CCM ), CCM Siam Ltd ( CCMS ) dan Upha Pharmaceuticals Manufacturing ( M ) Sdn. Bhd. ( UPHA ), telah membentuk satu hubungan strategik dengan British Dispensary Co. Ltd ( BD ), sebuah syarikat farmaseutikal yang bertapak di Thailand dalam meneroka peluang untuk membangunkan perniagaan farmaseutikal di Thailand. 2. Di bawah perjanjian persefahaman tersebut, CCM Siam akan menggunakan rangkaian pemasaran dan pengedaran British Dispensary di Thailand bagi menawarkan barangan CCM yang inovatif dan berkualiti bagi industri farmaseutikal Thailand manakala UPHA akan menyediakan perkhidmatan teknikal dan pembuatan bagi mengeluarkan barangan farmaseutikal British Dispensary bagi pasaran Thailand.

( Pengambilalihan syarikat ) : 1. Syarikat CCM memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor berikutan pengambilalihan jenama dan aset Malaysian Farmaseutical pada harga RM22 juta melalui subsidiari milik penuhnya , CCM Pharma Sdn. Bhd. Kelemahan ( pencemaran bahan kimia ) : 1. Pengeluaran produk oleh syarikat CCM yang berasaskan kimia boleh memberikan kesan yang buruk terhadap pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, bahan kimia yang meresap ke udara banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Justeru itu, pihak syarikat perlu bijak dalam menangani kelemahan ini bagi memastikan penerusan operasian syarikat berterusan tanpa meninggalkan sebarang masalah khususnya kepada masyarakat.

25

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Peluang ( perniagaan / pasaran ) : 1. Syarikat CCM menjalankan perniagaan antarabangsa dalam era globalisasi. Antaranya termasuklah negara Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina. ( Kontrak ) : 1. Chemical Company Malaysian Deopharma ( CCMD ) yang merupakan anak syarikat CCM telah mendapat kontrak selama 3 tahun dengan kerajaan yang bernilai 32 juta bagi membekalkan Omiflu iaitu virus bagi merawat dan mencegah jangkitan virus Influenza A ( H1N1 ). ( Pelaburan ) : 1. Syarikat CCM juga turut melabur sebanyak RM7 juta bagi menyediakan kilang vaksin lengai dalam mencapai pengeluaran yang optimum bagi pasaran luar seperti di Indonesia, Thailand dan Vietnam. ( Perkembangan politik) : 1. Faktor politik merujuk kepada keadaan politik sesebuah negara ataupun negeri. Ia merupakan petunjuk paling penting dalam membuat keputusan pelaburan di

sesebuah negara atau negeri lain. Didalam CCM Bhd. (Malaysia) pelaburan keatas Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Pelaburan yang dibuat di Indonesia adalah pelaburan terbesar anak syarikat CCM Bhd. iaitu CCM Fertelizers. Diberi nama kilang PT CCM Agripharma di Medan kilang ini mampu mengeluarkan 3500 tan metrik sebatian CHB 44 dalam masa sebulan. Selain itu, dua anak syarikat Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM), CCM Siam Ltd (CCMS) dan Upha Pharmaceuticals Manufacturing (M) Sdn. Bhd. (UPHA), telah membentuk satu hubungan strategik dengan British Dispensary Co. Ltd (BD), sebuah syarikat farmaseutikal yang bertapak di Thailand dalam meneroka peluang untuk membangunkan perniagaan farmaseutikal di Thailand.

26

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Ancaman ( Persaingan ) : 1. Syarikat CCM banyak mendapat persaingan daripada syarikat lain dalam menghasilkan pelbagai produk yang bermutu tinggi. Contohnya, pengeluaran baja padi GROMAX oleh syarikat CCM perlu bersaing dengan syarikat pengeluar baja padi yang lain seperti pengeluar baja padi Diversatech yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa hasil daripada pengeluarannya yang bermutu tinggi. 2. Dalam sistem ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. CCM Bhd melihat pesaing-pesaing seperti syarikat perniagaan Qurba Sdn. Bhd. dalam menguasai pasaran perubatan.

