Вы находитесь на странице: 1из 1

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya akan menganjurkan Larian Siber 2011 yang merupakan nama rasmi bagi acara

Merentas Desa yang dianjurkan setiap tahun. Larian Siber 2011 akan berlangsung pada Sabtu, 26 Februari 2011 mulai jam 8.00 pagi. Acara larian sejauh 5.4 KM mengeliling kawasan Cyberjaya merupakan acara tahunan yang wajib disertai oleh semua murid, kecuali murid-murid yang mendapat surat pengecualian daripada Doktor. Acara seumpama ini merupakan medan penting untuk muridmurid meningkatkan kecerdasana fizikal dan emosi masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan generasi murid yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi & Rohani (JERI). Aktiviti mengenal laluan telah diadakan pada Sabtu, 19 Februari 2011 mulai jam 8.125 pagi hingga jam 10.00 pagi. Secara umumnya, para peserta perlu melengkapkan larian sejauh 5.4 km dalam tempoh 40 minit. Acara seumpama ini juga merupakan satu daripada strategi menzahirkan hasrat dan matlamat Dasar 1Murid 1Sukan dalam kalangan murid-murid sekolah. Tuan Haji Syed Zain Al Sagoff (AJK PIBG) telah bersetuju untuk hadir melepaskan para peserta dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya amat menghargai bantuan dan kerjasama padu yang diberikan oleh Cawangan Trafik, IPD Sepang, Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang dan Balai Polis Cyberjaya yang membantu mengawal lalulintas sekitar laluan Larian Siber 2011. Kerjasama semua agensi yang berkenaan sesungguhnya adalah cerminan kepada hubungan erat dan kerjasama yang padu antara pihak sekolah dan agensi luar. Bantuan yang diberikan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Вам также может понравиться