Вы находитесь на странице: 1из 16

CARA SEMBAHYANG DENGAN BETUL

Walau bergitu haruslah di ingat, ini adalah panduan. Dalam erti kata lain, anda telah pernah belajar sembahyang, cuma anda telah lupa pada bahagian-bahagian tertentu. Dan panduan ini dijadikan rujukan untuk memastikan amalan tersebut betul atau tidak. Namun jika anda tidak pernah sama sekali berlajar sembahyang daripada seorang guru. Maka adalah salah mengambil pelajaran mengenai sembahyang ini dari buku-buku panduan atau bahan bacaan semata-mata. Tetapi andai kata anda kesulitan mencari guru, bolehlah mengunakan panduan ini sebagai sumber pembelajaran yang pertama. Tetapi setelah anda rasa anda telah mengerti mengenainya, WAJIBlah merujuk kepada seorang yang anda kira arif mengenainya. Tidak kira siapa mereka, mungkin saja Ibu anda, Bapa anda atau saudara-mara, atau juga sahabat-sahabat anda. Pokoknya, wajib jugalah merujuk kepadaseseorang mengenai apa yang telah anda pelajari melalui bahan-bahan bacaan dan panduan-panduan mengenai sembahyang ini. Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua. Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT(isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masingmasing. Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).

1. NIAT SEMBAHYANG ISYA' (EMPAT RAKAAT)

Berdiri tegak sebelum mengangkat takbir Usalli fardhaz'isya'i arba'a raka'atin(*) adaan lillahi ta'ala

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu(isyak) empat rakaat(*) tunai kerana Allah Ta'ala. # gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor) * tambahkan 'makmuman' (mengikut imam) sebagai ganti 'adaan', jika sembahyang berjemaah.

* Selaras dan rapatkan kaki Bagi Perempuan.(perempuan sahaja, lelaki renggangkan kaki)
Berdiri menghadap ke Kiblat. Turunkan pandangan ketempat sujud. Dan rapatkan tapak tangan ke tepi paha ketika memasang niat yaitu sebelum mengangkat takbir. * Tertib ini sama bagi Perempuan.

TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR 2. TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR . Untuk lelaki Hujung jari telunjuk separas cuping telinga. * Takbiratul Ihram bagi Perempuan. Tangan diangkat dengan hujung jari telunjuk separas bahu serta merapatkan lengan dan siku kebadan. Takbiratul Ihram bagi Perempuan. Ketika mengangkat Takbiratul Ihram. Lintaskan didalam hati niat kita bersembahyang. Contohnya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isya' 4 rakaat bersendirian kerana Allah. Dan lintaskan didalam hati niat sembahyang tersebut serentak dengan Takbiratul Ihram itu.

3. BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH) RAKAAT PERTAMA TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT(Atas sedikit dari aras PUSAT) ADA PENDAPAT YANG MENAMPILKAN DALIL, TANGAN DILETAKKAN DI ATAS DADA. KEDUA-DUANYA BOLEH. Kedudukan tangan bagi Perempuan

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali- kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Bismilla hirrahma nirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*). Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami) * Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

DAN SELEPAS FATIHAH , BACALAH SURAH PILIHAN(sebarang surah). Sebagai contohnya Surah Al-Ikhlas

Qul huw-Allahu Ahad, Allahus-Samad, lam yalid wa lam yoolad, wa lam yakun lahoo kufuwan ahad. Maksud: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.

4.TAKBIR
PERTAMA

KERANA

MAHU

RUKUK'

RAKAAT

Mengangkat Takbir sebelum Rukuk' Mengangkat takbir sebelum Rukuk' (Perempuan)

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

5. RUKUK RAKAAT PERTAMA TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH


Kedudukan tangan dan siku (lurus) bagi lelaki. Kedudukan tangan dan siku dibengkokkan (bagi Perempuan)

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya. (Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)

6. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya

7. IKTIDAL SELEPAS RUKUK BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD


Sambil membaca doa:

Rabbana lakalhamdu. Ertinya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji. * Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

8. SUJUD PERTAMA RAKAAT PERTAMA TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI


Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. (lihat contoh gambar) Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan Rapatkan siku(lengan) kebadan bagi wanita. Sambil membaca doa:

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya. Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

9. DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT PERTAMA DUDUK SEPERTI MELUTUT


Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut. Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud Sambil membaca doa:

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni. Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

10. SUJUD KEDUA RAKAAT PERTAMA


Dan membaca:

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya. Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat kedua.

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

11. BERDIRI RAKAAT KEDUA TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Bismilla hirrahma nirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*). Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin

DAN TERUSKAN DENGAN MEMBACA SURAH PILIHAN ( Sebarang surah, contohnya: )

Bismillah hirrohma nirrohim qul a'uzubirobbinnas. malikinnas. ilahinnas. minsyarrin waswaa silkhan' nas. alladzi yuwaswisufi sudu rin' nas .minal jin' natiwan' nas. Artinya : Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.

12. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT KEDUA.

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

13. RUKUK' RAKAAT KEDUA


TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

14. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya

15. IKTIDAL SELEPAS RUKUK BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD Sambil membaca doa:

Rabbana lakalhamdu. Ertinya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji. * Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

16. SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI


Rapatkan kaki, diatas perutnya. Hujung jari paras renggangkan siku dirikan jari-jari kaki (lihat contoh gambar) mata. Serta dari badan

Rapatkan siku(lengan) kebadan bagi wanita. Sambil membaca doa:

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya. Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

17. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DUDUK SEPERTI MELUTUT


Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut. Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud Sambil membaca doa:

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni. Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

18. SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

19. DUDUK TASYAHHUD AWAL

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad.

Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itupesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad. Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat ketiga.

Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar

36. DUDUK TASYAHHUD AKHIR


Duduk tasyahhud akhir, silangkan kaki kiri kebawah kaki kanan.

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid. Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

37. SALAM KEKANAN

Assalamualaikum warahmatullah Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah

38.SALAM KEKIRI

Assalamualaikum warahmatullah Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah

Вам также может понравиться