Вы находитесь на странице: 1из 10

1 TAJUK ISU PERBINCANGAN: BONCENG MOTOR CURI Remaja baru keluar daripada pusat pemulihan akhlak ditahan bersama

teman lelaki dikenali 2 hari.

Sinopsis/ Ringkasan Isu

Masalah salah laku remaja semakin meruncing apabila peranan masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup kuat pengaruhnya, kini terpinggir dan terhakis terus peranan sebagai sebahagian daripada ejen pembentukan masyarakat bermoral. Mereka tidak lagi berani untuk menegur dan menasihati golongan remaja dan pelajar sekolah bermasalah kerana bimbangkan kesan negatif yang mungkin menimpa diri mereka.

Berdasarkan isu dari media cetak yang saya perolehi daripada Harian Metro pada Jumaat, 30 Disember 2011 iaitu seorang remaja perempuan yang baru keluar dari pusat pemulihan akhlak telah dicekup atas kesalahan membonceng motor curi bersama teman lelaki barunya yang baru dikenali 2 hari, suspek yang terlibat juga berusia 17 tahun. Teman lelakinya 18 tahun (kedua-dua remaja bawah umur) Walau bagaimana pun, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, remaja perempuan yang baru sahaja di bebaskan dari pusat pemulihan akhlak atas kesalahan bergaduh dengan rakannya beberapa bulan lalu bertindak keluar dengan teman keluar dengan teman lelakinya yang baru di kenali untuk melepaskan tekanan. Bagaimanapun remaja ini tidak bernasib baik kerana teman lelaki barunya membawa motosikal curi yang dilaporkan. Malangnya remaja perempuan tersebut tanpa mengetahui latar belakang remaja lelaki berani keluar dengan lelaki yang hanya baru dikenalinya malangnya motor tersebut pula motor curi, ternyata kedua-dua remaja tersebut bermasalah.

Ketua Unit penguatkuasaan khas trafik memberitahu bahawa pasangan bawah umur ini ditahan semasa menjalani Ops Samseng Jalan raya, ketika pemeriksaan pasangan ini berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan awal keatas motosikal yang di tunggang oleh remaja lelaki dan dibonceng oleh remaja perempuan tersebut. Manakala pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan berkenaan tersebut dilaporkan hilang hujung bulan lalu, dan ketika tangkapan hendak dilakukan, lelaki berkenaan cuba bertindak agresif dan selepas bergelut, pasangan itu Berjaya di cekup. Akhirnya selepas disoal siasat, suspek akhirnya mengaku motosikal tersebut adalah bukan miliknya dan mendakwa bahawa milik rakannya dan dia hanya ditugaskan untuk menukar eksesori motosikal berkenaan berikutan

2 bekerja di sebuah bengkel motosikal. Setelah disoal siasat, remaja perempuan pula mengaku hanay mengenali remaja lelaki ini dua hari lalu dan keluar bersama-sama sematamata untuk melepaskan tekanan.

Berdasarkan sinopsis ini, apakah yang mendorong golongan muda ini melakukan jenayah seperti ini? Nampaknya, remaja masa kini semakin ganas serta berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Dengan alasan atau niat untuk melepaskan tekanan remaja sanggup membonceng motor dengan lelaki yang baru dikenali. Siapakah yang yang patut di persalahkan?

1.1 Pengenalan Pebincangan Isu

Pada pendapat saya, sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Untuk menagani maslaah ini, Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah, pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun, visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan juvana (pelajar) tidak dapat dibendung seperti yang kita ketahui dari synopsis tersebut kedua-dua remaja tersebut memeang bermasalah. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menangani masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya menjadi insan yang bermoral tinggi.

3 1.2 Perbincangan Isu berdasarkan perspektif Teori Struktural-Fungsional

Pada pendapat saya, berdasarkan perspektif Teori Struktur-Fungsional (sosiologi dalam pendidikan) yang telah saya pelajari pada pembelajaran lepas, saya dapati bahawa kes ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Sebenarnya pada masa kini, kita dapati bahawa Ibubapa, pihak sekolah, rakan-rakan dan masyarakat, Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur Ibubapa, rakanrakan dan masyarakat berfungsi.

Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Kita dapati bahawa terdapat tiga andaian utama daripada ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahanperubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan. Oleh itu , tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja yang makin berleluasa dan meruncing pada masa kini.

1.2.1 Perbincangan Isu yang membawa kepada faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya jenayah di kalangan remaja.

