Вы находитесь на странице: 1из 10

KHIANAT

Disediakan oleh : Juliati Jamil ( 3 PPISMP TESL 4)

Definisi
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari) Khianat adalah merupakan perbuatan buruk dan keji dan termasuk dalam golongan dosa besar, ianya bukan sahaja boleh menimbulkan permusuhan, tetapi juga boleh merosakkan agama. Perbuatan khianat itu adalah perbuatan orang-orang munafik.

Amanah Vs Khianat
AMANAH merupakan sifat terpuji yang harus ada
pada setiap pribadi orang yang beriman. Ia tidak mengira apa pun kedudukan, profesion, jabatan, dan juga keberadaan seseorang individu tersebut.

KHIANAT pula merupakan sifat buruk (akhlak


madzmumah) yang harus dihindari, dijauhi, dan ditinggalkan oleh orang-orang yang beriman.

Dalil
Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (QS Al- anfal {8}:27).

Amanah Vs Khianat
AMANAH

Kemakmuran
Kebahagian KHIANAT Kefakiran Kemiskinan

Keburukan KHIANAT
INDIVIDU 1) Mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. 2) Hidup sentiasa dilimpahi dengan cacian dan kebencian orang disekeliling. 3) Menyeleweng daripada akidah yang sebenar.

MASYARAKAT 1) Masyarakat mundur dan tidak bersatu padu. 2) Mengakibatkan permusuhan diantara satu sama lain.

Keburukan KHIANAT
NEGARA

1) Mengancam keselamatan sesebuah negara.


2) Menimbulkan kekacauan dan huru-hara. 3) Meruntuhkan kestabilan ekonomi negara. 4) Melumpuhkan pembangunan negara.

INGATAN
Khianat atau pecah amanah adalah suatu perbuatan yang amat merbahaya dan berdosa yang mesti dijauhi. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, semua yang kita miliki hanyalah pinjaman dan tidak kekal, dan ianya merupakan ujian dari Allah SWT. Oleh itu,tunaikanlah amanah-amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

INGATAN
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ;

Maksudnya: Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya. (Riwayat AlImam Al-Bukhari)

Вам также может понравиться