Вы находитесь на странице: 1из 22

PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN

oMaksud doktrin pengasingan kuasa. oPenjelasan konsep dan fungsi badan Legislatif, Eksekutif dan Judisiari

Tutorial Minggu 10:

Disediakan oleh : ELICIA JONIL

Doktrin Pengasiangan Kuasa


adalah satu konsep asas di dalam pemerintahan demokratik moden. Ianya mula dilahirkan oleh seorang pemikir di Perancis. membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman.

Badan-Badan Pentadbiran Negara

Badan Perundangan (Legislatif)

Badan Pemerintah (Eksekutif)

Badan Kehakiman (Judisiari)

a.) Peringkat Persekutuan

Yang di-Pertuan Agong

Dewan Negara

i.) Badan Perundangan b.) Peringkat Negeri

Dewan Rakyat

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Majlis Daerah

c.) Peringkat Kerajaan Tempatan

Majlis Perbandaran

Dewan Bandaraya

a.) Badan Perundangan atau Legislatif


Adalah institusi yang bertanggungjawab menggubal rang undang-undang di Malaysia. Terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat kerajaan tempatan.

i.) Badan Perundangan Persekutuan


Dikenali sebagai Parlimen Malaysia . Mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah dan mestilah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut.

i.) Badan Perundangan Persekutuan


Dal hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen.

i.) Badan Perundangan Persekutuan


Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama "Senate". Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat. Dewan Negara mempunyai 69 ahli di mana 40 adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan 26 lagi dari ahli Dewan Undangan Negeri.

40 orang yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong dilantik dari kalangan orang yang membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam dan atau mencapai kepujian dalam lapangan profesion perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil kaum asli.

26 orang yang dilantik dari ahli DUN.

terdiri dari dua orang wakil bagi setiap negeri, dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik Yang Di Pertuan Agong.

Tempoh jawatan ahli Dewan Negara adalah 3 tahun dan jawatan tidak terhenti sekiranya berlaku pembubaran Parlimen.

i.) Badan Perundangan Persekutuan


Dewan Rakyat merupakan satu Majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui wakil rakyat mereka. Ahlinya dipilih melalui pilihanraya yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. Seseorang ahli hanya mewakili sebuah kawasan pilihanraya tetapi ada juga beberapa orang mewakili dua kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

i.) Badan Perundangan Persekutuan


Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi ahli Dewan dengan menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mana dipilih dalam kalangan anggota dewan sendiri atau orang yang bukan anggota dewan.

ii.) Badan Perundangan Peringkat Negeri


Pentadbiran pada peringkat negeri meliputi hal ehwal tanah dan galian, air, agama, dan pertanian. Semua dasar kerajaan negeri dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dipertanggungjawab kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya.

iii.) Peringkat Kerajaan Tempatan


Mengandungi Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, dan Dewan Bandaraya. Majlis Tempatan terletak di bawah kuasa pentadbiran kerajaan negeri. Pentadbiran Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang Yang di-Pertua dan sebuah majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri. Majlis Perbandaran terletak di kawasan bandar yang berpenduduk melebihi 100 000 orang. Majlis Daerah pula terdapat di kawasan pedalaman yang mempunyai bilangan penduduk kurang daripada 100 000 orang.

iii.) Peringkat Kerajaan Tempatan


Peranan utama:
menumpukan pembangunan sosioekonomi di kawasan pekan atau bandar dalam sesuatu daerah atau kawasan berkuasa dalam membuat undang-undang kecil tempatan serta menguruskan kutipan cukai dan sewa.

b.) Badan Pemerintah

Peringkat Persekutuan

Peringkat Negeri

Jemaah Menteri

(Kabinet)

Majlis Mesyuarat Negeri

b.) Badan Pemerintah


Bertanggungjawab menjalankan urusanurusan pemerintahan dan pentadbiran serta tidak melibatkan diri dalam hal ehwal kehakiman atau perundangan. Mempunyai penjawat-penjawat yang tertentu di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

b.) Badan Pemerintah


Berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan sama ada oleh Parlimen (di peringkat persekutuan) atau Dewan Undangan Negeri (di peringkat negeri). Badan Pemerintah di peringkat persekutuan dikenali sebagai Jemaah Menteri (Kabinet) manakala di peringkat negeri dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Mahkamah Tinggi Borneo

Mahkamah Tinggi Malaya

c.) Badan Kehakiman

c.) Badan Kehakiman


Merupakan badan yang bertanggungjawab menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Badan ini juga berperanan sebagai pelindung hakhak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa membicarakan, menyelesaikan pertikaian dan menghukum pesalah terletak di bawah kuasa Badan Kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah.

c.) Badan Kehakiman


Mengikut Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi Malaya bagi semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan Sarawak. Menurut pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada 1988, kuasa kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah.

c.) Badan Kehakiman


Sebaliknya, kuasa mahkamah tertakluk kepada peruntukan dalam undang-undang persekutuan. Kuasa untuk menempatkan atau membicarakan sesuatu kes kini terletak pada Peguam Negara. Sebelum pindaan ini, kuasa bagi memindahkan tempat bagi perbicaraan sesuatu kes berada pada pihak mahkamah sendiri. Walau bagaimanapun, kuasa mentafsir sesuatu undang-undang masih terletak pada pihak mahkamah.

Sekian, Terima Kasih!

Вам также может понравиться