Вы находитесь на странице: 1из 91

Moses Chung Sze Ong Lee Siew Sin Kiu Kwong King

Sistem pendidikan sebelum merdeka (1400-1956) Sebelum Zaman Kolonialisme British (1400-1786) Pendidikan Islam (Tempat) Semasa Zaman Kolonialisme British (1786-1956) Sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941) (Tahap Persekolahan )

Selepas Perang Dunia Kedua (1946-1956) (Laporan Pendidikan/Tahap Pendidikan)

Kedatangan agama Islam ke ranau Asia. pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan agama Islam pendidikan Islam pada mulanya diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madarasah dan akhirnya, berpusatkan di sekolah pondok.

Pada tahun 1511 Portugis menawan Melaka, mereka telah perkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhad Roman Katolik. Kemudian, pendidikan ini bertukar kepada mazhad Protestant pula apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda. Pada tahun 1786 Inggeris memerintah Tanah Melayu, sistem pendidikan pula bertukar sekali lagi kepada pendidikan Inggeris.

Negara Jepun telah pun memerintah Negara ini pada tahun 1942 hingga 1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh tiga tahun tersebut, hampir semua sekolah sedia ada telah di arah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja yang dibuka untuk mengajar Bahasa Jepun.

Pendidikan rendah

Pendidikan menengah

Latihan perguruan

Pendidikan vokasional dan teknik

Pendidikan tinggi

Tahun 1854 - Gabenor Negeri-Negeri Selat telah diarahkan oleh pihak pengurusan Syarikat India Timur untuk menyediakan laporan mengenai status pendidikan ketika itu, seterusnya menasihatkan Kerajaan India mengenai tindakan susulan yang wajar diambil.

i.

ii.

iii.

Orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja bagi mencapai tiga objektif yang digariskan, iaitu: Membekalkan kemahiran asas melalui Ilmu Hisab agar anak-anak lelaki berupaya untuk mengendalikan urus niaga perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti; Memupuk kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni seperti kesucian peribadi, kebersihan persekitaran; dan Memastikan kefasihan Bahasa Inggeris dalam kelangan anak-anak Raja.

Diberi pendidikan asas bagi tempoh yang sama seperti orang Melayu. Apabila tamat persekolahan nanti, mereka akan menjadi buruh di lading-ladang getah dan trek keretapi.

Kebebasan untuk menubuhkan sekolahsekolah. Kerajaan British berpegang kepada dasar behawa bukan tanggungjawab mereka untuk membekalkan pendidikan kepada rakyat tempatan.

Orang Melayu kurang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Memperkenalkan kelas-kelas mengaji Quran. Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu sedemikian telah mengakibatkan banyak sekolah Melayu dibuka. Menjelang tahun 1892, terdapat sebanyak 190 buah sekolah .

Kerajaan British telah menguatkuasakan Akta Pelajaran Waji di mana adalah wajib bagi ibu bapa untuk menghantar anakanak mereka ke sekolah. Pembesar-pembesar Melayu mendorong orang-orang Melayu mendaftar anak-anak mereka di sekolah. Sekolah-sekolah bagi murid-murid perempuan agak lembut ditubuhkan.

Hanya pada tahun 1889 ditubuhkan sekolah perempuan Melayu yang pertama di Telok Belanga dan sebuah lagi Pulau Pinang. Tahun 1940-peningkatan dari segi bilangan pendaftaran murid-murid . British masih kekal dengan dasar mereka untuk mendidik anak-anak Melayu menjadi petani dan nelayan. Bimbang pendidikan tinggi dalam kalangan orang Melayu akan membangkitkan perasaan menentang penjajahan British.

Penubuhan dan pembiayaan sekolahsekolah Cina adalah di bawah tanggungjawab masyarakat Cina sendiri. perbelanjaan bagi penubuhkan sekolah ditanggung sepenuhnya oleh pedagangpedagang dan pemimpin Cina. Guru-guru sekolah Cina pula dibawa masuk khas dari Negara Cina.

Sistem pendidikan aliran Cina pada masa itu dibahagikan kepada tiga peringkat: I. Sekolah rendah Enam tahun II. Sekolah Menengah Rendah (Junior Middle Three) Tiga tahun III. Sekolah Menengah Atas (Senior Middle Three) Tiga tahun

1913 Penubuhan Sekolah Menengah Cina pertama di Tanah Melayu ialah di Singapore. 1920 Penggunaan dialek yang berbeza-beza dimansuhkan. Gerakan Bahasa Kebangsaan (Mandarin) dengan sokongan Kementerian Pelajaran negara Cina telah cuba mempengaruhi warga Cina supaya menggantikan penggunaan dialek dengan Bahasa Mandarin atas sebab ia lebih mudah difahami.

