Вы находитесь на странице: 1из 35

Munakahat: ILA

Dibentangkan oleh: Norsyaza Jamil, N. Lubabul Fadzilah, Mutiah Othman, Nurnamera Macadina

Tarif ILA
Dari segi BAHASA Sumpah Dari segi ISTILAH SYARA - Sumpah seorang suami yang enggan melakukan persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih daripada empat bulan ataupun ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa, sama ada bersumpah dengan nama Allah atau salah satu sifatNya ataupun dengan sumpah talaq.

Contoh ILA
Tanpa batas waktu: Wallahi, Aku tidak akan melakukan persetubuhan dengan engkau, Hamirah. Tidak! Dengan batas waktu: Wallahi, aku tidak akan melakuan persetubuhan dengan engkau, Yani selama 5 bulan.

Sejarah ILA
Sejenis penceraian (talaq) pada masa Jahiliah. Tujuan: Untuk memudharatkan isteri mereka Caranya: Bersumpah tidak mahu menghampiri isterinya selama setahun atau lebih, kemudian mereka mengulangi sumpah apabila habis tempohnya.

Setelah kedatangan ISLAM, hukum ila ditetapkan tempoh masa tidak lebih daripada empat bulan.

Jika seorang suami mengulangi sumpahnya selepas tempoh itu, ia wajib membayar KIFARAH sumpah.

DALIL ILA
Firman Allah (Surah al-Baqarah: 226-227):

orang-orang yang meng-ila isterinya diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian jika mereka kembali (kepada isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika mereka berazam (bertetap hati untuk) talaq, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kepada

Hadith Rasullulah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. berkata:

Adalah ila pada masa jahiliah dahulu


setahun dan dua tahun, maka Allah telah menetapkan masa ila itu empat bulan, maka jika kurang dari empat bulan itu bukan dinamakan ila.

Hukum ILA
Hukum ila bagi Jumhur Ulama adalah HARAM kerana ia boleh menyakiti hati isteri disamping sumpah meninggalkan perkara yang wajib. Hukum ila bagi Makruh tahrim. Ulama Hanafiyah:

Rukun-Rukun ILA
Suami yang meng-ila Isteri yang di-ila Sesuatu yang dibuat dengannya Tempoh masa ila Sighah

sumpah

Syarat Suami yang Bersumpah


Hendaklah suami yang sebenar kepada isterinya, bukan tuan kepada hamba perempuan dan bukan orang asing. Suami itu mestilah sah talaqnya jika ia menjatuhkan talaq ke atas isterinya. Maksudnya, suami itu hendaklah: 1. Baligh 2. Berakal 3. Dengan kerelaan Suami hendaklah seorang yang mampu untuk melakukan persetubuhan.

Syarat Bagi Isteri yang Di-ila


Isteri adalah orang yang berada di dalam wilayah (kekuasaan) suaminya. Berupaya untuk melakukan persetubuhan dengan suaminya.

Syarat Sesuatu yang Dibuat Sumpah Dengannya

Menggunakan nama Allah dan sifat-sifatNya.

Bagi pendapat Jumhur Ulama selain dari Hanafiyah: Sumpah yang melazimkan darinya itu hukuman seperti talaq, memerdekankan hamba, nazar untuk berpuasa, sembahyang atau mengerjakan haji dan sebagainya.

Sebagai contoh: Suami berkata kepada isterinya; Jika saya menyetubuhi awak, maka wajiblah saya memerdekakan hamba atau bersedeqah, atau berpuasa atau sembahyang..

Bagi pendapat Jumhur Ulama Hanabilah: Tidak sah ila kecuali sumpah dengan nama Allah s.w.t. ataupun dengan salah satu daripada sifat-sifatNya.

Syarat Tempoh Masa ILA


Bagi pendapat Jumhur Ulama selain Ulama Hanafiyah: Tempoh masa Ila ialah lebih daripada empat bulan.

Contoh bagi masa yang ditetapkan: Kata suami kepada isterinya, Demi Allah, saya tidak akan menyetubuhi awak selama empat bulan sepuluh hari.

Contoh bagi masa yang tidak dihadkan: Kata suami kepada isterinya, Wallahi, saya tidak akan menyetubuhi awak.

Contoh bagi secara bertaklik (bersyarat) atau dikaitkan dengan tempoh masa itu dengn sesuatu perkara yang akan berlaku tetapi masih jauh: Kata suami kepada isterinya, Demi Allah, saya tidak akan menyetubuhi awak sehingga saya mati atau awak mati.

