Вы находитесь на странице: 1из 2

Cawangan Tapisan Keutuhan

Mendaftar penerimaan permohonan Tapisan Keutuhan Kenaikan Pangkat , Persaraan Pilihan Sendiri, Penganugerahan Darjah Kebesaran/Pingat dan Tapisan Am. Menjalankan tugas tapisan keutuhan mengikut Pekeliling Am Sulit Bil.1 Tahun 1985. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Tapisan Keutuhan mingguan secara berkala. Mengadakan mesyuarat khas Jawatankuasa Tapisan Keutuhan terhadap kes-kes tertentu. Menyediakan perangkaan mingguan,bulanan dan tahunan tapisan keutuhan.

Cawangan Dokumen Terkelas, Rekod Jenayah dan Dossier


Menyelia penerimaan fail-fail terperingkat. Memproses fail-fail terperingkat untuk edaran ke Bahagian/Negeri/Cawangan berkaitan. Mendaftar pergerakan fail-fail terperingkat. Menyelia pendaftaran cap jari dan gambar bagi semua pesalah rasuah yang ditangkap. Mengawalselia pergerakan dossier serta mengemaskini data. Mendaftar dan memproses pelupusan dokumen kewangan. Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan SPRM. Menyediakan perangkaan berdasarkan permintaan dalaman dan luaran.

Cawangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pemacu perkhidmatan ICT yang mesra pengguna, inovatif dan cemerlang ICT sebagai pemangkin dalam merealisasikan matlamat SPRM Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan menyokong program-program ICT SPRM

Bantuan :

Sekiranya terdapat sebarang masalah, tuan/puan boleh menghubungi hotline CTMK di talian 03-88867099 atau menerusi emel ctmk@sprm.gov.my.

Cawangan Pengurusan Maklumat


Menerima dan memproses maklumat yang diterima dari pelbagai punca. Mengaturkan Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) pada setiap hari. Mengemukakan maklumat yang didaftar untuk dinilai dan diputuskan oleh JMM. Mengedar, memantau dan mendapatkan maklumbalas atas maklumat yang diedarkan ke Bahagian/Negeri/Cawangan dan lain-lain jabatan. Memberi maklumbalas kepada jabatan/penulis mengenai maklumat yang tiada unsur rasuah. Menjalankan kajian terhadap masalah sebenar berikutan maklumat berulang untuk dinilai semula oleh JMM.

Вам также может понравиться