(Pemboikan pengguna terhadap penggunaan bahan kimia) : 1. Masyarakat yang mementingkan kehijauan alam sekitar boleh memberikan ancaman terhadap produk syarikat yang berasaskan bahan kimia. Hal ini kerana, persekitaran yang mengandungi bahan kimia boleh memberikan kesan yang buruk khususnya terhadap kesihatan diri. Sekiranya ancaman ini terus melanda ianya boleh mengurangkan permintaan terhadap produk syarikat.

27

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

5.2 Semakan terhadap hala tuju Visi Meningkatkan kualiti kehidupan. Misi Ingin menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab dimana komited dalam meningkatkan kualiti kehidupan dengan menyediakan penyelesaian yang mampan bersandarkan kepada sains inovatif.

Nilai Korporat Kumpulan syarikat CCM hendaklah menjalankan perniagaan selaras dengan nilainilai berikut :

Keghairahan Kami memberi inspirasi dan memberi tenaga kepada semua orang untuk menjadi yang terbaik.

Kecemerlangan Kami menyampaikan prestasi cemerlang secara konsisten melalui penyelesaian inovatif.

Kerja berpasukan Kami sama-sama berjaya, kerana kami bekerja sebagai satu.

Integriti Kami mengamalkan didalam diri supaya jujur dan beretika.

Bertanggungjawab Kami menghormati amanah yang telah diberikan hasil daripada sikap bertanggungjawab kami.

28

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Hormat Kami menghargai perbezaan dan niat ikhlas sebagai asas untuk mencapai aspirasi yang dikongsi bersama.

Objektif Strategik Memaksimumkan potensi perniagaan. Mempercepatkan usaha memperluaskan perniagaan serantau. Memperluaskan pendapatan melalui pengambilalihan. Mewujudkan sebuah organisasi berprestasi didorong oleh perubahan proses perniagaan dan budaya. Membangunkan keupayaan dalam Pemasaran Modal, Sains dan Teknologi Manusia, dan Pengurusan Pelanggan. Menggalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat. Memastikan jumlah komitmen bertanggungjawab dijaga.

Dasar CCM

Dasar Alam Sekitar Adalah menjadi dasar Kumpulan Syarikat CCM untuk menguruskan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ini memberikan jaminan bahawa mereka diterima oleh masyarakat dan apa-apa kesan buruk terhadap alam sekitar dapat dikurangkan dan dilaksanakan.

Adalah menjadi dasar kami untuk: Menggalakkan pertukaran maklumat dan teknologi alam sekitar di kalangan syarikatsyarikat kami dan dengan syarikat-syarikat yang lain. Menyediakan maklumat seperti yang terdapat pada bila-bila masa bagi membolehkan CCM dan proses pihak ketiga, apabila digunakan tanpa lesen, yang akan dikendalikan tanpa kesan terhadap alam sekitar yang tidak boleh diterima.
29

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Menyediakan maklumat dan bantuan yang mencukupi untuk membolehkan produk syarikat kami digunakan, disimpan dan dilupuskan, untuk mengelakkan kesan yang tidak boleh diterima ke atas alam sekitar. Permohonan dasar ini akan menjadi pertimbangan utama dalam pengurusan aktivitiaktiviti dalam Kumpulan Syarikat CCM .

