Вы находитесь на странице: 1из 5

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT SEJARAH MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT Robert M.

Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. PRINSIP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT 1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat. 2) Pengaliran maklumat dua hala. 3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. MAKLUMAT LENGKAP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat 1) Pengekodan ('Encoding') Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 2) Penyimpanan ('Storage') Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. 3) Mengingat Kembali ('Retrieval') Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 4) Lupaan ('forgetting') Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer, iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara satu hingga tiga saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ingatan jangka pendek itu akan hilang serta merta. Ingatan jangka panjang dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan procedural. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang bekerja atau ingatan sedar. Pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Burner. Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep direka bentuk untuk mengajar konsep utama dan diaplikasikan kepada pelajaran lain. Fasa Pengajaran Konsep :1) Kemukakan matlamat. 2) Contoh-contoh input. 3) Ujian untuk pencapaian konsep. 4) Analisis proses pemikiran pelajar. pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan. Pembelajaran konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. (Matserippdhl 2008) Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Pembelajaran hukum melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit. Pembelajaran berkesan meliputi lapan langkah yang meliputi lapan fasa pengajaran berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran. Lapan jenis Pembelajaran untuk Memperoleh Maklumat pada tahun 1977, Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks: 1) Pembelajaran Melalui isyarat Berbentuk primitif.

COntohnya : Manusia melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap seperti kebakaran. 2) Pembelajaran stimuli - tindak balas Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak balas individu Contoh : Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut namanya. 3) Pembelajaran Melalui Rantaian Merujuk kepada pelbagai hubung kait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya. Contohnya : Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan. 4) Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa. Contohnya : Mengaitkan nama orang dengan alamatnya. 5) Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan. Contohnya : Sebutan e dan e, murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak dan bela. 6) Pembelajaran konsep Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama. Contohnya : Beg, buah-buahan dan buku. 7) Pembelajaran prinsip Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari. Contohnya : Air mengalir ke tempat yang lebih rendah. Pembelajaran penyelesaian masalah Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. Contohnya : Menyelesaikan masalah matematik. b. Model InkuirI Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan ataumasalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pastisoalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancangaktiviti, menjalankan kajian siasat dan membuatrumusan untuk mendapat jawapan.Terdapat empat jenis model ini iaitu;i.

Model Inkuiri Sainsii. Model Inkuiri Sosialiii. Model Inkuiri Jurisprudentialiv Model Inkuiri Suchman Merupakan pendekatan yang memberi peluangkepada pelajar membuat kesimpulan sendirimengenai sst konsep/ benda. Guru memulakan pengajaran dengan memberisebanyak mungkin contoh khusus kepada pelajarsehingga dapat membuat kesimpulan tentang apayang ingin guru sampaikan. Sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagimengalakkan pelajar berfikir. Melibatkan proses penaakulan dan menggalakkanpemikiran peringkat tinggi. Pelajar tidak diberitahu mengenai pembelajarannya,tetapi berusaha sendiri mencari, meneliti danmempelajarinya. Melalui proses tersebut, baru pelajar dapat membuatrumusan berkenaan dengan isi pengajaran gurunya. Pada masa sama, guru perlu memberi nasihat dantunjuk ajar memandangkan pelajar mungkin membuatrumusan palsu. Misalnya, kajian dalam makmal pelajar perlumengikuti peraturan peraturan yang tepat keranakegagalan akan menyebabkan jawapan yang diterimaadalah salah. Justeru, setiap lagkah perlu ikut aturannya. Guru tidak digalak memberi definisi/ menerangkan isikepada pelajar, tetapi memberi bbrp soalan yangmembolehkan pelajar membuat deduksi tertentu. Pada akhir pengajaran, baru guru membuat rumusan. Beberapa prinsip dalam melaksanakan deduktif;a.Oleh sebab pelajar membuat rumusan, penting bagiguru menyediakan struktur pembelajaran yang akandilalui oleh pelajar.b.Guru menyediakan soalan-soalan bagi mendorongmurid mencari jawapan.c.Contoh-contoh yang diberi oleh guru mesti sesuaisupaya tidak wujud kekeliruan.d.Guru perlu pelbagaikan aktiviti pembelajaran supayadapat menarik minat pelajar.e.Bantuan guru sangat penting semasa pengajaran danpembelajaran.f.Perlu mematuhi proses pemikiran induktif iaitu dpdcontoh khusus kepada kesimpulan umum. IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik Perbandingan antara karnivor dengan hebivor, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan. Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik Haiwan Darat, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya. Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.

Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun. Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

Вам также может понравиться