Вы находитесь на странице: 1из 2

Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan memberi faedah kepada isi rumah berpendapatan kurang

daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun. Cara Pelaburan SARA 1Malaysia Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad. Tarikh Permohonan SARA 1Malaysia Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal. Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia. Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan. Faedah SARA 1Malaysia Menurut Perdana Menteri, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik. SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Berita gembira buat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bawah RM3000 sebulan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SARA 1MALAYSIA bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1 MALAYSIA) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn. Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Skim ini dapat menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menabung dan melabur.

Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia akan dibuka pada 30 Januari 2012 dan mereka yang berpendapatan kasar RM500 hingga RM3000 sebulan layak memohon.

Kelayakan Memohon: Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 58 tahun. Mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM500-RM300 sebulan. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman. Syarat-syarat lain ditetapkan oleh bank.

Institusi Kewangan Yang Mengambil Bahagian: MAYBANK CIMB BANK RHB BANK BANK SIMPANAN NASIAONAL (BSN)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan: Pemohon diminta menyediakan salinan dan dokumen asal yang disahkan seperti berikut: Kad Pengenalan pemohon (2 salinan) Kad Pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan) Bukti pendapatan, 1 salinan penyata gaji 3 bulan terkini, salinan penyata bank 3 bulan terkini

Вам также может понравиться