Вы находитесь на странице: 1из 3

1.

Pengenalan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan fungsi

tersendiri yang telah ditentukan. Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa yang melibatkan kes-kes berkaitan orang-orang Islam membabitkan kekeluargaan, harta dan jenayah. Kekekuargaan merangkumi aspek perkahwinan, cerai, nafkah dan anak angkat manakala aspek harta pula mencangkupi wakaf, zakat, harta dan baitulmal. Aspek jenayah pula melibatkan kawalan iktikad, zina, khalwat, minum arak dan judi. Kuasa Mahkamah Tinggi pula tidak terhad dan secara umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM 1,000 selain daripada kes-kes yang melibatkan kesahan atau pembubaran perkahwinan dan perkara-perkara suami isteri, kemuflisan dan perkara penggulungan syarikat, penjagaan kanak-kanak, wasiat, injuksi, pembatalan kontrak dan kesalahan individu1. Kekeliruan bidang kuasa mahkamah sering berlaku dan kekeliruan ini telah menyebabkan tempoh bagi sesuatu perbicaraan kes semakin bertambah. 2.0 Huraian Kes Salah satu kes yang boleh diberi perhatian berdasarkan kekeliruan bidang kuasa yang timbul adalah kes Mohamed Habibullah bin Mahmood vs Faridah bt Dato Talib. Mohamed Habibullah bin Mahmood dan Faridah bt Dato Talib telah berkahwin pada 5 Ogos 1965 dan plaintif (Faridah bt Dato Talib) telah mengemukakan petisyen perceraian di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur. Plaintif mengatakan bahawa semasa tempoh perkahwinan mereka, beliau telah diserang sentuh oleh defendan (Mohamed Habibullah bin Mahmood) beberapa kali dan pada masa yang sama, plaintif telah memfailkan guaman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap defendan untuk menuntut ganti rugi dan injuksi menahan defendan dari menyerang, menganggu berkali-kali atau memperkosa plaintif atau ahli keluarga plaintif. Dengan itu, defendan telah memfail notis usul untuk mengetepikan injuksi sementara itu. Dua isu telah timbul ketika perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi iaitu adakah Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menghakimi tindakan plaintif kerana ia melibatkan perkara yang terletak secara eksklusif dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan isu kedua yang timbul dari perbicaraan adalah tindakan plaintif boleh dimulakan terhadap defendan kerana terdapat Ordinan Perempuan Bersuami 1957 melarang seorang isteri daripada mendakwa suaminya dalam tort. Namun Ordinan Perempuan Bersuami 1957 tidak lagi terpakai yang telah diputuskan oleh hakim dalam perbicaraan sebelum rayuan oleh defendan, rujuk [1990] 1 MLJ 174. Hakim memutuskan Ordinan Perempuan Bersuami 1957

Mahkamah Tinggi, diambil pada 17 November 2011, dari http://www.kehakiman.gov.my/?q=node/38

ini tidak terpakai atas alasan bahawa defendan turut melakukan gangguan berbentuk fizikal terhadap plaintif seperti yang telah dinyatakan oleh plaintif dalam penyataannya; 4. During the course of marriage between the plaintiff and the defendant, the defendant had battered the plaintiff on numerous occasion. 5. On 12 January 1989 the defendant continued to ill-treat the plaintif by butting a lighted cigarette on the plaintiffs face.2 Plaintif juga menyatakan dalam penyataan beliau bahawa defendan mengugut dan berniat untuk mencederakan plaintif dan plaintif berada dalam keadaan takut serta plaintif percaya bahawa defendan akan terus mengugut dan mencederakan beliau melainkan disekat oleh mahkamah. Dalam apa-apa kes, walaupun hakim mempunyai pandangan atau idea yang praktikal berhubung kandungan undang-undang tort, kontrak dan undang-undang jenayah, mereka tidak pernah meletakkan sekatan yang tepat bagi setiap undang-undang tersebut. Dengan itu, hakim tidak mempunyai keraguan untuk menyatakan bahawa serangan atau tindakan jenayah telah dilakukan terhadap plaintif sehingga mendorong plaintif untuk bertindak sedemikian. Tindakan plaintif yang meminta kepada injuksi yang menghalang kelakuan yang mencurigakan atau mencederakan pada masa hadapan. For the above reasons, I hold that s 9(2) of the Married Women Ordinance 1957 does not apply as the plaintiffs action is grounded on criminal offences commited or threatened to be commited against her.3 Berdasarkan isu pertama yang timbul di mahkamah iaitu samada Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk menghakimi tindakan plaintif kerana ia melibatkan perkara yang terletak secara eksklusif di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kedua-dua plaintif dan defendan adalah beragama Islam dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di Jabatan Agama Johor pada 9 Ogos 1965. Pada dasarnya kes ini dilihat dan sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana ianya berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan orang Islam tetapi hal ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Namun begitu, pendekatan seharusnya dilihat dengan lebih dekat lagi. Kes ini seharusnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana ianya tidak melibatkan atau tidak menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan undangundang Islam dalam perkahwinan, penceraian, hak penjagaan dan masalah-masalah yang berkaitan. Tindakan plaintif di sini adalah untuk meminta injuksi untuk menghalang suaminya dari mengganggu, mencederakan dan memalukan beliau. Oleh sebab itu, beliau meminta Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan perlindungan daripada kekerasan oleh suami beliau
2 3

