Вы находитесь на странице: 1из 4

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kewangan dan Gejala Ekonomi Krisis Ekonomi Negara.

Pada zaman kemapanan teknologi ini, pelbagai masalah global telah timbul secara berleluasa dan menjadi ancaman yang menjenguk jendela pembangunan negara. Salah satu isu yang sering kali diungkitkan ialah masalah kegawatan ekonomi yang membawa kepada fenomena kewangan yang kurang enak didengari. Tatkala negara kita menganjak masuk ke dalam satu alaf yang baharu, penduduk dan anak watan tempatan telah digemparkan dengan masalah kewangan yang dikonotasikan sebagai suatu nasib malang atau musibah yang membawa bala kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Keadaan yang sedang bermaharajalalela ini menjadi semakin serius semasa wang yang memainkan peranan sebagai instrumen yang terpenting dalam memastikan kebahagiaan dan kemakmuran setiap individu dilanda komplikasi yang amat membimbangkan. Peribahasa seperti kumbang putus tali menjadi amat sejajar dengan masalah kewangan yang kian kritikal memandangkan kebanyakan penduduk di negara kita telah dirundungi nasib kesempitan wang. Namun begitu, terdapat pelbagai pendekatan dan langkah proaktif yang boleh diimplimentasikan sebagai wadah yang berkesan dalam mengurangkan impak masalah kewangan dalam kalangan warganegara Malaysia. Bagi mengurangkan impak masalah kewangan, individu seharusnya mengamalkan belanjawan diri dari semasa ke semasa. Belanjawan diri merupakan suatu konsep yang berteraskan amalan pembelian secara terancang yang dicatatkan terlebih dahulu sebelum diekodkan selepas aktiviti pembelian selesai. Dalam mengejar kebendaan dan kemewahan, kebanyakan penjual telah mngambil kesempatan dengan mngadakan jualan murah secara kerap sebagai suatu taktik perniagaan. Dengan adanya jualan murah, para pembeeli akan berasa terdorong untuk membeli segala-galanya memandangkan mereka menganggap jualan murah memberikan peluang kepada mereka untuk menjimatkan wang. Padahal, para pembeli telah berbelanja melebihi bajet mereka. Justeru, setiap individu seharusnya mencatatkan barang-barang keperluan yang harus dibeli sebelum menjalankan aktiviti pembelian. Seseorang itu juga seharusnya bertekad untuk membeli barangan yang diperlukan sahaja supaya mereka tidak terlalu mengikut nafsu sehingga menjadi mangsa pada taktk-taktik perniagaaan seperti jualan murah. Amalan penyediaan belanjawan diri seharusnya disemaikan dalam jiwa anak-anak muda semenjak usia mereka masih setahun jagung dan darah mereka masih setampuk pinang bak kata golongan pujangga, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan menabung dan penyimpanan wang yang berlebihan atau tidak digunakan dalam akauan simpanan tetap di bank menjadi salah satu langkah yang perlu diimplementasikan sebagai usaha menjinakkan ancaman masalah kewangan . Kanak-kanak dan pelajar yang masih belum menjejakkan kaki di alam dewasa seharusnya mempraktikkan amalan menabung supaya mereka dapat menggunakan wang yang ditabungkan dengan sebaikbaiknya semasa kecemasan. Di samping itu, mereka tidak perlu meminta wang perbelanjaan daripada ibu bapa mereka semas perlu membeli barang-barang keperluan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat menyuntikkan nilai berikari dalam kalbu anak-anak muda tetapi juga dapat meringankan bebanan dan tanggungan ibu-bapa. Individu yang sudah dewasa dan telah menimba kehidupan sendiri seharusnya menyimpan sebahagian