Pada pandangan saya tedapat beberapa isu yang membawa kepada faktor-faktor yang mempengaruhi belakunya jenayah dikalangan remaja bawah umur. Sebenarnya Institusi keluarga, pihak sekolah media massa dan rakan sebaya adalah punca dan faktor terpenting dalam pembentukan nilai-nilai positif atau negative dalam kalangan remaja masa kini. Sekarang saya akan bincangkan satu persatu iaitu:

(i) Institusi Keluarga

Pada pendapat saya, keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Sesetengah Ibubapa sibuk dan tidak mempunyai cukup masa untuk member perhatian kepada anak-anak yang menyebabkan remaja memberontak, bertindak ganas, bergaduh dengan rakan-rakan. Anak-anak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa, malangnya ada sesetengah keluarga itu sendiri mempunyai masalah, kepincangan institusi perkahwinan yang menjadi punca pergaduhan pasangan yang menyebabkan anak-anak terabai dan tidak mempunyai kasih sayang yang sebenarnya. dengan wujudnya ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anakanak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan ketahanan diri pelajar.

Pada pendapat saya, jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

(ii) Pihak Sekolah

Pada pendapat saya, sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai

5 ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden. Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri. Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar. Kini, guru tersepit dalam menghadapi kerenah pelajar bermasalah yang datang daripada pelbagai latar belakang dan corak pendidikan ibu bapa.

Kita juga sering kedengaran rintihan ibu bapa yang tidak boleh lagi membentuk dan mendidik anak-anak mereka, lalu merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang sukar untuk ditangani kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan teguran guru. Dalam pada itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar bermasalah. Namun kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui pelbagai cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi walaupun menyedari kesan negatif yang mungkin menimpa diri.

(iii) Media Massa / Internet

Pada masa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa. Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Selain daripada video cakera padat, bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul. Seperti kes ini, remaja bergaduh dengan rakan-rakan mungkin berpunca daripada media massa kerana pada masa kini remaja bebas untuk menonton video cakera padat dalam internet (online). Oleh itu, peranan ibubapa penting untuk memantau perlakuan anak-anak dirumah walaupun berada di depan computer, manakala

6 peranan institusi di sekolah pula ialah boleh mengadakan kempen-kempen, ceramah motivasi untuk membuka minda pelajar dan menasihati pelajar supaya tidak tersasar jauh kearah negative.

(iv) Rakan Sebaya

Pada pendapat saya juga dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain. Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme di kalangan remaja seperti Kumpulan Black Metal dan Trash Metal sudah cukup memberi cabaran serta saingan kepada usaha dan tugas guru untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat. Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan nilai tingkah laku pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang bermasalah dan keciciran dalam pelajaran.

1.3 Perbincangan Isu Berdasarkan Konsep Sosiologi

Pada pendapat saya mengikut konsep sosiologi yang baru dipelajari, konsep modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden.

Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha

7 mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah.

Pada pandangan saya, terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani.

Seterusnya, budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewengan budaya. Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Walau bagaimana pun, terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut subbudaya. Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan kumpulan yang terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-kumpulan ini mungkin tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan bersekolah. Antara contoh-contoh subbudaya

8 di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah seperti subbudaya ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal. Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu jenayah.

Cadangan dan Kesimpulan

Pada pandangan saya, sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Maka, adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini. Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Pikah Sekolah pula perlu menadakan program-program motivasi, guru kaunseling pula perlulah bersikap terbuka kepada pelajar yang mempunyai masalah, sekurangnya pelajar tersebut tidak memberontak dan bersikap agresif. Pengaruh rakan sebaya juga adalah satu masalah yang meruncing,oleh itu Ibubapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berkawan, guruguru disekolah pula iaitu guru disiplin perlu mengenakan dendfa kepada pelajar yang bermasalah dan membawa kepada guru kaunseling supaya dapat diberi motivasi. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan beberapa maslah yang tidak diingini. Mata Pelajaran sivik adalah salah satu mata pelajaran yang sangat berguna kepada pelajar masa kini. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap. Ibu bapa patut bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Akhir sekali, marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurangkurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.

10

Rujukan Harian Metro, 30 disember 2011: Bonceng motor curi ; remaja baru keluar dari pusat pemulihan akhlak ditahan bersama teman lelaki dikenali 2 hari; Kuala Lumpur.

Вам также может понравиться