Вы находитесь на странице: 1из 3

CARA MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU MENGGUNAKAN TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI Isu penyalahgunaan

masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih baik? Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal. Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluankeperluan psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya. Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain. Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions), E(evaluation) dan P(planning). Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di bawah: a) Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )

Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan. Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa. Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah menggariskan beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamatmatlamat tersebut ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke dalam kelas, mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru tersebut.

b)

Directions ( terarah dan lakukan )

Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai.

c)

Evaluation ( penilaian )

Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

d)

Plan (perancangan)

Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat perancangan tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah mendahulukan perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama, guru perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea rah kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah: a. b. Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya. Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.

c. Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal pengajaran dan pembelajaran. d. e. Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan. Menjalankan penyelidikan tindakan.

f.

Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa juga melibatkan hukum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan perkara-perkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi perhatian.

Вам также может понравиться