daripada gaji bulanan mereka dalam akaun bank. Walaupun jumlah bulanan yang disimpan tidak seberapa, suatu jumlah keseluruhan yang tinggi akan diperoleh oleh individu yang memgang akaun simpanan tetap dalam jangka masa yang panjang bak kata para cendekiawan, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Dengan adanya sejumlah wang yang didimpan dalam akaun bank, seseorang individu tidak perlu mengalami keadaan cicak masuk kapur semasa kegawatan ekonomi melanda. Dalam erti kata lain, seseorang itu dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Justeru, kita tidak seharusnya memandang remeh terhadap amalan menabung sama ada secara secara persendirian di rumah atau secara yang rapi di bank. Pengamalan cara hidup sara diri turut menjadi pendekatan yang perlu diambil sebagai alternatif untuk menangani masalah kewangan yang timbul akibat kegawatan ekonomi yang menghantui pembangunan negara. Pengamalan cara hidup sara diri elah dimulakan oleh masyarakat zaman Neolitik untuk menghasilkan makanan sendiri. Masyarakat pada zaman tersebut menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan untuk menggantikan aktiviti pencarian hasil hutan dan pemburuan binatang yang dijalankan oleh masyrakat pada zaman Paleolitik, iaitu masyarakat yang hidup sebelum kewujudan zaman Neolitik. Pengamalan cara hidup sara diri semakin kurang dipraktikkan selaras dengan proses pembentukan tamadun. Namun begitu, keadaan ini tidak bermakna pendekatan tersebut tidak boleh diistikmalkan untuk menghadapi masalah kewangan dalam kalangan penduduk tempatan. Bagi individu yang mendiami rumah yang berhalaman seperti rumah teres, individu terrsebut boleh mengamalkan cara hidup sara diri dengan menjalankan aktiviti penanaman bahan makanan secara kecil-kecilan seperti sayur-sayuran yang menjadi keperluan harian. Maka, seseorang itu tidak perlu mengikat perut untuk membeli bahan makanan yang semakin melambung tinggi harganya semasa kegawatan ekonomi, Walaupun pengamalan cara hidup sara diri tidak mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk negara kita, khususnya masyarakat bandar, namun alternatif itu dapat digunakan sementara waktu sebelum suatu pendekatan yang telah menyeluruh diperkenalkan untuk membawa masalah kewangan yang timbul ke jalan penyelesaian bak kata orang tua-tua, jikalau tiada rotan berharga, akar kayu pun berguna. Selaras dengan harga bahan api kenderaan, khusunya harga petrol yang amat membebankan, kebanyakan pemilik kenderaan ringan seperti kereta bermotor dan motosikal terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menampung perbelanjaan bahan api. Namun begitu, kegusaran tentang masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan kenderaan awam untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan mobiliti, iaitu pergerakan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Kini, hampir setiap pelosok negara terdapat pengangkutan awam khususnya bas yang menawarkan harga tambang yang murah dan berpatutan. Sebagai suatu pendekatan untuk mengurangkan perbelanjaan pelanggan, syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas awam telah mengenakan bayaran yang rendah bagi mereka yang mengunakan perkhidmatan tersebut secara konsisten. Keadaan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat mengurangkan impak masalah kewangan. Namun begitu, ada segolongan daripada masyarakat yang masih menpunyai keraguan tentang perkihmatan pengangkutan awam yang sedia ada. Justeru, pihak perkhidmatan pengangkutan awam tersebut seharusnya mengadakan pembaharuan yang terperinci secara konsisten supaya dapat memenuhi kehendak masyarakat setempat

