Вы находитесь на странице: 1из 5

EDU3107 : Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-kanak Tajuk 3: Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing ( 5 jam) Pengumpulan

maklumat murid 1 jam : 4.1.2012 - KULIAH : 12.15-1.15 (1) , Mengenal pasti masalah kanak-kanak 1 jam 5.1.2012 KULIAH : 7.45-8.45 (1)
TUTORIAL : Bengkel dalam kelas secara berkumpulan dan pembentangan 2.30-5.30 (3)

Semua sekolah perlu mempunyai kaunselor atau guru pembimbing untuk membimbing pelajarpelajar yang memerlukan. Guru biasa boleh memainkan peranan ini dengan syarat mereka telah mendapat latihan minima di dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Kumpul maklumat pelajar sekolah (pentadbiran). Urus fail pelajar. Menyimpan rekod. Surat-menyurat. Penubuhan dan pengelolaan kelab bimbingan/ kerjaya. Lapor aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.

Mengenalpasti pelajar bermasalah dari segi disiplin (buat rujukan kepada kaunselor tertentu).

TUGAS-TUGAS GURU PEMBIMBING

Memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik. Berperanan untuk mengesan masalah akademik pelajar dan bertanggungjawab untuk menangani kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan program.

Mengurus program bimbingan & kaunseling. Perancangan - Guru merancang program di sekolah. Pengelolaan - Gunakan prosedur kaunseling untuk kelolakan program. Penentuan halatuju - Tentukan halatuju & laksanakan perancangan, buat keputusan, membuat garis panduan & peraturan. Menilai - Menilai keberkesanan program, kenal pasti kelemahan & kekuatan program & ambil tindakan.

Menjadi perantara / perunding di antara pihak sekolah dan ibu bapa.

INVENTORI DAN REKOD

Penempatan Rekod & Dokumentasi Penyelaras Sumber Menyediakan & mengendalikan fail & rekod pelajar.

GURU KAUNSELOR BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP INVENTORI DAN REKOD

Kumpul dan rekod butir berkaitan penilaian dan pentafsiran minat belajar.

Mengawasi statistik dan corak kehadiran pelajar. Memberi maklumat tentang pencapaian , kemajuan & prestasi pelajar.

Menjalankan kajian/kajiselidik untuk membantu perkembangan pelajar.

Jenis inventori: inventori minat, inventori minat kerjaya, inventori personaliti & seumpamanya.

Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing


1) Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial emosi akademik perkembangan mental dan akhlak. 2) Menolong murid dalam pelajaran mereka

Memperkenalkan sistem pendidikan Matlamat pelajaran Cara belajar Situasi persekitaran Peraturan sekolah Kepentingan mata-mata pelajaran

3) Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat dan perkembangan masing-masing. 4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran. 5) Menolong murid dalam proses menyelesaikan maslah pembelajaran. 6) Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional. 7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan membina sifat-sifat personality yang sempurna. 8) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar. 9) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi) 10) Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program. 11) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. 12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan profesional.

FAKTOR PELAJAR BERMASALAH

Menyumbang kepada masalah akademik dan juga masalah delinkuesi dan sekolah.
Faktor Psikologi Penerangan Masalah emosi seperti fobia, trauma, benci, takut, penggeli. Pelajar kurang sihat disebabkan kekurangan zat makanan, kekurangan tenaga akibat membantu keluarga mencari nafkah. Mental Faktor warisan, kelahiran yang tidak cukup normal, kecederaan otak akibat kemalangan / trauma. Peribadi Masalah kemiskinan, kewangan, perhubungan, rakan sebaya, persekitaran, hilang minat, kritik sendiri, hela bela diri, masalah komunikasi dan seumpamanya. Pengajaran dan Pembelajaran Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan kurikulum yang disediakan, pedagogi pengajaran guru lemah dan bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar.

Fizikal

MENGESAN MASALAH AKADEMIK PELAJAR Masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Cara kaunselor mengesan masalah pelajar dari segi akademik ialah dengan cara: Pemerhatian, profil pelajar, ujian, latihan harian dan soal jawab. Menyenaraikan semua masalah yang dikenalpasti. Mengesan punca masalah dengan ujian diagnostik.

MENGESAN MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR Ujian kecerdasan , Ujian minat Ujian kecenderungan bakat Ujian personaliti Ujian saringan, Ujian diagnostik Ujian aptitud khas

Cara kedua kaunselor mengesan masalah tingkah laku pelajar ialah melalui teknik bukan ujian: Kajian dokumen utama dan dokumen sekunder yang mengandungi maklumat pelajar. - Isi kandungan: autobiografi pelajar, anekdot dan kad kumulatif (dokumen utama). - Dokumen sekunder: laporan temubual dan pemerhatian. ii. Soal selidik: teknik temubual kaunselor boleh mendapat butir-butir pelajar seperti butir diri, keluarga, kesihatan, hobi, rancangan masa depan, aktiviti kokum, minat dan seumpamanya. iii. Teknik pemerhatian: untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor. iv. Rekod anekdot: Laporan berdasarkan pemerhatian terhadap sesuatu kejadian/ peristiwa oleh guru kaunselor. v. Sosiometri dan sosiogram - sosiometri (kaedah penelitian) untuk memerhatikan hubungan sosial & psikologi pelajar yeng berinteraksi dalam kumpulan mereka. - Sosiogram gambarajah / lakaran yang terbentuk dari hasil hubungan sosial tersebut. Guru akan mentafsir berdasarkan gambarajah tersebut. Kad himpunan 001 dan 002: Rekod persekolahan dan rekod peribadi pelajar. Senarai semak: inventori mengkaji soalselidik tentang tabiat/ masalah emosi nyang dihadapi oleh pelajar. i.

vi. vii.

Вам также может понравиться