Вы находитесь на странице: 1из 12

BAHAGIAN A ( 50 MARKAH ) Arahan: Jawab semua soalan Soalan 1 hingga 10 pilih jawapan yang tepat 1.

Mengapakah manusia perlu percaya dengan kewujudan Tuhan? A. Selaras dengan prinsip Rukun Negara B. Menjadikan hidup kita sempurna dan bahagia C. Merupakan asas kesejahteraan hidup D. Supaya kita disanjung oleh orang lain 2. Antara berikut, manakah tingkah laku ang merosakkan diri? I Pergaulan bebas II Penyalahgunaan dadah III Menyertai Rakan Muda IV Aktif dalam pertubuhan NGO A. I dan II B. I dan IV C. I dan III D. II dan III 3. Kita boleh menghormati dan mentaati ibu bapa dengan I Menjaga keperluan fizikal mereka II Mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka III Menjaga keperluan emosi mereka IV Mementingkan diri sendiri A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Sarah sentiasa mencium tangan ibu bapanya sebelum dia pergi ke mana-mana 4. Berdasarkan situasi di atas, mengapakah Sarah berbuat demikian? A. Mengasihi ibu bapanya B. Membenci ibu bapanya C. Menghormati ibu bapanya D. Memohon restu ibu bapanya 5. Bagaimanakah seorang pelajar boleh mengindahkan kawasan persekitaran sekolahnya? I Melukis mural di dinding sekolah II Menanam pokok-pokok bunga III Membuang sampah ke dalam tong sampah IV Menjaga kemudahan yang terdapat di sekolah A. I, II dan III B. I, II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV 6. Manakah antara faktorfaktor berikut menyebabkan berlakunya banjir di kawasan bandar? I Longkang tersumbat II Pembangunan yang tidak terancang III Penanaman pokok-pokok IV Membakar sampah di kawasan terbuka A. I dan II B. I dan III C. II dan III

D. III dan IV 7. Pilih pernyataan yang merujuk kepada taat setia kepada raja dan negara. I Hari Keputeraan II Hari Pertabalan III Hari Pahlawan IV Hari Kebangsaan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV 8. Berikut adalah tanggungjawab yang perlu disediakan oleh majikan terhadap pekerjanya kecuali A. kemudahan berekreasi B. keselesaan tempat kerja C. peluang meningkatkan kerjaya D. penyediaan tempat tinggal 9. Semangat kejiranan boleh dipupuk melalui I ziarah-menziarahi II rumah terbika III kunjungan muhibah IV hari ulang tahun kelahiran A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 10.Perasaan bertolak ansur dan menghormati antara Negara dapat A. menjamin pembangunan serantau B. menjamin kesepakatan serantau C. menjamin keharmonian

D. mengancam kuasa-kuasa besar dunia

11.Antara ciri-ciri orang yang bersikap amanah ialah I sentiasa bercakap benar II bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan III berkata benar dalam pertuturan IV sentiasa menepati janji A. I, II dan III B. I, III dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV 12.Ciri utama nilai keadilan A. bertindak secara saksama dan tidak berat sebelah B. memberi layanan yang sama dengan rakan-rakan C. mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat keputusan D. memberi ganjaran bagi setiap kebaikan 13.Apakah yang dimaksudkan dengan rasional? A. Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat sebarang pertimbangan atau tindakan B. Tindakan dan keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah C. Berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan membuat pertimbangan yang wajar D. Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan

tanggungjawab dan kewajipan dengan sempurna Soalan 14 hingga 18, nyatakan nilai bagi setiap amalan berikut. 14.Bersyukur di atas nikmat pemberian Tuhan. Nilai: 15.Menjaga nama baik agama, bangsa dan negara Nilai: 16.Memakai pakaian yang formal dan sesuai ketika menghadiri majlis rasmi Nilai: 17.Bersedia membantu untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Nilai: 18.Tidak berbelanja berlebihan sehingga menyusahkan diri sendiri. Nilai: Soalan 19 hingga 23, nyatakan nilai yang diamalkan oleh watak-watak berikut. Najwa berada Fatin bersih Micheal barangan : Menjaga nama diri dengan baik di mana sahaja : Sentiasa memastikann halaman rumahnya sentiasa : Menyemak senarai harga barangan sebelum membeli

19.Najwa mengamalkan nilai: 20.Fatin mengamalkan nilai: .. 21.Micheal mengamalkan nilai: ..

22.Nabila mengamalkan nilai: . 23.Ravi mengamalkan nilai:

Soalan 24 hingga 28, nyatakan nilai yang tepat bagi pernyataan berikut. Pernyataan 24. Melaporkan mengenai kegiatan pembalakan haram 25. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga 26. Melaporkan kes penderaan kanakkanak kepada pihak berkuasa 27. Melakukan sesuatu tugas dengan penuh tanggungjawab 28. Memelihara keunikan alam ciptaan Tuhan Nilai

Soalan 29 hingga 33, Isikan ruang kosong dengan nilai yang sesuai. 29. (a). Menjalankan sesuatu tugas dengan baik (b). Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang dilakukan (c). Sentiasa menepati janji Nilai: .. 30. (a). Sentiasa menjaga tingkah laku dengan sesiapa sahaja (b). Sentiasa menghormati orang lain (c). Mengakui kesilapan diri apabila melakukan kesalahan Nilai: .. 31. (a). Melakukan tugas dengan sempurna (b). Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja (c). Tidak mudah kecewa atau berputus asa apabila mengalami masalah

