Вы находитесь на странице: 1из 16

Gergasi merah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Gergasi merah merupakan bintang gergasi terang dengan jisim yang rendah atau sederhana (lebih kurang 0.510 jisim suria) yang berada di penghujung fasa perkembangan najam. Atmosfera luarnya mengembung dan lemah, menyebabkan jejarinya menjadi amat besar dan suhu permukaannya rendah, lebih kurang 5,000 K dan ke bawah. Rupa gergasi merah adalah dari jingga kekuningan kepada merah, melibatkan jenis spektrum K dan M, serta kelas bintang S dan kebanyakan bintang karbon. Gergasi merah yang biasa adalah yang dipanggil bintang cabang gergasi merah yang lapisan luarannya masih melakurkan hidrogen kepada helium, manakala terasnya pula ialah helium yang tidak aktif. Kes lain bagi gergasi merah ialah bintang cabang gergasi asimptot yang menghasilkan karbon daripada helium dengan proses alfa ganda tiga.[1] Gergasi merah yang ketara di langit malam termasuklah Aldebaran (Alpha Tauri), Arcturus (Alpha Bootis), dan Gamma Crucis (Gacrux), manakala yang lebih besar ialah Antares (Alpha Scorpii) dan Betelgeuse (Alpha Orionis) iaitu super gergasi merah.

Ciri-ciri

Saiz Matahari kini (kini dalam jujukan utama dibandingkan dengan anggaran saiznya ketika fasa gergasi merah.

Gergasi merah Mira

Gergasi merah adalah kumpulan bintang yang berjejari puluhan hingga ratusan kali ganda daripada Matahari yang disebabkan oleh kehabisan sumber hidrogen dalam teras mereka dan mula membakar hidrogen di lapisan luar teras. Bintang jujukan utama yang mempunyai kelas spektrum A hingga K dipercayai akan menjadi gergasi merah.[2] Malahan, bintang tersebut bukanlah sfera merah yang besar dengan yang menjerat apa-apa yang mendekatinya seperti yang tertera dalam banyak imej. Disebabkan ketumpatannya rendah, bintang itu tidak mempunyai fotosfera yang tajam tetapi jasad bintang secara perlaan-lahan menjadi 'korona'.[3][4]

Perkembangan najam
Rencana utama: evolusi najam#bintang saiz sederhana

Gergasi merah adalah berkembang dari bintang jujukan utama yang berjisim dari 0.5 jisim suria hingga antara 4 dan 6 kali jisim suria.[5] Apabila bintang mula terbentuk dari runtuhan awan molekul dalam bahan antara najam, ia mengandungi banyak hidrogen dan helium, yang jumlah "logam" (unsur dengan nombor atom > 2, iaitu semua unsur melainkan hidrogen dan helium). Unsur ini adalah bercampur dengan sama rata dalam bintang. Bintang akan mencapai jujukan utama apabila terasnya mencapai suhu yang mencukupi untuk mencetuskan perlakuran hidrogen (beberapa bilion Kelvin) dan memulakan keseimbangan hidrostatik. Sepanjang hayatnya dalam jujukan utama, bintang secara perlahan-lahan menukar hidrogen kepada helium; hayatnya dalam jujukan utama akan tamat apabila hampir kesemua hidrogen dalam teras habis digunakan. Bagi Matahari, jangka hayatnya dalam jujukan utama lebih kurang 10 bilion tahun; jangka hayat adalah lebih pendek bagi bintang yang lebih besar jisimnya dan sebaliknya.[1] Apabila bintang sudah kehabisan bahan api hidrogen di dalam terasnya, tindak balas nuklear dalam teras akan terhenti, maka teras akan mula mengecut akibat gravitinya. Ini akan memanaskan lapisan luaran teras, yang masih mempunyai hidrogen, lalu mencetuskan perlakuran hidrogen kepada kepada helium. Suhu yang tinggi ini akan meningkatkan kadar tindak balas, menghasilkan cukup tenaga untuk meningkatkan kecerahan bintang dengan faktor