30

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

6.0 Alternatif-alternatif strategik dan strategi yang disyorkan 1) Memberi latihan kepada pekerja. (Strategi sumber manusia) 2) Menyediakan tempat pelupusan bahan kimia. (Strategi Alam Sekitar) 3) Nilai-nilai murni. (Strategi sosiobudaya) 4) Pengambilalihan syarikat. (Strategi pengembangan) 5) Penghasilan produk yang baik dan selamat. (Strategi pengeluaran) 6) Menguatkuasakan undang-undang. (Strategi persekitaran) 7.0 Justifikasi-justifikasi strategik yang disyorkan 1) Memberi latihan kepada pekerja-pekerja baru. Setiap organisasi memerlukan pekerja yang cekap. Ini dapat membantu syarikat dalam meningkatkan mutu kerja dan keuntungan yang akan diperoleh. Terdapat beberapa kaedah latihan boleh dijalankan oleh organisasi antaranya adalah : Kaedah mentor dan mentee Menghantar pekerja ke kursus yang diperlukan berkaitan dengan pekerjaan yang dimiliki 2) Menyediakan tempat pelupusan bahan kimia. Bahan kimia merupakan satu bahan yang tidak asing bagi semua industri di dalam dunia ini. Bahan kimia adalah sangat merbahaya kepada kesihatan pekerja dan juga persekitaran. Dengan menyediakan tempat atau tapak khas sebagai tempat pelupusan bahan kimia, masalah ini dapat diatasi dengan mudah tanpa memberi kesan kepada persekitaran.

3) Nilai-nilai murni Nilai-nilai murni dapat menjaga dan menjamin perhubungan sesama manusia(pekerja). Ini terbukti kerana dengan memiliki nilai seperti bantu membantu, sesuatu masalah itu dapat diatasi dengan mudah tanpa sebarang masalah. Sekiranya nilai-nilai murni tidak diterapkan kepada pekerja,

31

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

mungkin dengan sedikit persengketaan atau kemalangan boleh menyebabkan organisasi mengalami kerugian yang amat tinggi. 4) Pengambilalihan syarikat. Dengan pengambilalihan syarikat, CCM dapat memperluaskan operasi syarikatnya dengan lebih meluas dan lebih menguntungkan. Ini juga dapat menjadikan sesebuah syarikat itu lebih kuat dan tidak mudah untuk disaingi. 5) Penghasilan produk yang baik dan selamat

Pengguna amat mementingkan kesihatan, oleh itu penghasilan produk yang baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna adalah sangat dititikberatkan oleh sesebuah syarikat. Sekiranya produk yang dihasilkan oleh CCM adalah selamat digunakan maka pengguna akan percaya kepada produk syarikat. Pengguna juga tidak akan beralih tumpuan kepada produk pengganti lain yang terdapat dalam pasaran. Ini dapat meningkatkan keuntungan syarikat sekaligus menambahkan permintaan daripada pengguna.

6) Penguatkuasaan undang-undang Mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Contoh adalah dari segi pemprosesan pembuatan baja oleh anak syarikat CCM Fertelizers perlulah dipatuhi dari segi pengunaan bahan kimia, sukatan bahan kimia, dan pembuangan bahan kimia perlulah mengikut piawai undang-undang yang dikeluarkan oleh setiap negara.

32

PENGURUSAN STRATEGIK (BPMN3023)

Rujukan Analysis of shareholding as at 15 April 2010.(2010). Chemical Company of Malaysia BHD. Retrieved October 20, 2011. From http//:www.ccm.com.my./about_ccm/shareholders_information. asp. Corporate Responsibility Report 2008.(2008). Chemical Company of Malaysia BHD. Retrieved October 20, 2011. From http//:www.ccm.com.my./corporate_responsibility/corporate_responsibility. asp. Board Of Director.(2011). Chemical Company of Malaysia BHD. Retrieved October 28, 2011. From http//:www.ccm.com.my. /about_ccm/bod.asp. Nur Melissa Fernandez Abdullah.(2007). Berita Kimia. Chemical Company of Malaysia Berhad. Selangor. Halm Hilmen Abdullah. (2010). Pengurusan Strategik (Edisi ke-3) konsep dan kos. Selangor. Pearson Malaysia.

33

Вам также может понравиться