Вы находитесь на странице: 1из 6

KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG

DEFINISI

Keadaan saling memerlukan hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
Program 3R (a)Reduce ( mengurangkan penggunaan sumber alam ) (b)Recycle ( mengitar semula bahan buangan ) (c)Reuse ( mengguna semula bahan buangan )

Peranan Pengguna Dalam Mencegah Pencemaran


(a)Memberi sokongan kepada kempen kitar semula (b)Mengurangkan penggunaan plastik dan kertas (c)Menyokong kewujudan kedai barangan terpakai (d)Menjual surat khabar lama (e)Tidak mencemar alam

Kepentingan menggunakan semula bahan terbuang atau mengitar semula


(a)Alam sekitar lebih bersih dan segar (b)Mengelakkan pencemaran alam sekitar (c)Menjimatkan kos untuk pelupusan sampah (d)Menjimatkan penggunaan sumber asli (e)Menyelamatkan hutan daripada ditebang

Peranan Pengeluar Mencegah Pencemaran Alam


(a)Mematuhi undang-undang berkaitan dengan alam sekitar (b)Mengurangkan pembuangan sisa-sisa industri (c)Mewujudkan kitaran teknologi sisa-sisa (d)Mewujudkan cara-cara pemprosesan barangan lebih cekap misalnya mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan-bahan pembungkusan.

Program Amalan Hijau di sekolah


(a) Menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. (b) Menggunakan tong kitar semula untuk mengasingkan bahan buangan contohnya tin, kertas dan pembungkus minuman. (c) Menggunakan tong sampah (d) Membeli dan menggunakan kertas yang dikitar semula.

Вам также может понравиться