Вы находитесь на странице: 1из 10

Tamadun Dunia Tema 2:- Pemerintahan dan pentadbiran Tajuk soalan:- Bincangkan ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah

pada zaman empayar Maurya di India.

Pendahuluan:a). Diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321 SM 297 SM. b). Diambil nama dari perkataan Moriyus satu suku yang terdapat di Inida Utara. c). Pemerintahan empayar Maurya diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara dari tahun 297SM hingga 272 SM, kemudiannya diikuti oleh Asoka dari tahun 273SM hingga 232SM yang dianggap sebagai zaman keagungan dan kegemilangan Dinasti Maurya. d). Terdapat 10 orang Maharaja yang menjadi pemerintah dalam Dinasti Maurya dan yang terakhir ialah Maharaja Brhadratha. Isi:Ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah empayar Maurya di Inida 1). Pentadbiran pusat diketuai oleh Maharaja a) bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif, kehakiman dan ketenteraan b) raja dianggap suci dan menikmati banyak hak keistimewaan dan gelaran-gelaran khas seperti Dewaraja. 2). Raja dibantu oleh menteri-menteri dalam sesebuah Majlis Menteri (Council) a). tugas utama menteri ialah member nasihat kepada raja berhubung dengan hal ehwal penting dalam negara. b). menteri biasanya dilantik oleh raja berdasarkan kelayakan dan kebolehan dan bukan berdasarkan pengaruh dn latar belakang keluarga mereka. c). bilangan anggota menteri berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang.

3). Pembentukan Menteri Parishad yang terdiri daripada dua buah Majlis iaitu Majlis Negeri dan Majlis Eksekutif. a). berfungsi sebagai membantu raja dalam kerja-kerja pentadbiran b). raja biasanya mendapatkan pandangan dari Majlis Negeri sebelum sesuatu keputusan dilakukan. 4). Mewujudkan sistem birokrasi yang diketuai oleh beberapa orang pegawai tinggi kerajaan a). fungsi sistem birokrasi membantu kerja-kerja pentadbiran yang diketua oleh menterimenteri. b). sebagai contoh Ketua Paderi, Ketua Komander dan Ketua Bendahari 5). Mewujudkan jabatan-jabatan peringkat rendah yang terdiri daripada penguasa jabatan Kerajaan dan kakitangan sokongan iaitu terdapat 28 buah jabatan. a). setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa dan diawasi oleh Komisioner b). contah jabatan rendah Jabatan Perlombongan, Jabatan Akaun, Jabatan Emas, jabatan Gudang dan Jabatan Pertanian. 6). Mewujudkan jabatan pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat untuk raja dan pegawai penting. a). pengintip dibahagikan kepada beberapa kelas dan mempunyai fungsi atau tugas yang berlainan. b). pengintip diwujudkan bagi mengawasi tindak-tanduk pegawai tinggi seperti menteri, putera mahkota dan sebagainya. 7). Pentadbiran wilayah dibahagikan kepada peringkat daerah dan kampong. a). daerah diketuai oleh Sthanika dan peringkat kampong diketuai oleh ketua kampong yang dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampong. b). di peringkat kampong juga dilantik juru akuan atau Gopa yang bertanggungjawab menyimpan akaun dan dipantau oleh Sthanika. c). ketua kampong akan dibantu oleh assembly yang terdiri penduduk kampong

8). Mewujudkan pentadbiran di peringkat bandar yang dibahagikan kepada unit pentadbiran Kecil yang dikenali sebagai wad dan dianggotai oleh beberapa keluarga. a). setiap bandar diketuai oleh Penguasa Bandar atau Nagaraka b). diperingkat wad terdapat pegawai-pegawai kecil yang dilantik. Kesimpulan:a). Pentadbiran pusat dan wilayah di India yang sistematik telah banyak membantu perkembangan tamadun India terutama dari segi perluasan empayar. b). Kedua-dua pentadbiran ini juga telah menjadikan empayar Maurya sebagai empayar yang kuat pada zaman kegemilangan mereka.

Tamadun Dunia Tema 2: Pemerintahan dan pentadbiran Tajuk soalan: Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun Mesir. Pendahuluan:a). Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kerajan atau pemerintah mengawal rakyat dalam sesebuah tamadun. b). Menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan. c). Melalui pentadbiran pusat seseorang raja / pemimpin akan dapat mengawal para pembesar. Dan golongan bangsawan serta melancarkan pentadbiran di seluruh wilayah. d). Pentadbiran pusat dan wilayah akan mewujudkan birokrasi yang teratur dalam pentadbiran. Isi:Pentadbiran Pusat di Mesir: 1.Peranan Firaun a). Firaun adalah ketua negara yang memiliki kuasa mutlak b). Dalam pentadbiran, Firaun dibantu oleh pegawai-pegawai tinggi di peringkat pusat dan wilayah. c). Antara pegawai penting peringkat pusat ialah wazir, canselor, wizurai nubia, penyelia jabatan kerajaan dan pegawai-pegawai istana. 2.Wazir a). Merupakan pegawai yang mempunyai kedudukan yang tinggi b). Tugas wazir ialah menyimpan dokumen kerajaan, memeriksa akaun, memilih dan melantik kakitangan istana dan juga ketua hakim c). Jawatan ini diwarisi daripada anggota sesebuah keluarga berdasarkan merit dan pengaruh keluarga tersebut