Nilai: .. 32. (a). Bersikap tabah dan sabar (b). Tidak mementingkan diri sendiri (c). Bersikap saling memberi dan menerima Nilai: .. 33. (a). Bersikap tabah dan sabar (b). Tidak mementingkan diri sendiri (c). Bersikap saling memberi dan menerima Nilai: .. Soalan 34 hingga 38, tandakan bulat pada peribahasa yang sesuai untuk sikap yang diberikan di bawah. 34. Lee Ping mengulang kaji pelajaran walaupun peperiksaan masih lambat lagi A. Rajin usaha tangga kejayaan B. Melentur buluh biar dari rebungnya 35. Johari yakin boleh melaksanakan tugas sebagai ketua pengawas yang diamanahkan. A. Kalah jadi abu, menang jadi arang B. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih 36. Lisa sering membaca akhbar dan menonton televisyen kerana dia tidak mahu menjadi seperti A. katak di bawah tempurung B. kerbau dicucuk hidung 37. Azli berasal dari keluarga yang susah, namun dia tidak putus asa malah sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk masuk ke universiti. A. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan B. Seperti pahat dengan penukul 38. Dahlia melayan keluarga Encik Siva yang bertandang ke rumahnya dengan baik.

A. Bahasa menunjukkan bangsa B. Bersatu teguh bercerai roboh Soalan 39 hingga 45, Isikan ruang kosong dengan nilai dan amalan yang sesuai. 39. Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup adalah penting untuk menjadikan seseorang itu.mulia. 40. Menerima kekurangan diri dengan reda adalah ciri-ciri orang yangkepada Tuhan. 41. Orang yang menyampaikan sesuatu pesanan tanpa menokok tambah pesanan tersebut menunjukkan seseorang yang mengamalkan nilai 42. Kita harus menjaga..agar sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang lain. 43. Sikap..atau bertolak ansur adalah penting diamalkan oleh setiap individu untuk merapatkan hubungan dalam masyarakat yang berbilang kaum. 44. Menziarahi keluarga pada musim-musim perayaan adalah satu amalan.yang perlu dikekalkan. 45. Barang-barang yang terpakai boleh untuk mengelakkan daripada pencemaran dan pembaziran. Soalan 46 hingga 50, nyatakan nilai bagi pernyataan berikut.

46. Orang yang sayangkan nyawa akan memandu dengan cermat dan menggunakan jejantas semasa melintas jalan. Nilai:.. 47. Mengucapkan terima kasih apabila menerima sebarang pemberian atau hadiah daripada kawan. Nilai:.. 48. Seorang bapa berperanan untuk memberi nafkah kepada keluarga dan memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. Nilai:.. 49. Setiap tahun, negara kita merayakan sambutan Hari Kebangsaan. Nilai: 50. Pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan akan dikenakan denda sebanyak RM300. Nilai:..

BAHAGIAN B (50 MARKAH) Jawab semua soalan 1. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. Kak Mona, Saya berasa tersisih walaupun tinggal bersama keluarga sendiri. Saya diperlakukan seperti orang gaji oleh ibu bapa dan adik-beradik saya yang lain. Oleh itu saya merasa tertekandan tidak tahu kepada siapa untuk saya mengadu. Akibat daripada itu, saya sering termenung dan menangis mengenang diri yang malang ini. Gadis malang Teluk Intan

(a). Apakah masalah yang dihadapi oleh gadis malang? ( 2 markah ) (b). Nyatakan empat nilai yang perlu diamalkan oleh keluarga gadis malang. ( 4 markah ) (c). Apakah nasihat anda kepada gadis malang ini? ( 4 markah )

2. Masalah jenayah di kalngan pelajar sekolah perlu dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah ini. (a). Nyatakan dua contoh kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah. ( 2 markah )

(b). Nyatakan empat nilai yang sepatutnya di amalkan oleh pelajar untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam masalah jenayah di sekolah. ( 4 markah ) (c). Nyatakan dua cadangan untuk mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar sekolah. ( 4 markah )

3.

Penduduk Taaman Permai berada dalam kebimbangan kerana kejadian pecah rumah kerap berlaku. Penduduk Taman Permai bermesyuarat untuk menubuhkan pasukan bertugas bagi menjaga taman. Selepas itu, kejadian pecah rumah berjaya diatasi.

(a). Nyatakan dua nilai murni yang diamalkan oleh penduduk Taman Permai. ( 2 markah ) (b). Berikan maksud kepada salah satu definisi yang anda nyatakan di (a). ( 2 markah ) (c). Apakah yang akan berlaku sekiranya langkah-langkah tersebut tidak dijalankan? ( 2 markah ) (d). Nyatakan dua kelebihan menggamalkan permuafakatan dalam mesyuarat. ( 4 markah )

4. (a). Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kepupusan flora dan fauna. i).

ii) iii)... iv) v). ( 5 markah ) (b). Nyatakan cara-cara untuk membantu mengekalkan flora dan fauna. i). ii) iii)... ( 3 markah ) (c). Senaraikan contoh haiwan yang diburu dan tujuan pemburuan tersebut. i). ii) ( 2 markah )

5. (a). Senaraikan bencana alam yang kerap berlaku di negara ini beserta huraian.

i). ii) iii)... iv) v)... ( 5 markah ) (b). Apakah kesan bencana alam kepada manusia dan alam sekitar. i). ii) iii)... ( 3 markah ) (c). Nyatakan dua langkah yang boleh diambil untuk menghadapi bencana alam. i). ii) ( 2 markah )

Вам также может понравиться