You are on page 1of 3

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN SOLAR CAR RACE ANTARA SMT/V PERINGKAT ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN

TAHUN 2011 A. PERATURAN UMUM 1. PASUKAN 1.1 1.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pelajar dengan seorang guru pembimbing.

2. SPESIFIKASI SOLAR CAR 2.1 Motor untuk mengerakkan model kereta solar mestilah DC motor 3 6V sahaja. 2.2 Sel solar yang digunakan mestilah dari jenis silicon-based yang mudah didapati secara komersial dipasaran. Sel solar yang sukar didapati dan digunakan untuk tujuan penyelidikan, bergrade angkasa atau jenis Gallium Arsenide adalah sama sekali dilarang. 2.3 Setiap model kereta hanya dibenarkan menggunakan satu motor sahaja (rujuk syarat 2.1) 2.4 Kuasa maksima yang dibekalkan oleh sel solar bagi setiap model kereta mestilah tidak melebihi 1 Watt. (rujuk syarat 2.2) 2.5 Semua tenaga yang dibekalkan kepada model kereta adalah tenaga daripada cahaya matahari sahaja. Sebarang penambahan atau penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model kereta adalah tidak dibenarkan. 2.6 Hanya satu alatan elektronik yang TIDAK melibatkan penyimpanan tenaga dibenarkan dipasang pada model kereta. Kapasitor adalah dilarang sama sekali penggunaannya. 2.7 Dimensi maksima bagi setiap model kereta yang dibenarkan adalah seperti berikut: a) Panjang : 40 cm b) Lebar : 30 cm c) Ketinggian : tiada limit d) berat : tiada limit 2.8 Setiap model kereta mesti mengandungi rekabentuk asas kereta yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: a) chasis b) binaan badan c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit) 2.9 Sel solar tidak boleh digunakan sebagai chasis atau binaan badan model kereta. 2.10 Peserta mesti membina sendiri model kereta yang akan dipertandingkan. Penggunaan kit atau model yang sedia ada dipasaran bagi tujuan pembinaan chasis dan binaan badan model kereta adalah dilarang. Hanya tayar model kereta boleh menggunakan kit atau model yang sedia ada dipasaran.

2.11 2.12 2.13

Setiap model kereta perlu dilengkapi dengan satu suis di antara motor dan sel solar bagi memudahkan untuk dihidupkan atau dimatikan. Suis boleh berbentuk plug atau klip. Setiap model kereta mesti mempunyai satu ruangan berukuran 3 X 1 cm di bahagian sisi atau atas model bagi tujuan melekatkan nombor kod. Setiap pasukan dibenarkan membina model kereta solar di sekolah masing-masing dan dibawa ke pertandingan kejohanan.

B. KAEDAH PERTANDINGAN 1. Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta (K1,K2 ....K11) dan perlu dilekatkan di ruang 3 X 1 cm di atas model kereta. 2. Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi. 3. Pertandingan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600 700 Lux 4. Jika pertandingan kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh hakim. 5. Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat: 5.1 Saringan a) Setiap pasukan akan berlumba sebanyak 2 pusingan b) Masa terbaik bagi model kereta yang melepasi garisan penamat akan dicatatkan dan diambil sebagai penilaian. c) 8 model solar car terpantas akan dipilih ke pusingan separuh akhir. 5.2 Separuh akhir a) Setiap pasukan akan berlumba sebanyak 2 pusingan b) Masa terbaik akan dicatatkan dan diambil sebagai penilaian. c) 4 model solar car terpantas akan dipilih ke pusingan separuh akhir 5.3 Akhir a) Hanya sekali perlumbaan sahaja b) Masa yang paling pantas dicatat dan disusun untuk menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan ketiga. 6. Sekiranya tiada pasukan yang berjaya melepasi garisan penamat dalam masa 3 minit, penentuan pemenang akan dinilai berdasarkan jarak kedudukan kereta dari garisan permulaan selepas 3 minit. 7. Kuasa semua model kereta yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian. 8. Selang masa di antara setiap perlumbaan ialah 3 minit. 9. Peserta dilarang menolak model kereta untuk memulakan perlumbaan. Peserta yang menolak model kereta untuk permulaan boleh mengakibatkan pembatalan penyertaan atau permulaan semula perlumbaan. Pihak hakim akan

menentukan perlumbaan.

sama

ada

pembatalan

penyertaan

atau

permulaan

semula

10. Peserta dilarang untuk mengiring atau menyentuh model kereta semasa ia bergerak di atas trak perlumbaan. Pembatal penyertaan boleh dikenakan bagi peserta yang mengingkari peraturan. 11. Sebarang pengubahsuaian ke atas model kereta adalah dilarang semasa perlumbaan kecuali dengan kebenaran pihak hakim. 12. Percubaan semula tidak dibenarkan sepanjang pertandingan. C. PENGHAKIMAN DAN BANTAHAN 1 2 3 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urusetia kejohanan dalam tempoh 1 jam dengan wang cagaran sebanyak RM50 menggunakan borang (Borang STTJ/B-R) yang disediakan oleh pihak pengelola. Sebarang bentuk bantahan kepada hakim pertandingan tidak akan dilayan.