1920 Enakmen Pendaftaran Sekolah-sekolah diluluskan bertujuan untuk menyekat perkembangan pengaruh politik di sekolah-sekolah Cina. 1924 Tumpuan Kerajaan British terhadap perkembangan pendidikan Cina atas kesedaran bahawa puak nasionalis mula menyebarkan kempen anti-British di sekolah-sekolah Cina.

1945 Penyemakan semula sukatan pelajaran sekolah-sekolah Cina dijalankan di mana sukatan baru lebih bercirikan tempatan Pengenalan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dilaksanakan di sekolah-sekolah Cina.

a)

b)

c)

golongan terbesar pendatang-pendatang India ke Tanah Melayu. Sekolah-sekolah Tamil menghadapi beberapa masalah: Sambutan orang India terhadap sekolahsekolah ini kurang memuaskan. Sekolah-sekolah tersebut juga tidak mencukupi dan kurang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kerusi, meja, kipas, lampu, dan sebagainya. Sistem pendidikan juga kurang tersusun dari segi kurikulum, pengurusan sekolah dan sebagainya.

1912

Penguatkuasaan Undang-undang Buruh. Mengikut undang-undang ini, semua pemilik ladang wajib mendirikan sekolah bagi anak-anak pekerja mereka sekiranya bilangan kanak-kanak yang duduk di ladang tersebut melebihi 10 orang.

1914

Penubuhan sekolah-sekolah Tamil di Kawasan perbandaran yang mempunyai ramai penduduk orang India. Sekolah-sekolah ini dibiayai oleh pertubuhanpertubuhan orang India. Contoh: Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur.

1930

Penubuhan Nazir Sekolah Tamil dan latihan untuk guru-guru Tamil bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang terlatih Pengenalan sukatan pelajaran berorientasikan Tanah Melayu melalui penggunaan Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu.

Juga dikenali sebagai sekolah Mubaligh. Ciri-ciri sekolah Inggeris Berbanding dengan sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil, sekolah Inggeris mempunyai beberapa cirri tertentu. Sekolah-sekolah ini: Terletak di kawasan bandar yang kurang orang Melayu Mewajidkan murid-murid bukan beragama Islam untuk mengikuti pelajaran agama Kristian Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Mendapat bantuan kewangan dan sokongan daripada Kerajaan British.

1.

2.

3.

kerjaya perguruan mengalami masalahmasalah: Gaji rendah yang menyebabkan ramai guru letak jawatan atau berhenti perkhimatan mereka Minat kaum perempuan untuk menjadi guru agak rendah Latihan perguruan Melayu amat mengecewakan.

Masalah-masalah ini wujud lanjutan amalan Kerajaan British yang mengambil guru-guru dari England untuk mengajar di sekolah-sekolah di Negara ini. pihak berkuasa menyedari kepentingan latihan professional untuk guru-guru yang sememangnya bertanggungjawab ke atas pendidikan kanak-kanak. Di samping itu, masalah kekurangan guru terlatih di sekolah-sekolah Melayu perlu diberi perhatian serius. Pihak British telah mendirikan maktab-maktab perguruan.

1900 Permulaan kegiatan kemahiran kraftangan Melayu di Kuala Lumpur. Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir di ambil untuk mengajar seni tersebut di sekolah-sekolah MElayu berdekatan dengan Kuala Lumpur

1905 Pembukaan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk memberi latihan kepada pembantu taknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Kereta Api Tanah Melayu 1918 Pembentukan Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri untuk mengaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-negeri Melayu

1923-Penubuhan Pusat Latihan Pertanian 1926-Penubuhan Sekolah Teknik yang kemudian ditukar status kepada Maktab Teknik (1941) dan Universiti Teknologi Melaysia (1927) 1931-Penubuhan Sekolah Pertanian di Serdang , Selangor untuk melatih pegawaipegawai pertanian 1946-Sekolah Pertanian dinaik taraf manjadi Kolej Pertanian dan bertukar kepada Universiti Pertanian Malaysia (1972) dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

1905

Penubuhan Sekolah Perubatan KIng Edward VII di Singapura yang kemudian ditukar kepada Kolej PErubatan KIng edward VII

Penubuhan Raffles College di Singapura 1929 Pembentukan Suruhanjaya mengkaji kedudukan pusat pengajian di tanah Melayu yang diketuai oleh Sir William Malean. Antara cadangan yang dikemukakan termasuk gabungan Kolej Perubatan King Edward VII dan Raffles College menjadi sebuah Universiti.

