Вы находитесь на странице: 1из 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal 1.

Masalah/Peristiwa

: Ke-10 : Kesebelas : 8 April 2012 12 April 2012 : Kesediaan Murid

Pada minggu ini masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan ialah dimana murid tidak menunjukkan kesediaan untuk belajar dimana kebanyakkan daripada mereka gemar mengambil sikap sambil lewa dan tidak menghormati guru semasa guru sedang mengajar. Malah ada diantara mereka yang bermain- main dan membuat bising serta menganggu rakan mereka yang sedang belajar. Masalah ini telah mengakibatkan beberapa objektif pengajaran yang ingin dicapai kerana kebanyakan masa habis dengan memberikan motivasi kepada murid

2. Analisis Punca utama yang mungkin menyebabkan murid- murid bersikap demikian ialah kerana murid mungkin merasakan saya hanyalah guru pelatih dan bukan guru sepenuh masa di sekolah mereka. Selain itu saya merasakan timbulnya masalah ini juga berkemungkinan disebabkan kurangnya motivasi serta kecenderungan serta minat murid untuk belajar.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya akan cuba bertindak tegas terhadap murid yang tidak menghormati guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan dengan memberikan denda yang bersesuaian sehinggakan murid tidak akan membuat bising lagi. b) Saya juga akan meningkatkan motivasi murid terhadap pelajaran dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid dalam menjalankan setiap aktiviti yang disediakan oleh saya c) Saya juga akan turut memberikan peneguhan seperti memberikan token kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang positif semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah di atas dalam masa seminggu dari tarikh kejadian untuk memastikan kelancaran dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh praktikum ini bagi membentuk murid menjadi murid yang berkualiti dan cemerlang.

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tarikh Masa : :

Tandatangan : Tarikh Masa : :

Вам также может понравиться

  • Jurnal
    Jurnal
    Документ2 страницы
    Jurnal
    Ieda Hidayah
    Оценок пока нет
  • KVKVK
    KVKVK
    Документ1 страница
    KVKVK
    Ieda Hidayah
    Оценок пока нет
  • KVKVK
    KVKVK
    Документ1 страница
    KVKVK
    Ieda Hidayah
    Оценок пока нет
  • KVKVK
    KVKVK
    Документ1 страница
    KVKVK
    Ieda Hidayah
    Оценок пока нет
  • KVKVKV
    KVKVKV
    Документ4 страницы
    KVKVKV
    Ieda Hidayah
    Оценок пока нет