Вы находитесь на странице: 1из 4

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga) Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang. Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti: Taman Botani Pulau Pinang 1884 Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur 1888 Taman Tasik Taiping Perak 1880

Mereka juga membawa tumbuhan eksotik dari negara mereka. Landskap di perkampungan orang melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi, Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi. Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Dimana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana. Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya

Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur Taman Tasik Permaisuri Kuala Lumpur

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA


Kini Landskap menjadi cara hidup masyarakat malaysia, undang-undang juga disediakan di mana menetapkan setiap pembangunan yang hendak dibangunkan mesti mempunyai landskap. Peruntukan undang-undang dan garis panduan bagi memastikan penanaman pokok (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA) , penerapan elemen-elemen landskap sebagai pelembut dan penyeri persekitaran (Garis Panduan Landskap Negara 1995) ,Pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan bagi mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada di tapak (Bahagian 35A, Akta Perancang Bandar dan Desa,1976) dan Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai "Negara Taman" pada tahun 2005 Landskap di Malaysia terus berkembang di mana kerajaan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti

Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jabatan Landskap Negara (1 januari 1996)

Untuk menambah lagi tenaga mahir mengenai landskap. Kerajaan telah membuat pusat latihan mengenai landskap di mana dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir dalam bidang landskap. Maka wujudlah kursus atau mata pelajaran landskap. Di Universiti , Institut, Kolej, Politeknik telah mengadakan subjek landskap untuk dipelajari. Antara Pusat Ilmuan yang menyediakan subjek landskap seperti di

Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Institut Teknologi Mara Univertsiti Teknologi Malaysia Politeknik Kolej Komuniti Institut Pertanian

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA


Kini telah wujud matapelajaran Landskap di sekolah-sekolah menengah harian biasa. Bermula pada tahun 2002 dimana matapelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah harian biasa iaitu matapelajaran Landskap dan Nurseri untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Sekarang ini bagai cendawan tumbuh di mana sektor swasta turut terlibat dengan tertubuhnya pelbagai syarikat yang memberi khidmat , latihan, nasihat tentang landskap , Kerajaan juga telah mewujudkan

Hari landskap pada setiap 3/3 Acara tahunan pesta flora Acara tahunan ekspo landskap di taman tasik perdana Acara Tahunan MAHA di Serdang Bunga raya sebagai bunga kebangsaan Majlis daerah untuk mengurus landskap daerah Bandaraya Putra Jaya sebagai landskap contoh yang terbaik

Maka pada hari ini dapatlah kita melihat landskap yang indah-indah berhampiran anda HARI LANDSKAP NEGARA (3/3/1998) Hari Landskap Negara telah mula disambut pada tahun 1998, dan tarikh 3 Mac dipilih bagi sambutan ini kerana mengambil sempena pelancaran Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara yang diadakan pada 3 Mac 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dan selaras dengan saranan beliau agar satu hari khas diadakan bagi penduduk menanam pokok demi untuk mengindahkan negara. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyambut Hari Landskap Negara sejak kerajaan mengambil keputusan pada tahun 1998 untuk

mengisytiharkan tarikh 3 Mac setiap tahun sebagai tarikh sambutan Hari Landskap peringkat kebangsaan untuk menyedarkan dan menyuburkan lagi rasa

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA


tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang kita warisi. TEMA HARI LANDSKAP & TEKS UCAPAN

(1997) Ke Arah Malaysia Negara Taman Tahun 2005 (1998) Ke Arah Malaysia Negara Taman Tahun 2005 (1999) Pemeliharaan Warisan Landskap (2000) Landskap Berkualiti dan Berterusan (2001) Cintailah Landskap Kita (2002) Cintailah landskap kita (2003) Negara Indah Rakyat Sejahtera (2004) Negara Indah Rakyat Sejahtera (2005) Bunga Raya Semarak Negara (2006) Bangsa Berbudaya Landskap Dipelihara (2007) Landskap satu industri (2008) Landskap Warisan Kita (2009) Komuniti Penggerak Negara Taman (2010) 1 Malaysia: Negara Taman

Вам также может понравиться