3.Canselor a). Pegawai yang menguruskan hal ehwal ekonomi negara b). Tugas utama ialah menetapkan jumlah cukai, menyimpan barang-barang cukai dalam perbendaharaan negara c). Tugas lain ialah menentukan jumlah gaji yang dibayar kepada pekerja estet diraja dan juga membayar gaji kepada anggota tentera darat dan laut 4..Wizurai a). Bertugas mentadbir jajahan takluk Mesir di Nubia b). Wizurai Nubia dikenali sebagai Royal Son of Kush c). Mengetuai organisasi pentadbiran dan politik 5.Penyelia Jabatan Kerajaan a). Jabatan paling penting ialah Jabatan perbendaharaan yang diketuai oleh dua orang penyelia yang menjadi wakil kepada wizurai b) Penyelia dilantik bagi menyelia jabatan-jabatan kerajaan c) Terdapat enam jabatan kerajaan yang dikenali sebagai six great houses 6.)Pegawai Istana a) Terdiri daripada Ketua Pengurus Firaun, Chamberlain dan Penyelia Istana b) Tugas Ketua Penguru Firuan ialah mentadbir estet diraja, urus pentadbiran istana, rancang ekspedisi diraja dan mendidik putera puteri raja c). Tugas Chamberlain ialah awasi makanan, minuman dan tempat tinggal raja d). Tugas Penyelia Istana ialah menjaga penghuni wanita dalam istana e). Pegawai lain ialah kerani dan jurucakap diraja.

Pentadbiran Wilayah 1.Nomarch a). Beliau dilantik oleh Firaun b). Beliau adalah pemimpin material dan spiritual sesebuah provinsi c). Bertindak sebagai pentadbir, hakim dan juga ketua pendeta 2.Datuk Bandar a). Beliau ialah pegawai tinggi peringkat wilayah pada zaman kerajaan baru b). Antara tugas beliau ialah membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai c). Beliau juga membuat laporan kepada wazir dan mengadili kes-kes kecil 3.Medjay a). Beliau ialah pegawai penguatkuasa undang-undang b). Dilantik dari kalangan suku-suku nomad dari Nubia Kesimpulan: a). keberkesanan sistem pentadbiran pusat dan wilayah mampu mengekalkan pemerintahan, keamanan serta kemakmuran dalam kerajaan Mesir.

Tamadun Dunia Tema 2: Pemerintahan dan pentadbiran Tajuk soalan: Bincangkan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di Eropah. Pendahuluan: a). Konsep Negara Bangsa Bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah sendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undangundang tersendiri. b). Negara Bangsa lahir seawall abad ke-15 Masihi khususnya selepas berlaku perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Peranchis dan Sepanyol. Isi: Faktor Pembentukan Negara Bangsa: 1.Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal a). Golongan feudal merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segi politik pada zaman pertengahan di Eropah. b). Pengaruh golongan ini mulai merosot kerana adanya kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah

negara. Kesannya system feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat Eropah. c). Contohnya di England Raja Henry VII telah Berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang feudal memakai pakian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambing kuasa yang khas dan lain-lain. 2.Perkembangan Zaman Renaissance a). Akibat berlakunya zaman Renaissance telah menggubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaan dan kesetiaan kepada negara mereka. b). Sebelum ini masyarakat Eropah memberikan kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu. c). Zaman renaissance telah Berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya. 3).Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangsaan a). Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 Masihi melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesbuah negara bangsa. b). Kebanyakan raja monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, system dinasti, peperangan , komplot dan penaklukan. c). Di Eropah wujud zaman monarki mutlak yang berkausa melalui dunasti-dinasti agung seperti

Romanoff, Bourbon dan Habsburg. 4).Kemajuan Ekonomi a). Perkembangan ekonomi pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain. b). Golongan ini perlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat. Mereka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada kerajaan. c). Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera. Secara tidak langsung melemahkan golongan feudal. 5) a). Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan penerbitan karya berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak. b). Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan dan bukannya bahasa dialek tempatan. c). Ini telah Berjaya menarik minat membaca rakyat dan memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan juga penubuhan negara bangsa. Kesan Pembentukan Negara Bangsa 1).Golongan Bangsawan Hilang Kuasa Dan Pengaruh a). Penubuhan negara bangsa membawa kesan besar ke atas golongan bangsawan kerana mereka mula hilang kuasa dan pengaruh di wilayah masing-masing kepada raja dan rakyat.

b). Golongan bangsawan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat. c). Raja mula menggubal undang-undang baru menghadkan kuasa dan pengaruh golongan bangsawan. 2).Kemerosotan Pengaruh Golongan Gereja a). Penubuhan negara bangsa juga menyebabkan golongan agama semakin hilang pengaruh. b). Raja mulai mengawasi perkembangan agama di samping menggunakan gereja untuk mengukuhkan kekuasaan masing-masing. c). Perlantikan ahli agama dilakukan oleh raja sendiri. 3).Pemusatan Kuasa Raja / Pemerintah a). Pembentukan negara bangsa mewujudkan pemusatan kuasa di bawah seorang pemerintah. b). Pemerintah / raja mempunyai kuasa penuh / mutlak dalam semua bidang. c). Keadaan ini sekaligus mengenepikan kuasa golongan gereja dan juga kuasa golongan bangsawan Kesimpulan a). Pembentukan negara bangsa yang berlaku di Eropah telah menghapuskan sistem feudal. b). Keadaan ini menyebabkan kuasa pemerintahan terletak di bawah seorang pemerintah. c). Zaman Renaissance telah mengubah corak pemerintahan sesebuah negara di Eropah.

Вам также может понравиться