You are on page 1of 14

oAktiviti 1 - 1 Daripada definisi dan huraian yang dinyatakan, anda dikehendaki membuat rumusan tentang konsep budaya

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi

oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat. Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Aktiviti 1 2 Anda dikehendaki menjelaskan dan memberikan contoh-contoh budaya material dan budaya bukan material masyarakat yang anda kaji.

Aktiviti 2 1 Yang di bawah ialah ciri budaya yang seterusnya. Bincangkan setiap ciri dengan memberikan penjelasan yang lengkap, berserta contoh-contohnya.

Aktiviti 2 2 Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Berikan contoh akulturasi, asimilasi dan akomodasi yang berlaku dalam masyarakat. Akulturasi Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Contohnya kaum India memakai baju Melayu. Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Aktiviti 3 1 Terdapat teori lain tentang perkembangan masyarakat selain Teori Evolusi Klasik. Sila kemukakan satu daipada teori tersebut berserta huraiannya. Konsep yang berkembang dari teori ini adalah cultural lag (kesenjangan budaya). Konsep ini mendukung Teori Fungsionalis untuk menjelaskan bahwa perubahan sosial tidak lepas dari hubungan antara unsur-unsur kebudayaan dalam masyarakat. Menurut teori ini, beberapa unsur kebudayaan bisa saja berubah dengan sangat cepat sementara unsur yang lainnya tidak dapat mengikuti kecepatan perubahan unsur tersebut. Maka, yang terjadi adalah ketertinggalan unsur yang berubah secara perlahan tersebut. Ketertinggalan ini menyebabkan kesenjangan sosial atau cultural lag . Para penganut Teori Fungsionalis lebih menerima perubahan sosial sebagai sesuatu yang konstan dan tidak memerlukan penjelasan. Perubahan dianggap sebagai suatu hal yang mengacaukan keseimbangan masyarakat. Proses pengacauan ini berhenti pada saat perubahan itu telah diintegrasikan dalam kebudayaan. Apabila perubahan itu ternyata bermanfaat, maka perubahan itu bersifat fungsional dan akhirnya diterima oleh masyarakat, tetapi apabila terbukti disfungsional atau tidak bermanfaat, perubahan akan ditolak. Tokoh dari teori ini adalah William Ogburn. Secara lebih ringkas, pandangan Teori Fungsionalis adalah sebagai i) ii) iii) iv) Setiap masyarakat relatif bersifat stabil. Setiap komponen masyarakat biasanya menunjang kestabilan masyarakat. Setiap masyarakat biasanya relatif terintegrasi. Kestabilan sosial sangat tergantung pada kesepakatan bersama (konsensus) di kalangan anggota kelompok masyarakat.

Aktiviti 4 1 Berdasarkan buku-buku rujukan, sila bincangkan latar belakang orang Melayu secara lebih meluas. Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu: i) Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) ii) Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara) Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: i) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. ii) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). iii) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular di mana ia diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. i) Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. ii) Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito d mana mereka mempunyai kemahiran dalam bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek. Kebanyakan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. iii) Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar. Teori Nusantara pula telah didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti :

i)

Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

ii)

K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"

iii)

Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

iv)

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Aktiviti 6 1 Berdasarkan nota yang diberikan anda dikehendaki membuat pengelompokan berdasarkan kesenian yang berikut ; a. Seni persembahan b. Seni tampak c. Seni muzik Anda dikehendaki membuat bacaan luas tentang ketiga-tiga kesenian tersebut.

Aktiviti 7 1 Bincangkan dengan lanjut tentang pengaruh luar dalam masyarakat Melayu yang meliputi aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Sosiobudaya

Sosiopolitik Apabila pengaruh Hinddu Buddha mulai memasuki alam Melayu, organisasi politik pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang kecil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan dengan pelbagai penyesuaian,. Ketua negara yang memimpin kerajaan di namakan raja iaitu istilah yang dipnjam daripada bahasa Sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpn kerajaan. Disamping itu raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan dikaitkan dengan dewa-dewi dari kayangan penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brrahma, lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka, ini adalah warisan dari tradisi MelayuHindu. Raja-raja seperti yang disebut ddalam hikayat Pedawa Lima karya saduran daripada dewa-dewa atau tuhan yang disebut dewaraja. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdatah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka ditempat yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung. Selepas raja melaka menganut agama islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang dipakai dalam kerajaan srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan. Seperti raja-raja islam di India dan Asia Barat. Pemikiran Hindu yang menganggap raja sebagai keturunan dewa dihapuskan dan digantikan Sultan sebagai bayangan Tuhan atas muka bumi. Untuk kekalkan sifat keistemewaan sultan, maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu mempunyai kuasa luar biasa disebut daulat. Dalam

menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang lama yang mengandungi pengaruh Hindu. Aktiviti 8 1 Anda dikehendaki mendapatkan maklumat tentang punca pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan membincangkan di dalam kumpulan.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan semasa pemerintahan Tun Abdul Razak disebabkan oleh krisis perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969. Rentetan dari peristiwa ini, ahli politik mula berfikir bahawa budaya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan antara kaum. Antara tujuannya adalah untuk menyatu padukan semua kaum melalui budaya kaum yang berbeza-beza. Namun begitu, dasar ini akan membawa masalah pada masa hadapan kerana perkauman akan terus berlaku disebabkan kebudayaan. Memahami kebudayaan kaum lain penting untuk mewujudkan perpaduan diantara rakyat. Selain itu, ia akan menyebabkan mereka saling menghargai dan menghormati budaya kaum lain. Seni bukan sahaja hiburan malah ia boleh digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej seperti perpaduan dan kerjasama. Secara amnya, prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan berdasarkan kebudayaan rakyat, Islam dijadikan unsur utama dan kebudayaan lain yang tidak bercanggah dengan kebudayaan rakyat dan Islam boleh digunapakai dan dimasukkan. Perbincangan yang dipersetujui bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan sudah tidak relevan pada masa sekarang kerana wujudnya masalah kaum kesan daripada dasar tersebut.