Вы находитесь на странице: 1из 1

SEJARAH RANGKA KERJA MILENIUM BIWAKO

Nama Biwako ini diambil bersempena nama sebuah tasik air tawar yang terbesar di Jepun yang terletak di Bandaraya Otsu dimana telah diadakan Mesyuarat Antara Kerajaan Peringkat Tertinggi bagi Memuktamadkan Dekad bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik. Nama tasik itu adalah Tasik Biwa dan ko itu membawa maksud tasik. Perkataan Milenium menunjukkan bahawa rangka kerja ini telah digunapakai pada milenium baru dan ia juga disusun bagi mengukuhkan matlamat dan sasaran Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Masyarakat Terangkum, Tanpa Halangan dan Berasaskan Hak adalah mewakili prinsip asas rangka kerja ini. Masyarakat Terangkum bermaksud untuk semua dan seluruh masyarakat. Masyarakat Tanpa Halangan pula membawa maksud masyarakat yang bebas daripada halangan institusi, fizikal dan sikap serta halangan sosial, ekonomi dan kebudayaan. Masyarakat Berasaskan Hak merujuk kepada masyarakat yang bersandarkan hak asasi untuk semua individu. Dalam hal ini, orang kurang upaya dihargai dan diutamakan dalam semua hal yang melibatkan mereka. Pada Mei 2002, Economic and Social Commission for Asia and The Pacific (ESCAP) menerima resolusi memperkukuhkan prinsip Masyarakat Terangkum, Tanpa Halangan dan Berasaskan Hak bagi orang kurang upaya di Rantau Asia dan Pasifik di abad ke21. Resolusi ini juga mengisytiharkan pelanjutan satu dekad lagi bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik iaitu daripada tahun 1993 hingga tahun 2002 dan dilanjutkan lagi dari tahun 2003 sehingga tahun 2012. Pada Oktober 2002, kerajaan yang menyertai Mesyuarat Antara Kerajaan Pcringkat Tertinggi menerima pakai rangka kerja ini sebagai garis panduan dasar serantau untuk dekad baru. Dekad baru (2003-2012) akan memastikan berlakunya anjakan paradigma daripada pendekatan berasaskan kerja amal kepada pendekatan berasaskan hak untuk melindungi hak sivil, budaya, ekonomi, politik dan sosial orang kurang upaya.

Вам также может понравиться