Вы находитесь на странице: 1из 11

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Misi KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Prinsip Etika Kerja


a. Niat yang betul. b. Perlakuan yang baik. c. Penggerak ke arah kebaikan. d. Memperkotakan apa-apa yang dikatakan. e. Berdisiplin dan beradab.

Piagam Pelanggan
Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara; menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan; memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaikbaiknya; mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang berterusan; menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana; menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif; menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan amalan perkhidmatan penyayang; memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendakkehendak dan keperluan-keperluan pelanggan murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan; dan meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

Teras 1 : Membina Negara Bangsa Teras 2 : Membangunkan Modal Insan Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Tonggak Dua Belas


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Pengaruh teladan Kewajipan menjalankan tugas Keutamaan kesabaran Peningkatan bakat Ketekunan membawa kejayaan Kebijaksanaan berhemat Menghargai masa Kemuliaan kesederhanaan Keseronokan bekerja Ketinggian peribadi Nikmat mencipta Kekuatan sifat baik hati

VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Padang Lumat akan menjadi sekolah terbaik dalam Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau pada 2013

MISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Padang Lumat akan berusaha untuk: Membina satu pasukan pengurusan yang cekap Mempertingkatkan kemahiran ICT dalam P&P. Memupuk sahsiah mulia dan minat belajar di kalangan murid Mewujudkan prasarana yang kondusif dan ceria untuk pembelajaran Menjalin hubungan baik dengan ibubapa dan komuniti.

LOGO

MERAH
Melambangkan keberanian menghadapi cabaran hidup

KUNING
Melambangkan negeri kita mempunyai raja yang berdaulat

BIRU
Keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia

PUTIH
Nilai-nilai murni yang diterapkan kepada anak-anak didik

BUNGA PADI
Melambangkan padi adalah tanaman utama negeri Kedah

SLOGAN

GURU CEMERLANG MURID GEMILANG

MOTTO SEKOLAH

ILMU SULUH HIDUP

Вам также может понравиться