1938

Pembentukan Universiti Malaya di Singapura. 1941

Sebelum pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik di Sabah hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja. Mubaligh-mubaligh Roman Katolik mula mendirikan sekolah-sekolah di Papar pada tahun 1881. Bahasa Inggeris mendjadi bahasa pengantar di kebanyakan sekolah di Sabah. Bahasa Cina dan Bahasa Dusun juga turut

Mempunyai sistem pendidikan tradisional tersendiri sebelum pemerintahan keluarga Brooke. Anak-anak Melayu di Sarawak diberi pendidikan agama Islam di sekolahsekolah agama. sisitem pendidikan di Sarawak pula dikelolakan oleh tiga golongan, iaitu mubaligh Kristian, Kerajaan Brooke, dan masyarakat Cina.

Sama seperti zaman kolonialisme British, system pendidikan selepas Perang Dunia kedua juga akan merangkumi tahap rendah, menengah, latihan perguruan dan pendidikan tinggi. Sebagai permulaan, marilah kita kaji pendidikan rendah dan menengah kita ketika itu.

Negara kita telah jatuh ke tangan pemerintahan orang Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang berlangsung lebih kurang tiga setengah tahun bermula pada tahun 1942. Sebelum tahun1941, kadar pendaftaran murid di sekolah-sekolah kian meningkat. Akibat pendudukan Jepun, keadaan sedemikian ini telah berubah di mana telah berlaku kemerosotan yang agak ketara dari segi pendaftaran murid serta kualiti pengajaran yang disampaikan.

Pada 1946, apabila kolej-kolej ini dibuka semula, Kerajaan British terpaksa menyediakan perbelanjaan yang agak tinggi khasnya untuk kerja-kerja membaikpulih bangunan-bangunan tersebut khususnya dari segi infrastruktur, kelengkapan dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.

I.

II.

III.

Pada tahun 1946, terhasil Rancangan Cheeseman yang mengandungi cadangancadangan seperti yang berikut: Pendidikan peringakat rendah(asas) secara percuma dalam semua bahasa penghantar; Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan tinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai penghantar; Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular.

Memandangkan Rancangan Cheeseman tidak berfokuskan kepada integrasi social dalam kalangan rakyat berbilang kaum, ia pun lupus dengan begitu sahaja pada tahun 1949 selepas Malayan Union dimansuhkan. Lantaran itu, orang Melayu masih kekal dengan perjuangan mereka untuk menuntut reformasi dalam bidang pendidikan yang kemudiannya dimanifestasi dalam pelbagai laporan pendidikan. Antara termasuk Laporan Barnes, Laporan FennWu, Ordinan Pelajaran 1952 dan Penyata Razak. Perbincangan selanjutnya akan menghuraikan secara ringkas laporan-laporan tersebut.

Tahun 1946

Dasar Pendidikan Rancangan Cheeseman

Syor/Cadangan i. Pendidikan asas dalam semua bahasa penghantar diberi secara percuma ; ii. Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin,dan Bahasa Tamil sebagai penghantar di sekolah menengah;

iii. Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran


wajib di sekolah vernakular. 1951 Laporan Barnes i. Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa penghantar ialah Bahasa

Melayu dan Inggeris;


ii. Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan;

iii. Penggantian pengajaran Jawi dengan


pengajaran agama.

Tahun
1952

Dasar Pendidikan
Laporan Fenn-Wu

Syor/Cadangan
i. Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan

bahasa penghantar di sekolah-sekolah vernakular.


1952 Ordinan Pelajaran i. Lima jenis sistem persekolahan: Sekolah Inggeris(Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar);

Sekolah Melayu (Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa


penghantar); Sekolah Cina; Sekolah tamil ; Sekolah Agama

i.

Kurikulum tersendiri mengikut sistem persekolahan masingmasing.

Tahun
1956

Dasar Pendidikan Syor/Cadangan


Penyata Razak Satu jenis sistem persekolahan yang sama bagi semua, iaitu: i. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar bagi semua peringkat persekolahan; ii. Satu jenis kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama, berpusat dan bercorak kebangsaan.

Sehubungan itu, dua buah maktab perguruan-Kirkby Teachers Training College dan Brinsford Lodge telah ditubuhkan di England. Di samping itu, latihan penguruan juga ditawarkan di Tanah Melayu yang bertempat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

I.

II.

Pada tahun 1952, Kirkby Teachers Training College telah ditubuhkan di Kirkby, Lancasshire, Liverpool, England yang mempunyai tujuan-tujuan berikut: Melatih guru-guru dari Persekutuan Tanah Melayu; Menampung kekurangan tenga pengajar pada masa itu.

