Вы находитесь на странице: 1из 23

SHT 5043 18 MEI 2007 SOALAN DAN PENYOALAN

PENTINGNYA PENYOALAN DLM P & P PRINSIP MEYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALAN OBJEKTIF PENYOALAN KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN JENIS SOALAN ARAS PENYOALAN

PENTINGNYA PENYOALAN DALAM P & P

Penyoalan sebagai aktiviti mengembangkan dan meningkatkan pemikiran, kefahaman murid Penglibatan dan interaksi murid yang aktif Keseimbangan soalan beraras rendah dan tinggi Maklum balas dan peneguhan berlaku Pengembangan daya kemahiran kreatif dan kritis

PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALAN


Aras soalan harus sesuai dengan latar belakang murid peringkat umur, kebolehan, pengalaman Soalan harus dirancang sebelum mengajar Perkataan, istilah dan intonasi harus mudah difahami oleh murid Pelbagaikan soalan dari masa ke masa bagi menarik minat Soalan harus boleh mendorong murid berfikir Soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas

PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALAN


Ikut tertib/prosedur penyoalan iaitu guru mengemukakan solan, berhenti sebentar (memberi masa murid berfikir), guru menyebut nama sebelum murid tersebut menjawab. Tujukan soalan kepada seluruh kelas dengan jelas dan lantang (bukan segelintir murid cerdas) dan pastikan semua mendengar dan memahami kehendak soalan. Kemudian tujukan soalan kepada sesaorang murid.

PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALAN


Guru

boleh mengulangi soalan jika ada murid yang tidak dengar/faham. Guru boleh meminta murid lain menambah jawapan atau membetulkan jawapan yang salah atau kurang tepat

PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALAN


Sebut nama murid ketika menyoal. Jangan menyoal secara umum Elakkan jawapan yang diberi secara beramai-ramai Beri pujian jika jawapan betul dan bernas dan betulkan jawapan yang salah/kurang tepat

OBJEKTIF PENYOALAN

Menguji pengetahuan dan kefahaman murid Mencetus, meransang dan mencungkil fikiran murid Membimbing murid kepada kaedah inkuiripenemuan kearah membuat keputusan dan penyelesaian masalah Menarik perhatian agar murid menumpu kepada sesuatu perkara menilai keberkesanan P & P guru

OBJEKTIF PENYOALAN
Menilai pencapaian objektif P & P membantu murid mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan kepada ujian Menjalinkan perhubungan di antara guru dengan murid, murid dengan murid menerusi interaksi dan komunikasi Menimbulkan perasaan ingin tahu menerusi soalan yang mencabar dan menarik

OBJEKTIF PENYOALAN
Berkongsi idea dan pengalaman Memberi keyakinan diri, mengurangkan perasaan segan dan takut di kalangan murid Menambahkan minat dan tumpuan murid terhadap pelajaran

KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN


PEMBENTUKAN SOALAN jelas, tepat dan ringkas FOKUS

Tumpu satu idea - konvergen Tumpu lebih drp satu idea - divergen

SEBARAN sebarkan ke seluruh kelas HENTIAN memberi masa mendengar, memahami dan menjawab soalan

KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN MELAYANI JAWAPAN memberi pujian, membetulkan/membaiki/melengkapka n soalan MEMBERI PETUNJUK Membantu murid dengan clue MENCUNGKIL FIKIRAN mencetus, menjana, mengembang

JENIS SOALAN

JENIS SOALAN
Soalan bertumpu (konvergen) Soalan bercapah (divergen)

Soalan bertumpu memerlukan jawapan yang tepat; aras rendah (pengetahuan dan kefahaman dan tinggi (aplikasi ke atas) Soalan bercapah memerlukan pelbagai jawapan; aras rendah dan tinggi

SOALAN BERTUMPU
Pemikiran konvergen (Guilford 1967) adalah daya berfikir yg. Menggunakan integrasi logik bagi mengasilkan sesuatu penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang lazim berpandukan kepada prinsip, teori, hukum dan pengalaman sedia ada. Sering dilabel sebagai pemikiran penaakulan, kritis, analitis

SOALAN BERTUMPU (Contoh)


Apakah tema Hari Guru tahun ini? (satu jawapan) Siapakah yang pelakon utama dalam drama ini? (dihadkan mengikut cerita) Adakah anda tahu jawapannya? (objektif ya atau tidak)

SOALAN BERCAPAH

Pemikiran terbuka yang tidak terkongkong dengan teori, hukum atau pengalaman sedia ada sesaorang bagi mendapatkan pelbagai alternatif penyelesaian bagi sesuatu masalah. Pemikiran jenis ini sering disebut pemikiran lateral, mendorong kepada daya kreativiti yang memerlukan keterbukaan minda, imaginasi, intuisi, bias dsbnya

SOALAN BERCAPAH (Contoh)


Apakah pendapat anda terhadap terhadap sekolah kluster? (pelbagai jawapan) Apakah pandangan anda terhadap perwatakan Hang Jebat? (terbuka/luas) Buktikan Hang Tuah adalah seorang perwira yang taat? (pemikran penaakulan) Apakah akan terjadi kepada murid jika peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan? (subjektif)

ARAS PENYOALAN

Berlandaskan Objektif Taksonomi Bloom, terdapat enam aras:


Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

ARAS PENGETAHUAN

Mengingat kembali fakta, istilah, erti hukum, tempat, nama tarikh dsbnya seperti perkataan namakan, nyatakan, senaraikan, siapa, dimana, bila
Namakan tiga jenis nutrien utama dalam pembajaan? Siapakah mencipta kapal terbang?

ARAS KEFAHAMAN

Kebolehan menterjemah, menginterpretasikan fakta, prinsip, hukum dsbnya spt perkataan terangkan, huraikan, ringkaskan, jelaskan Terangkan maksud diet seimbang? Huraikan pengertian pembiakan secara aseks?

ARAS APLIKASI

Kebolehan mengguna pakai konsep, prinsp dsbnya ke situasi yang lain bagi penyelesaian masalah seleaikan, kirakan, anggarkan, bagaimana. Copntoh
Kira berapa banyakkah baja NPK diperlukan untuk tanaman sehekta jagung? Bagaimanakah guru mengendalikan kelas yang terdapat murid pelbagai tahap kebolehan?

ARAS ANALISIS

Kebolehan menceraikan kepada komponen kecil berlandaskan kepada prinsip, hukum spt bezakan, bandingkan, pilih, asingkan, pilih, buat urutan, buat andaian. Contoh
Bezakan maksud kain dan tekstil? Pilih baja yang terbaik untuk pengakaran tanaman?

ARAS SINTESIS

Kebolehan mengabungkan, mencantumkan serta mentafsir dan merumuskan apa yang dianalisa spt merancang, mereka cipta, merangka, mengkonsepsikan. Contoh
Rancangkan satu pelan induk program ini? Reka cipta satu pakaian rasmi majlis ini? Rangkakan satu kurikulum untuk murid pendidikan khas?

ARAS PENILIAN

Kebolehan menilai, membuktikan, mengesahkan, memberi hujah/komen spt mengkritik, mengesan, menyokong, menaksir. Contoh
Beri komen anda terhadap jalan cerita drama ini? Mengapakah anda menyokong cadangan itu?

Вам также может понравиться