Вы находитесь на странице: 1из 3

KIRA-kira 150,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menamatkan p engajian setiap tahun iaitu meliputi 80,000

lepasan institusi pengajian tinggi a wam (IPTA) dan baki 70,000 orang dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Mengikut Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang dicatatkan tahun lalu, daripada 8 8,220 keseluruhan graduan IPTA tamat pengajian, seramai 44,525 atau 50.5 peratus mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian, tidak dapat pekerjaan se ramai 19,198 atau 21.7 peratus dan selebihnya lain (melanjutkan pelajaran atau m engikuti latihan kemahiran). Kajian sama bagi graduan IPTS pula seramai 13,053 atau 62.8 peratus yang mendapa t pekerjaan selepas tamat pengajian dan tidak mendapat pekerjaan 4,910 orang ata u 19.7 peratus. Bagaimanapun, jumlah bagi IPTS itu tidak menggambarkan data keseluruhan graduan yang mendapat pekerjaan atau menganggur kerana tidak semua IPTS di seluruh negar a mendaftar dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan ini. Jika dibuat perbandingan, mengikut Sistem Kajian Pengesanan yang dijalankan, pad a 2006, indeks pengangguran graduan ialah pada tahap 30.7 peratus; 26.5 peratus (2007) dan menurun kepada 24.1 peratus tahun lalu. Pasaran pekerjaan yang paling tinggi diperoleh graduan ialah di kalangan mereka yang mengambil bidang Sastera dan Sains Sosial, diikuti Teknikal seperti kejurut eraan, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Pendidikan. Berdasarkan jumlah yang begitu besar graduan yang menamatkan pengajian setiap ta hun, sudah pasti isu kebolehpasaran untuk mendapat pekerjaan menjadi perkara uta ma dan perlu diberi perhatian. Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu memastikan masalah kebolehpasar an di kalangan siswazah dapat di atasi dan sekali gus mereka dapat menyumbang ke pada peningkatan ekonomi negara. Pemasalahan kebolehpasaran graduan membabitkan tiga faktor yang sering digariska n oleh pihak majikan atau industri, iaitu dari segi imej dan ketrampilan diri, b oleh berkomunikasi dengan baik dan penguasaan dalam bahasa Inggeris. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pembangunan dunia globalisasi menuntut supaya universiti mengeluarkan pelajar yang benar-ben ar berkualiti mempunyai kemahiran, kepakaran dan menguasai ilmu kerana ia adalah kunci kepada persaingan untuk mendapatkan pekerjaan pada zaman yang semakin men cabar ini. Katanya, KPT bukan saja memainkan peranan berkaitan pengurusan universiti dan IP T lain, malah skop dan tugas melangkaui sempadan. "KPT melalui Pelan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN) menggar iskan aspek kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal yang perlu dicapai," katanya. Mohamed Khaled berkata, kementerian menggariskan tujuh pendekatan efektif meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu, latihan secara formal; latihan tidak formal; program keusahawanan, perkongsian pintar bersama industri, n praktikal di peringkat antarabangsa, menyemai nilai positif dan program ti pelajar. dalam secara latiha mobili

Pihak industri dan majikan, katanya, akan melihat semua kriteria itu untuk memas tikan graduan mampu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar.

