Вы находитесь на странице: 1из 2

1.

0 HURAIKAN DENGAN MENDALAM APAKAH YANG ANDA FAHAM TENTANG KES YANG KAJI Berdasarkan kes kajian yang diberi iaitu kajian kes 4 dengan judul guru kelas tahun 3 Kenanga, banyak masalah yang telah dikenal pasti berkaitan dengan masalah disiplin murid dalam kelas tersebut serta pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Mengikut pemahaman saya setelah membuat bacaan yang teliti atas kes kajian yang diedarkan, berikut merupakan huraian mengenai masalah-masalah yang didapati daripada kajian kes 4. Cikgu Abdul merupakan seorang guru baharu yang telah ditempatkan untuk berkhidmat di sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Di sekolah tersebut, beliau telah dilantik menjadi guru kelas tahun 3 Kenanga. Sebagai seorang guru yang masih mentah dalam profesian ini, perkara-perkara yang dialami oleh belaiu bukan sesuatu yang baharu ketika menempuh alam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Pertama sekali, antara masalah-masalah yang dihadapi oleh Cikgu Abdul sehingga mengganggu proses pembelajaran ialah terdapat segelintir murid-murid Tahun 3 Kenanga yang tidak mendengar arahan, lambat bertindak balas terhadap arahan beliau, leka membuat kerja masing-masing, tidak memberi perhatian ketika guru mengajar, tidak mengambil berat terhadap tugasan yang diberi, mudah terpengaruh oleh gerak hati, mengganggu perbualan kerana menyatakan sesuatu secara membuta tuli atau menyuarakan pendapat tanpa berfikir dan turut tidak ketinggalan terdapat murid-murid yang suka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kerja yang diberi kerana melakukan tugasan mengikut kemampuan sendiri. Seiringan dengan itu, didapati Cikgu Abdul juga mudah terpengaruh dengan murid-murid yang ringan mulut. Beliau hampir terpedaya dengan cerita yang ceritakan oleh seorang murid. Ceritanya sekadar satu alasan untuk mengelakkan dirinya daripada didenda atau diberi hukuman kerana tidak dapat menghantar buku latihan dan menyiapkan tugasan yang diberi. Alasan yang diberikan kepada Cikgu Abdul ialah, bukan dia tidak mahu membuat kerja yang diberikan malahan sudah faham dengan jelas tentang kerja yang perlu dibuat, tetapi rakannya Asrul telah mengambil buku latihan tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Katanya, tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan kerana buku latihan telah diambil oleh kawannya. Di samping itu, terdapat beberapa orang murid yang berperwatakan introvert. Golongan murid ini tidak melibatkan diri secara aktif dalam sebarang aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, mereka juga kurang terlibat dalam aktiviti sumbang saran seperti menyumbangkan idea atau bertukar pendapat sesama rakan kelas. Mereka lebih selesa untuk bersendirian dan sangat suka untuk memerhati. Dalam pada itu, Cikgu Abdul juga menerima laporan daripada guru mata pelajaran lain bawah terdapat beberapa orang anak buahnya tidak menyiapkan latihan yang diberi, tidak memberi perhatian semasa proses pengajaran sedang berlangsung dan bertindak untuk berkhayal. Kesemua masalah seperti yang dijelaskan di atas berkaitan dengan masalah disiplin murid-murid kelas Tahun 3 Kenanga. Selain masalah disiplin murid-murid, terdapat juga sedikit masalah yang berkaitan dengan persekitaran pembelajaran kondusif. Didapati, suasana bilik darjah kelas Tahun 3 Kenanga tidak selesa sama sekali. Seperti yang tertera dalam kes kajian, susunan almari, kerusi dan meja adalah tidak tetap kerana sentiasa berubah tempat. Mungkin ini merupakan salah satu faktor

proses P&P mudah terganggu dan natijahnya murid-murid a tidak dapat menumpukan perhatian sepenunhya. Di samping itu, cebisan kertas juga berselerak di atas lantai atau di sekeliling tong sampah. Penyediaan sebuah suasana bilik darjah seperti kelas Tahun 3 Kenanga yang tunggang terbalik adalah tidak bijak untuk murid-murid menimba ilmu tetapi mereka lebih terangsang untuk belajar dalam suasana bilik darjah yang kemas, menarik dan teratur. Beberapa sinergi telah diambil oleh Cikgu Abdul untuk meningkatkan keberkesanana beliau dalam mengendalikan proses P&P dan juga mengurusakan murid-murid kelas Tahun 3 Kenanga. Antaranya membuat jadual tugas kebersihan kelas dan jadual peraturan kelas. Selain itu, beliau juga cuba beberapa cara lain seperti meninggikan suara dan mengulang beberapa kali untuk memberi arahan. Beliau terpaksa mengambil tindakan sebegitu kerana berasa tertekan. Walaupun beliau telah sedaya upaya mencuba untuk mengawal dan mengurusakan tingkah laku murid-muridnya dengan beberapa cara namum hasilnya kelihatan tidak berjaya. Pada pandangan saya, Cikgu Abdul perlukan pendedahan mengenai pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah yang beliau hadapi terutama bersama murid-muridnya yang bermasalah disiplin seperti enggan mendengar arahan dan bersifat pasif. Model-model seperti Model Disiplin Asertif Canter, Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Akibat Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti oleh William Glasser harus diaplikasikan semasa proses P&P memandangkan kebanyakkan muridnya bermasasalh disiplin. Di samping model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik berkaitan turut dapat diguna pakai ketika mengajar. Tambahan, beliau juga perlukan kemahiran tinggi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Masalah yang dihadapi oleh Cikgu Abdul belum ke peringkat kritikal lagi, bermakna situasi yang beliau hadapi sekarang bersama murid-murid kelas Tahun 3 Kenanga dapat diatasi sebelum bertambah teruk ,umpama pepatah sediakan payung sebelum hujan. Saya pasti, Cikgu Abdul dapat menghasilkan satu pembaharuan baharu dalam mengendalikan tugasnya sebagai guru kelas Tahun 3 Kenanga jika menitikberatkan aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku sebelum mula mengajar.

Вам также может понравиться