1,00010,000. Lapisan luar bintang akan mengembang dengan hebatnya, dan bermulalah fasa gergasi merah bagi hayat bintang tersebut. Disebabkan pengembangan lapisan luar bintang, tenaga yang dihasilkan dalam teras bintang tersebar ke kawasan permukaan yang lebih besar, yang menyebabkan suhu permukaan yang lebih rendah dan perubahan dalam cahaya tampak bagi bintang kepada merah - yang mencetuskan nama gergasi merah, walaupun warnanya sering jingga. Pada masa ini, bintan dikatakan menaiki cabang gergasi merah dalam rajah HertzsprungRussell (H-R).[1] Mekanisme yang mengakhiri keruntuhan teras dan kenaikan cabang gergasi merah bergantung kepada jisim bintang. Bagi Matahari dan gergasi merah yang kurang dari 2.57 jisim suria, terasnya akan termampat hingga tekanan degenerasi elektron akan menghalangnya dari terus meruntuh. Apabila teras terdegenerat, ia akan memanas hingga ia mencecah suhu lebih kurang 108 K, cukup panas untuk ia melakurkan helium kepada karbon melalui proses alf ganda tiga. Apabia teras terdegenerat mencapai suhu ini, seluruh teras akan memulakan perlakuran helium hampir secara mendadak yang proses ini dinamakan nyalaan helium. Dalam bintang yang lebih berjisim, runtuhan teras akan berterusan berlaku hingga ia mencapai 108 K sebelum ia cukup mampat untuk degenerat, maka perlakuran helium akan bermula dengan lebih licin tanpa nyalaan helium. Apabila bintang melakurkan helium dalam terasnya, ia akan mengecut dan tidak lagi digelar gergasi merah.[1] Fasa perlakuran helium dalam teras bagi sesuatu hayat bintang itu dipanggil cabang mendatar dalam bintang yang kekurangan logam, dinamakan begitu kerana bintang ini berada dalam kedudukan hampir mendatar dalam rajah H-R bagi kelompok bintang. Bintang yang melakurkan helium dengan banyak helium dinamakan gumpalan merah dalam rajah H-R.[6] Dalam bintang yang cukup besar untuk memulakan perlakuran helium, proses analogi akan berlaku apabila helium pusat kehabisan dan bintang mula membakar helium di lapisan luar, walaupun dengan kerumitan tambahan yang dalam kebanyakan kes, perlakuran hidrogen akan berterusan dalam lapisan luar yang lebih dalam. Ini akan meletakkan bintang dalam cabang gergasi asimptot, fasa gergasi merah kedua.[7][8] Bintang yang lebih berjisim akan terus mengulangi kitaran ini, melakurkan unsur yang lebih berat dalam fasa yang berterusan, setiap satu lebih bertahan lama dari yang sebelumnya. Bintang berjisim suria tidak akan melakurkan karbon. Malah, pada penghujung fasa cabang gergasi asimptot, bintang akan menghamburkan lapisan luarnya, membentuk nebula planet dengan teras bintang yang terdedah, lalu menjadi kerdil putih. Penghasilan nebula planet ini menandakan berakhirnya evolusi bintang bagi fasa gergasi merah.[1]
Pengecualian bintang

Bintang yang berjisim sangat rendah dikatakan sepenuhnya berolak[9] dan tidak akan mengumpulkan teras helium, maka kehabisan semua bahan apinya tanpa perlu menjadi gergasi merah. [10] Bintang begitu sering dirujuk sebagai kerdil merah. Jangka hayat jangkaan bagi bintang ini adalah lebih besar dari hayat terkini alam semesta, maka tiada cerapan sebenar bagi usia bintang ini.

Bintang yang mempunyai jisim yang sangat tinggi dikatakan akan menjadi bintang super gergasi yang berulang alik secara mengufuk dalam rajah HR, pada penghujung super gergasi merah. Hayat mereka lazimnya tamat sebagai supernova jenis II.

Matahari sebagai gergasi merah


Matahari dijangka akan menjadi gergasi merah lebih kurang 5 bilion tahun dari sekarang.[7] Dikira yang Matahari akan menjadi sangat besar untuk menelan orbit planet dalaman sistem suria, hingga ke Bumi,[11][12][13] dan jejarinya akan mengembang hingga minimum 200 kali ganda nilai kini.[14] Matahari akan kehilangan sebahagian jisimnya dalam proses gergasi merah, dan kemungkinan yang Marikh serta planet luaran lain akan hanyut apabila orbitnya semakin membesar. [15] Utarid dan mungkin juga Zuhrah akan ditelan oleh lapisan luar Matahari buat masa ini. Nasib Bumi masih tidk jelas. Bumi mungkin akan melebarkan orbitya dan mempunyaihalaju sudut yang mencukupi untuk tidak ditelan. Untuk itu, orbitnya perlu mebesar antara Templat:Convert/AU danTemplat:Convert/AU. [16] Walau bagaimanapun, hasil kajian yang diumumkan pada 2008 menunjukkan yang disebabkan interaksi pasang surut antara matahari dan Bumi, Bumi akan jatuh ke orbit yang lebih kecil, ditelan dan menjadi sebahagian daripada Matahari sebelum ia mencapai saiz terbesar, walaupun Matahari kehilangan 38% jisimnya. [17] Sebelum perkara ini berlaku, biosfera Bumi telah lama musnah disebabkan peningkatan kecerahan kerana sumber hidrogen yang berkurangan dan terasnya yang mengecut, walaupun ketika masih belum menjadi gergasi merah. Selepas lebih satu bilion tahun, tenaga suria yang berlebihan akan menyebabkan lautan Bumi terpeluwap dan hidrogen dari air akan hilang ke angkasa, dengan kehilangan air secara keseluruhan menjelang 3 bilion tahun.[18] Atmosfera dan litosfera Bumi akan menjadi seperti Zuhrah. Satu bilion tahun lagi, hampir semua atmosfera akan hilang ke angkasa juga;[15], akhirnya meninggalkan Bumi sebagai planet mati dengan permukaannya yang lembut

