Вы находитесь на странице: 1из 2

Drama : FORUM REMAJA 2020 Sipnosis Salmah, Chandran, dan Chong terserempak dengan Makhluk Utopia (MU).

Tujuan kedatangan MU 1 dan MU 11 ke bumi adalah untuk mengingatkan penduduk bumi bahawa bumi sudah mengalami tahap kritikal dan akan hancur. MU memilih Malaysia kerana mempunyai beberapa potensi yang dapat dimajukan untuk dijadikan Negara model dunia dengan menegakkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Chong, Chandran dan Salmah menyifatkan Malaysia sudah mampu dianggap sebagai Negara model kerana mempunyai kualiti yang mencukupi , iaitu mempunyai bahasa kebangsaan, agama rasmi dan kebudayaan nasional, selain rakyatnya saling menghormati dan hidup dengan aman. Pendapat mereka disanggah oleh MU. MU I memberitahu bahawa mereka bertiga dipilih kerana mewakili generasi akan dating. Mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran kerana pada masa generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan dating. Mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran kerana pada masa akan datang. Mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran kerana pada masa ini generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran kerana pada masa ini generasi muda sudah mengalami krisis moral, social dan mental yang kritikal. MU II menasihati Chong, Chandran dan Salmah mempraktikkan nasihat mereka . Setelah MU I dan MU II beredar, Salmah menyatakan pendapatnya bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk memikitkan kata-kata MU itu dan melakukan perubahan. Mereka bertiga berpakat untuk merancang startegi kepimpinan dan merealisasikan apa-apa yang disebut oleh MU itu. Mereka juga berazam untuk menyelesaikan masalah kemerosotan moral, memperkemas disiplin dan mengeratkan perpaduan. Tema Tanggungjawab remaja kini sebagai pemimpin masa depan menjelang tahun 2020 Persoalan 1. 2. 3. 4. 5. Peranan remaja sekarang untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Kerukunan dan keharmonian kehidupan dalam sesebuah Negara yang rakyatnya berbilang kaum Pembangunan Negara dalam pelbagai bidang Rakyat yang cinta akan tanah air

Watak dan Perwatakan Salmah Gadis Melayu; berusia 22 tahun;rakan Chandran dan Chong, berkulit sawo matang; petah berhujah; fikiran terbuka; tidak mudah dipengaruhi Chandran Pemuda India; berusia 22 tahun; fasih berbahasa Melayu; kritis; tegas pendirian; tidak mudah mengalah

Chong Pemuda Cina; berusia 22 tahun ; pelajar urusan geografi; emosional semasa berjuhah MU I dan MU II Makhluk dari Planet Utopia; datang ke bumi; bijak berhujah; bertanggungjawan

Latar Latar masa Zaman sekarang ; waktu petang; tahun 2020 Latar tempat Kampus universiti Latar masyarakat Golongan remaja yang masih belajar di university; masyarakat majmuk yang bersatu padu ; muda-mudi yang runtuh akhlak ; masyarakat dari planet asing Nilai Patriotisme; perpaduan; keberanian; bertanggungjawab

Pengajaran 1. 2. 3. 4. 5. Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat memajukan Negara Kita hendaklah bersatu padu antara kaum di Negara ini Kita janganlah melibatkan diri dalan gejala social yang meruntuhkan akhlak Kita hendaklah berani menerima kritikan daripada orang lain Kita janganlah memandang rendah terhadap kebolehan diri sendiri dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan

Вам также может понравиться