Kirkby Teachers Training College

Pada tahun 1955, Kerajaan British telah mengambil alih sebuah lagi maktab perguruan , iaitu Brinsford Lodge di Wolverhampton. Lanjutan ambilan pertama ini, maka berlaku sedikit perubhan dari kurikulum kursus perguruan yang ditawarkan.

Dari segi pendidikan tinggi pula, ketika zaman kolonialisme British,Universiti Malaya telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949. Penubuhan university tersebut merupakn usaha Kerajaan Inggeris bagi memnuhi keprluan dan permintaan rakyat tanah air terhadap pengajian tinggi.

1) 2) 3) 4)

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat: Prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pengajian tinggi

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains dan matematik.

Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu, penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama.

Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi muridmurid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa.

Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.

Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas.

Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap."

Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UECJML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina.

Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1.

Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia.

Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun.

STPM dianggap lebih susah daripada Alevel kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah.

Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program prauniversiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universitiuniversiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam.

Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.

Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT diterajui oleh Khaled Nordin. Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".

Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.

Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar.

1.

Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

2.

Sekolah Kluster Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

3.

Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

4.

Sekolah Wawasan Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

5.

Sekolah Agama Islam Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolahsekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

6.

Sekolah Mubaligh Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian. Sekolah Bestari Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

7.

8.

Sekolah Teknik dan Vokasional Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

9.

Sekolah Berasrama Penuh Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

i.

ii.

iii.

iv.

Terdapat empat ujian awam kebangsaan: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah. Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan semasa tahun 3 sekolah menengah. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tahun 5 sekolah menengah. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa tahun 6 sekolah menengah.

ASPEK

SEBELUM MERDEKA (sebelum kedatangan kuasa penjajah ) Corak pendidikan lebih kepada bidang agama dengan pengajaran: al-Quran akhlak yang baik pengetahuan kerohanian seni pertahankan diri Pada peringkat lebih teratur, terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut sek. pondok yang ditubuh dan dikendali oleh ulama.

MASA KINI

Corak pendidikan

Pendidikan yang menumpukan kepada pelbagai bidang, terutamanya: sains teknologi

Sistem pendidikan

Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama.

Sistem pendidikan kebangsaan yang merangkumi institusi pendidikan yang ditubuh dan diurus oleh pihak kerajaan termasuk institusi pendidikan vernakular. Sistem pendidikan kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan (Ordinan Pelajaran 1954)

Tempoh pengajian

Tempoh pengajian yang tidak terhad

Ada jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek JERIS (FPK)

Matlamat

Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bermoral tinggi.

Jenis sekolah

Sekolah dipecahkan kepada 4: Sekolah Inggeris Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Tamil

Sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan

Sistem pendidikan

Sistem pendidikan yang tidak mempedulikan soal perpaduan.

Sistem pendidikan yang menitikberatkan aspek perpaduan yang menjadi teras Dasar

Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum

Tiada kurikulum dan sukatan pelajaran yang khusus.

Kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Bahasa pengantar

Bahasa pengantar: ikut jenis sekolah.

Bahasa pengantar: bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Namun sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa

pengantar dikekalkan.

Peperiksaan

Mempunyai peperiksaan masuk ke


sekolah menengah.

Peperiksaan pemilihan masuk dihapuskan


pada 1964.

Sistem mengajar

Berpadukan buku semata-mata.

Alat bantu mengajar yang canggih.

Peluang pendidikan

Peluang pendidikan tidak sama bagi semua kaum.

Pendidikan lebih kepada semua kaum.

SEBELUM MERDEKA Hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu lebih cenderung untuk mengagungkan tanah air sendiri

MASA KINI Hala tuju dan falsafah pendidikan mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur melalui Rancangan Malaysia pertama hingga ke Rancangan Malaysia Ketujuh Halatuju dan falsafah pendidikan adalah lebih jelas

Hala tuju dan falsafah pendidikan lebih berpusatkan kepada kuasa British

hala tuju dan falsafah pendidikan yang ditadbir oleh pihak British adalah tidak ikhlas

Pendidikan yang diadakan bukan hanya untuk menjadikan rakyat lebih baik daripada masyarakat sebelumnya. Tetapi pendidikan pada zaman ini penting dalam membangunkan negara dari segi ekonomi, sosial, politik.
Hala tuju dan falsafah pendidikan lebih teratur Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama disemua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan

Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem vernakular Bahasa pengantar adalah berbeza.

Kurikulum yang berbeza

Kurikulum yang sama yang berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

Вам также может понравиться