Cerita apartment tingkat 100


Ajoi,Bedul,Sumardi dan Radin duduk serumah. Diaorang menyewa sebuah apartment mewah 100 tingkat. Untuk lebih privacy, diaorang menyewa di tingkat atas sekali. Suatu hari diaorang baru balik dari kerja, tetapi lif rosak. Ajoi: Alamak, siot la lif rosak plak! Bedul: Dah la kita naik tangga jer.. Sumardi:Tu la korang suka sangat sewa tingkat 100. Camana sekarang? Mau tertanggal lutut di buatnya. Radin : Cenggini setiap 25 tingkat, seorang buat cerita sesuatu, temanya bebas. Camtu krang sikit rasa penat sangat.Setuju tak? Sumardi: Ok aku setuju! Diaorang pun naik tangga, oleh kerana belum penat masing-masing naik tangga sambil diam membisu. Akhirnya mereka sampai ke lantai 25. Bedul:Aduh penat giler nih ! siapa yang nak cerita dulu? Radin:gua, gua jer yang cerita Sumardi:mau cerita apa? Radin:cerita lawak Kemudian Radin cerita kelakar yang sangat lawak dan mereka berempat naik tangga perlahan lahan sambil ketawa. Dan mereka sampai di tingkat 50. Ajoi: Pasni sapa pula yang nak bercerita? Bedul:Ok sekarang giliran gua Sumardi:cerita aper nih Bedul? Bedul:Cerita seram Kemudian Bedul bercerita hantu yang sangat menyeramkan. 4 orang itu naik ke lantai 75 dengan sangat lambat kerana takut dgn cerita Bedul. dan akhirnya sampai juga mereka di lantai 75. Sumardi:hii masih takut nih.. Bedul: la cerita camtu pun dah takut. Ajoi:cerita semangat la pulak! Sumardi : Okey gua cerita yang bersemangat! Kita boleh! kemudian Sumardi bercerita , yang membuatkan diaorang berempat itu bersemangat dan berebut naik tangga ke tingkat 100 Radin:Yeah sampai jugaa! Sumardi :Yeah akhirnyaa! Bedul:haha tak terasa kalau sambil cerita

Ajoi:iye yeh eh..aku lom bercerita Bedul:Alah takyah la Joi, kan kita dah sampai. Radin: Ohh ko lom cerita lagi ek? Ok kasi can la sikit. Ha nak cerita apa nih? Ajoi:mmm.. wa mau cerita sedih nih.. Bedul,Sumardi,Radin:cepatlah cerita, tak sabo nih.. Ajoi: Kunci rumah.. tertinggal dalam kereta !!! Bedul,Sumardi,Radin: APAAAA??????

Lawak pendek
Dua ekor ular terserempak di tepi semak Ular 1 : Eh bro..kita ini termasuk ular berbisa kan? Ular 2 : Iya lah.naper? Ular 1 : dengan nada cemas: Aduh..td gua tak sengaja tergigit lidah sendiri... Ular 2: Alamak..mati la lu bro

Bush, Obama dan Ajoi Bush & Obama duduk di sebuah bar. Ajoi datang dekat dan bertanya Apa yang korang bincangkan? Bush: Kami sedang merancang Perang Dunia ke-3. Ajoi: Really? Apa yang akan terjadi? . Bush: Ya, kali ini kita akan membunuh 140 juta orang Arab & Angelina Jolie! Ajoi: Angelina Jolie ..!!! Mengapa Angelina Jolie? Bush menoleh ke Obama & berkata: Tengok! aku dah kata , tak seorang pun yang ambil kisah tentang 140 juta orang yang terkorban. Ajoi dan Wak Sumardi yang gagap: Ajoi: Bro..lu kalau bercakap apasal putus2?? Wak Sumardi: ya la la kan aku ni ni me me mang mang ga ga ga ga gagap! Ajoi: tp aku rasa bkn lu sorang jer yg gagap Wak Wak Sumardi: ya ya ya ia..lah je je Joi bu bu bukan a a a a aku jer yang ga ga gap ya ya ya yang baca niga ga ga gagap juga kan?