Penambahbaikan bagi menyerapkan kriteria itu perlu dilakukan secara berterusan u ntuk memastikan universiti mampu menjadi ejen pengeluar graduan yang hebat, leng kap, seimbang, berilmu, berkeperibadian kukuh dan berketerampilan dalam pelbagai bidang. "Kami mahu melihat sama ada universiti mampu untuk melahirkan graduan berkualiti , berilmu dan berketerampilan mengikut kehendak industri dan keperluan majikan. "Bagi mencapai sasaran itu, kajian kurikulum dalam pembelajaran perlu ditambah b aik mengikut kehendak pasaran pekerjaan. Kurikulum perlu menerapkan program sepe rti latihan keusahawanan, mobiliti pelajar dan finishing school. Sebelum ini, ku rikulum itu ada diamalkan tetapi tidak menjurus kepada penekanan berkenaan. "Malah, aspek program keusahawanan dan finishing school adalah bidang baru dan i a perlu diperluas serta ditingkatkan. Kita juga mahu menerapkan nilai keusahawan an kepada pelajar supaya tidak terlalu terikat dengan kerja makan gaji," katanya . Apa yang penting, kata beliau, pihaknya mahu setiap universiti saling berkongsi amalan terbaik dan mengambil contoh terulung untuk dilaksanakan di universiti ma sing-masing. Program finishing school di Universiti Putra Malaysia (UPM) dianggap yang paling baik dalam membantu melahirkan graduan yang seimbang, manakala Universiti Malay a pula ada Pusat Usahawan Siswazah untuk melahirkan persekitaran kondusif sebaga i usahawan. Finishing school' diwujudkan bertujuan memupuk nilai insaniah dan kerohanian, me nyediakan skil keusahawanan dan daya kepemimpinan. Kajian keberkesanan terhadap program itu juga perlu dilakukan dan dijadikan panduan serta ikutan universiti l ain untuk mengamalkan program terbaik untuk pembangunan kendiri graduan. "Oleh itu, seminar berkaitan kebolehpasaran diadakan baru-baru ini untuk menentu kan perkara utama bagi mengukur sejauh mana semua program yang dihasilkan itu ma mpu melahirkan modal insaniah berketrampilan," katanya. Beliau menegaskan, kebolehpasaran graduan wujud disebabkan kekangan dalam aspek kekurangan ketrampilan diri dan imej; berkomunikasi dengan baik serta penguasaan bahasa Inggeris, selain faktor ekonomi, lambakan graduan di pasaran dan graduan kurang daya adaptasi kepada pasaran kerja yang berubah. Dalam konteks ini, pindaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU), ada relevan bagi me nggalakkan pelajar terbabit dalam kegiatan kokurikulum untuk meningkatkan kemahi ran dan pembangunan insaniah. "Contohnya, jika pelajar yang ambil kursus kejuruteraan atau kedoktoran, sekiran ya tidak menyertai sebarang persatuan, mereka tidak akan bercampur, bergaul deng an orang lain, tidak tahu apa program pengisiannya dan apakah kaedah terbaik unt uk menjayakan sesuatu yang dirancang. "Oleh itu, sekarang kita galakkan mereka terbabit dalam aktiviti persatuan untuk mendedahkan setiap perkara yang dianjurkan. Elemen ini akan membantu mereka men jadi insan berkualiti dan mampu menghadapi cabaran lebih besar," katanya. Negara lain, kata Mohamed Khaled, juga turut melaksanakan pendekatan sama mengik ut keperluan semasa dan ia turut bergantung kepada pertumbuhan ekonomi. "Jika di negara luar, juga ada isu pelajar perempuan melebihi lelaki serta soal pengangguran, tetapi aspek kebolehpasaran graduan dijadikan keutamaan supaya jur ang tidak terus melebar," katanya.

Oleh itu, kementerian terbabit turut melancarkan program mobiliti membabitkan pe lbagai aktiviti pelajar di universiti di luar negara bagi mendedahkan pelajar de ngan dunia luar. Pada masa sama, program mobiliti pelajar dari luar negara ke Malaysia juga dilak sanakan dengan menyediakan 28 pakej mobiliti untuk tempoh jangka pendek, sekali gus dijadikan asas untuk mempromosi Malaysia di mata dunia. Sistem kajian pengesanan itu akan dilakukan semula selepas dua tahun untuk menge san berapa ramai lagi graduan yang mendapat pekerjaan dan yang masih menganggur. Sumber :http : //www.bharian.com/

Вам также может понравиться