Prof Ahmad Ibrahim, [1990] MLJ 1, hlmn 177 Ibid, hlmn 178

yang menyebabkan kecederaan. Dalam hal ini, adalah penting untuk mengenalpasti tindakan plaintif daripada penyataan yang telah dikemukakan oleh beliau. Berdasarkan penyataan yang telah disediakan oleh plaintif, ianya cukup untuk meyakinkan pihak hakim bahawa tindakan plaintif adalah berdasarkan tindakan memukul, mencederakan yang mana adalah kesalahan jenayah. 3.0 Huraian Keputusan Kes Namun begitu, rayuan oleh defendan telah diterima berhubung Ordinan Perempuan Berkahwin 1957 dan tuntutan plaintif untuk mendapatkan injuksi terhadap defendan telah ditolak. Ini adalah kerana s 9 Ordinan Perempuan Berkahwin 1957 hanya membolehkan seseorang isteri menyaman suaminya atas alasan perlindungan dan keselamatan terhadap harta tetapi melarang tindakan tort di antara mereka. Berdasarkan keputusan yang diberikan oleh pihak mahkamah, sedikit ketidakadilan mungkin berlaku namun ini adalah hasil dari undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia. Jika dilihat secara logiknya, plaintif sepatutnya berhak mendapat injuksi dari pihak mahkamah terhadap defendan untuk menjaga keselamatan dan perlindungan terhadap diri sendiri walaupun defendan adalah suami kepada beliau. Tambahan itu, plaintif telah mengemukakan petisyen penceraian di Mahkamah Syariah. Mahkamah Tinggi berkuasa untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan tingkah laku yang boleh mencederakan seseorang individu dan boleh memberi perlindungan kepada individu terbabit. Namun, apa yang berlaku dalam kes Mohamed Habibullah dan Faridah Dato Talib ini agak tidak adil. Oleh kerana Ordinan Perempuan Berkahwin 1957 hanya membolehkan seorang isteri menyaman suaminya untuk mendapatkan perlindungan dan keselamatan terhadap harta tetapi seorang isteri tersebut tidak boleh menyaman suaminya dengan jika kekerasan yang dilakukan. Setiap individu berhak mendapat hak untuk menikmati hidup yang aman, selamat dan jauh dari mana-mana ancaman. Namun, lain yang berlaku dalam kes ini. Apa yang dapat diperkatakan di sini, Perlembagaan Malaysia agak kurang memberangsangkan. Walaupun begitu, seratus peratus kesalahan tidak boleh diletakkan terhadap Perlembagaan Malaysia itu sendiri dan kita seharusnya mengkaji kembali asal sejarah Perlembagaan di Malaysia. Asas kepada Perlembagaan Malaysia itu sedikit sebanyak diambil dari Britain dan India. Pindaan-pindaan yang telah dilakukan terhadap beberapa akta dalam Perlembagaan Malaysia adalah untuk mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Вам также может понравиться