10 jenis penyakit penghalang kejayaan


10 penyakit tersebut adalah: 1. MENYALAHKAN ORANG LAIN Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalusiapa Bukanapa penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari apa penyebabnya, bukan siapa. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh, Adik itu yang salah, atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu. 2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh. Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai improper guilty feeling. Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa inferior, kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA CITA-CITA Kita sering asyik dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau GOAL kita hanya untuk FUN, bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasabiasa saja. 4. MEMPUNYAI CITA-CITA, TAPI SALAH MENCAPAINYA Biasanya dialami oleh orang yang tidak teachable. Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan. 5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, real success, kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off. 7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil. 8. TERLALU CEPAT MENYERAH Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal. 9. BAYANG-BAYANG MASA LALU Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimakan sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadangkadang lupa bahawa hidup itu maju terus. Waktu itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan. 10. MUDAH PUAS HATI DIRI DENGAN KEJAYAAN Biasa disebut Pseudo Success Syndrome. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar. Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan kejayaan-kejayaan yang kecil, kerana kita akan terlepas sasaran yang besar, sasaran yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Jangan jadikan masa sebagai alasan


Seorang teman berkata, Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Saya harus bekerja dan kemudian mengurus anak sebelum dan selepas kerja. Bagaimana caranya? Apa jawapan saya? Memang, siapa yang punya waktu? Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan, siapa yang punya masa? Jawapannya adalah semua orang. Semua orang punya masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya punya waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu? Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki, kerana semua orang memiliki waktu yang sama. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya. Saya punya waktu 24 jam, untuk apa saja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga punya waktu 24 jam, untuk apa saja waktu yang anda punya? Jujur, sering kali jawapan saya bukan yang mereka (yang merasa tidak punya waktu) inginkan. Saya sendiri tidak tahu jawapan apa yang mereka inginkan. Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa. Toni Morrison, seorang ibu tunggal yang harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab: Menulis di waktu senggang Mungkin ada yang membantah, Saya tidak punya waktu senggang Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki masa senggang atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda. Tapi, banyak yang harus saya lakukan! Siapa yang tidak? Semua orang memiliki tugas yang harus dilakukan. Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan. Hanya saja, apa yang harus anda lakukan juga ada pilihan anda. Mengapa tidak membuat alasan agar anda boleh mempunyai masa? Jika anda bertahan pada alasan tidak punya masa, maka anda akan terus tidak punya masa. Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan menggunakan sebahagian masa untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.

Pesanan Warren Buffet kalau nak jadi kaya


Warren Buffet orang kedua terkaya di dunia selepas Bill Gates. Orangnya sangat simple,jimat dan tak kaki bergaya. Sebab tu dia jadi kaya beb. Pesanan Warren Buffet kepada anak muda:

Elektrik sudah ada 2,000 tahun lalu


Baghdad Battery merupakan salah satu artifak kuno yang paling memeningkan para cendekiawan dan pakar arkeologi. Pada tahun 1930, pada makam kuno di luar Baghdad (Khujut Rabula), beberapa arkeologi yang melakukan penggalian disana menemui sebuah artifak yang dikatakan merupakan satu set bateri kimia yang usianya telah mencapai 2000 tahun lebih.

Artifak aneh tersebut terdiri atas sebuah silinder tembaga, batang besi serta karbon yang disusun dalam sebuah jambangan kecil (tinggi 14 cm, diameter 8 cm) yang terbuat dari tanah liat. Setelah para pakar membuat kajian didapati bahawa artifak tersebut merupakan sebuah bateri elektrik kuno.