Manakala Hanafiyah:

bagi

Jumhur

Ulama

Tempoh masa ila itu sekurang-kurangnya empat bulan dan lebih dan perkataan empat bulan itu bukan kurang dari empat bulan.

Syarat Lafaz ILA


Lafaz Ila terbahagi kepada dua, iaitu: 1) Lafaz Soreh 2) Lafaz Kinayah

Lafaz Soreh:
Lafaz yang jelas dan terang dan tidak mengandungi maksud lain seperti suami bersumpah untuk tidak mahu menjima isterinya, tidak mahu wathi, tidak mahu mencecah daranya dan sebagainya. Sebagai contoh: Wallahi, saya tidak akan menyetubuhi awak selama empat bulan lima hari.

Lafaz Kinayah:
Lafaz yang mengandungi makna yang lain selain dari ila dan ianya memerlukan niat.

Sebagai contoh: Wallahi, saya tidak akan sentuh awak, atau tidak akan memeluk awak.

Antara perkataan lain yang digunakan dalam lafaz kinayah ialah seperti: Sentuh-menyentuh. Menyentuh zakar dengan faraj. Pergaulan. Mendatangi isteri. Menglubangi atau menutup isteri. Menghampiri isteri.

Kifarah ILA
Ketika suami melanggar sumpah, suami mestilah membayar denda sumpahnya itu. Kifarahnya adalah:
Memberi sedekah makanan kepada 10 orang miskin. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin. Memerdekakan seorang hamba yang mumin. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa selama tiga hari.

Beberapa Masalah Berhubung dengan ILA


Sekiranya isteri itu sedang dalam iddah rajiyah, maka masa empat bulan itu dikira dari masa suami meruju dirinya semula. Sekiranya isteri yang di-ila itu murtad, sakit, gila atau sedang mengerjakan ibadat haji, masa empat bulan itu akan terputus.

Jika isteri mengaku yang suaminya telah menyetubuhinya kembali setelah empat bulan, sedangkan suami tidak mengakuinya, pihak isteri tidak berhak mengemukakan tuntutan lagi kerana ia telah membuat pengakuan terlebih dahulu.

ILA BUKAN BERMAKSUD TALAQ

Akan tetapi, dari ila boleh membawa kepada talaq.

Akibat ILA
Sumpah hanya berkuatkuasa selama empat bulan yang dikira dari hari suami melafazkan sumpah.

Sumpah itu hanya untuk tidak melakukan persetubuhan.

Hubungan jima antara suami isteri tertangguh kecuali suami melakukannya sebelum empat bulan. Seandainya dilakukan maka terbatallah sumpahannya. Sekiranya ila itu bertaliq, maka hubungan jima suami isteri tertangguh selama syarat yang dikenakan dalam sumpah itu tidak dilanggar.

Sekiranya dalam tempoh empat bulan, suami tidak meruju isterinya dan tidak melakukan jima malahan tetap melaksanakan sumpah bersyarat serta tidak menceraikan isterinya juga, isteri bolehlah melaporkan kepada qadhi atau hakim.
Ini adalah untuk menghindari sebarang kemudharatan yang dialami oleh isteri.

Pihak qadhi/hakim boleh mengambil tindakan ke atas suami dengan memberi pilihan kepada suami iaitu;
Menarik balik sumpah dan melakukan jima dengan isteri serta membayar kifarah sumpah dengan nama Allah atau sifatsifatNya. Menceraikan isterinya, jika masih mahu berpegang dengan sumpahnya.

Hikmat ILA
Memberi kesedaran dan keinsafan kepada pasangan suami dan isteri. Tempoh masa empat bulan yang ditetapkan adalah untuk memberi peluang kepada suami untuk berfikir. Walaupun ila disyariatkan dalam Islam, namun ia memberi kesan dan impak yang mendalam terhadap isteri.

Pihak Qadhi atau hakim diberi mandat (kuasa) untuk menyelesaikan kes dalam makhamah sekiranya suami enggan bersama dengan isterinya semula dan tidak mahu membayar kifarah , selepas meng-ila isterinya.

Salah satu jalan yang terbaik ialah dengan menjatuhkan talaq satu ke atas isterinya supaya kedua-dua pasangan terlepas daripada dosa dan pekaraperkara yang lebih buruk. Kifarah yang ditetapkan dalam ila tidak menegaskan suami untuk membayar mengikut susunan.


Terima Kasih

Вам также может понравиться