sepenuhnya bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Program kitar semula yang diwara-warakan oleh kerajaan bukan sahaja dapat mengawal pengeksploitasian bahan mentah, tetapi juga dapat digunakan untuk mengurangkan impak masalah kewangan. Saban hari, kita berputih mata melihat bertan-bertan bahan buangan seperti surat khabar, tin-tin aluminium ,dan botol-botol mineral serta kaca dilonggokkan dan diangkut ke pusat pelupusan sampah. Sebenarnya, bahan-bahan buangan tersebut dapat dikitar semula dan juga digunakan semula dengan mengaplikasikan prosedur-prosedur yang tertentu. Program kitar semula kebiasaannya dijalankan oleh perbadanan swasta seperti SPM Holdings Sdn. Bhd. supaya bahan-bahan buangan yang telah dikitar semula akan diproses menjadi produk yang tertentu untuk dijual kepada orang ramai dengan harga yang lebih murah. Pendekatan ini memberikan peluang kepada para pengguna untuk menikmati produk yang lebih rendah harganya. Selain program kitar semula, kegiatan penggunaan semula bahan-bahan buangan seperti tayar lama kenderaan, botol-botol kaca, dan surat khabar boleh dijayakan dengan adanya kerjasama individu, keluarga, dan masyarakat. tamsilannya, tayar kendeaan yang telah haus boleh digunakan sebagai bekas penanaman tumbuh-umbuhan manakala surat khabar boleh dijadikan pembalut makanan. Alternatif yang menekankan pemeliharan bahan mentah ini dapat meminimumkan perbelanjaan individu dan seterusnya mengurangkan impak masalah kewangan bak kata pepatah, sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar. Kegawatan ekonomi negara jelas menjadi faktor utama yang mencetuskan masaalh kewangan dalam kalangan penduduk tempatan. Senenarnya, kegawatan ekonomi negara dapat ditangani dengan kerjasama dan komitmen para pengguna dalam memperbanyak pembelian produk keluaran tempatan daripada pembelian produk yang diimport. Pembelian produk keluaran tempatan dapat menjana pndapatan kepada negara lantaran usah tersebut dapat meminimumkan [engaliran wang negara kita ke negara asing. Dengan adanya perbendaharaan wang yang kukuh, negara kita dapat menjadi lebih kebal dalam menempuhi badai-badai krisis ekonomi yang semakain menular secara global. Justeru, masyarakat tempatan seharusnya menukar perspektif mereka tentang produk kelauran tempatan supaya kecenderungan mereka terhadap produk yang diimport dapat dikurangkan. Walaubagaimanapun, masih terdapat segolongan besar daripada masyarakat yang amat mengagung-agungkan produk import dan memandang serong terhadap produk tempatan. Dalam alaf globalisasi ini, negara kita telah mampu menghasilkan produk yang berkualiti serta menjualnya di pasaran dengan harga yang lebih murah. Pepatah hujan emas di negara orang, hujan emas di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri harus dijadikan iktibar kepada kita supaya sentiasa memberikan sokogan yang padu kepada produk keluaran industri tempatan. Bagi membawa kegawatan ekonomi yang mengakibatkan masalah kewangan ke jalan penyelesaian, kita sebagai penduduk tempatan seharusnya mengurangkan aktiviti lawatan ke luar negara. Sebaliknya, kita seharusnya menjalankan aktiviti pelancongan di negara kita sendiri. Negara kita semangnya memiliki kawasan pelancongan dan pusat peranginan yang unggul dan terkenal di seantero dunia. Misalannya, terdapat kawasan peranginan seperti Tanah Tinggi Gening dan Pulau Langkawi yang sering menjadi buah mulut dalam

kalangan pelancong domestik dan antarabangsa . Namun begitu, ada dalam kalangan penuduk tempatan yang masih gemar melancong ke luar negara walaupun mereka tidak pernah menjjakkan kaki di mana-mana kawasan plancongsn tempatan yang menarik lagi mempesonakan. Mereka tidak pernah menyedari tindakan mereka sememangnya telah membawa kerugian kepda negara dari segi pendapatan. Aktiviti pelancongan di luar negara dalam kalangan penduduk tempatan akan menyebabkan pengaliran wang Ringgit Malaysia ke luar negara yang secara tidak langsung kan membantutkan penjanan pendapatan negara. Justeru, kita seharusnya bertekad untuk menjana pendapatan negara menerusi sokongan padu terhadap industri pelancongan negara. Langkah penjimatan air dan elektrik harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengatasi masalah kewangan dalam kalangan individu. Kita terpaksa menanggung bayaran bil air dan elektrik yang agak membebankan pada setiap bulan disebabkan oleh penggunaan yang tidak menekankan nilai berjimat-cemat. Maka, kita seharusnya berjimat dan berwaspada semasa menggunakan air dan elektrik agar jumlah unit penggunaan dapat dikurangkan. Wang yang dijimatkan menerusi penjimatan air dan elektrik dapat digunakan dengan sebaiknya unuk menampung perbelanjaan yang lain bagi menjamin keselasaan dan kebahagiaan hidup. Usaha alam menjimatkan penggunaan air dan elektrik bukan sahaja boleh diimplementasikan di rumah tetapi juga boleh dijayakan di sekolah, pejabat, dan tidak kurangnya jabatan-jabatan kerajaan. Usaha tersebut harus dipraktikan dalam kalangan pnduk tempatan selaras dengan cogan kata rakyat sihat negara maju. Akhirulkalamnya, setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Masalah kewangan dan krisis ekonomi yang melanda dapat ditangani dengan adanya sinergi daripada individu, masyarakat , dan pihak kerajaan bak kata pepatah , hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kepincangan global tersebut harus diatasi dengan berhabis-habisan lantaran kesejahteraan dan kebahagiaan manusia akan tergugat sekiranya masalah yang membimbangkan ini terus menular. Pertambahan jumlah kemiskinan dalam kalangan penduduk tempatan akan menyebabkan pembantutkan terhadap pembangunan negara. Keadaan ini akan membatasi peluang kita dalam bersaing dengan negara lain untuk mengejar falah pada peringkat antarabangsa. Hasil nukilan, Wong Boon Chun, S.M.K. Seri Mutiara, Cheras, Kuala Lumpur

Вам также может понравиться