Para pengkaji berjaya memperolehi 1.5 volt dari artifak batu bateri elektrik tersebut , yang bekerja nonstop selama 18 hari dengan cara memasukkan cairan asam kedalam jambangannya, misalnya: air jeruk (sunkist & lemon lebih bagus), h2so4, semua larutan golongan elektrolit.Komponen bateri terdiri dari batang karbon sebagai anod (kutub positif), zink (Zn) sebagai katod (kutub negatif). Usia artifak bateri kuno ini dianggarkan 2,000 5,000 tahun, lama sebelum Alessandro Volta (Itali) membuat bateri pertama kali pada tahun 1800 serta Michael Faraday (Inggeris) menemukan induksi elektromagnetik dan hukum elektrolit pada 1831 yang jarak penemuannya hingga kini mencapai sekitar 200 tahun lebih. Penemuan ini tentunya dapat mengubah pandangan manusia masa kini akan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh peradaban manusia masa lalu. Nampaknya, aktifitak elektrik telah dikenali oleh manusia pada masa itu. Tidak hanya Baghdad Battery saja yang menarik perhatian para ilmuan maupun arkeolog di seluruh dunia, namun terdapat beberapa artifak serupa yang diduga juga sebagai peralatan elektrik masa silam, seperti Dendeera Lamps, Assyrian Seal dan The coffin of Henettawy. Sebenarnya lampu Dendeera ini merupakan ukiran disebuah kuil di Mesir yang menggambarkan seorang Pharaoh sedang menggenggam sebuah benda yang seakan bola lampu lengkap dengan penggambaran kabel beserta plugnya!

Best ke jadi kaya?

Isu Hangat Datuk Sosilawati dan tiga mangsa yang di bakar dan abunya dihanyutkan ke sungai menggemparkan Malaysia di bulan yang mulia ini. Kenapa manusia boleh hilang sifat kemanusiaan sanggup melakukan perbuatan yang kejam tersebut? Dari berita terkini antara suspek utama ialah serang peguam yang bergelar Datuk. Datuk tersebut dikatakan mempunyai aset yang banyak. Ini menunjukkan Datuk tersebut seorang yang berada bukannya macam peragut dan perompak yang terdesak. Namun begitu diharap peristiwa ini memberi keinsafan kepada kita. Mempunyai banyak wang dan membuat seseorang lebih kaya, belum tentu membuatkan seseorang itu bahagia. Hasil kajiselidik dari University of Warwick dan Cardiff University, mempunyai kesimpulan bahawa kebahagiaan seseorang itu bergantung pada lingkungan sosialnya. Hasil kajiannya itu menunjukkan, jika seseorang pendapatannya meningkat itu belum tentu membuatnya bahagia jika tak mengubah posisi sosialnya. Untuk membuatnya bahagia, pendapatan itu harus menjadikannya lebih kaya dari rakan-rakannya atau jirannya.Seseorang dengan pendapatannya 1 juta dolar AS setahun belum tentu bahagia jika ia tahu temannya berpendapatan 2 juta dolar AS setahun, ujar Chris Boyce, pengkaji dari University of Warwick, yang mengkaji masalah itu. Mungkin itulah, kenapa kebahagiaan tak hanya milik orang kaya sahaja. Orang miskin yang merasa lebih beruntung boleh merasa bahagia jika melihat nasibnya lebih baik dibanding orang lain yang lebih miskin. Sebaliknya, orang kaya yang hidup di taman perumahan yang semua penghuninya orang-orang kaya, merasa tertekan kerana dia jadi orang miskin di antara orangorang kaya. Tetapi dia boleh merasa bahagia jika mensyukuri apa yang sudah didapatkan dengan membandingkannya pada orang lain di luar lingkungan yang hidupnya serba sederhana. Itulah pentingnya berfikiran positif. Berikut , hasil kajian lain yang dikeluarkankan pada 1 Julai 2010 yang juga menunjukkan hasil yang sama. Penyelidikan yang meliputi 136,000 orang dari 132 negara itu menunjukkan bahawa tidak bererti negara yang masyarakatnya lebih kaya, masyarakatnya lebih bahagia. Amerika Syarikat yang penduduknya rata-rata paling kaya di dunia hanya berada di rangking ke-16 di

antara 132 negara di dunia dalam soal kebahagiaan. Wang memang membuat mereka lebih kaya tetapi belum tentu membuatnya lebih bahagia. Ada juga negara seperti Korea Selatan dan Russia yang dari pendapatan masyarakatnya tinggi tapi mereka kurang menikmati hidup sehingga dalam ranking kebahagiaan itu mereka berada di bawah. Urutan pertama diduduki Denmark. Kuncinya kerana masyarakat Denmark lebih berfikiran positif dan lebih menikmati hidup sehingga mereka lebih berbahagia. Kesimpulannya berapa banyak pun wang kita tidak menjamin kita akan bahagia, mensyukuri apa yang ada akan membuat kita jauh lebih bahagia.

Вам также может понравиться