Вы находитесь на странице: 1из 2

Dunia kini sering terancam oleh bencana alam seperti ribut taufan, tsunami, gempa bumi dan tanah

runtuh. Bencana alam ini bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi turut meragut nyawa manusia. Bincangkan sumbangan dan bantuan yang dapat dihulurkan kepada negara yang terlibat dengan bencana alam ini.

Bah kata pepatah, malang tidak berbau. Gempa bumi berukuran 9 skala Richter yang berlaku di Jepun baru-baru ini merupakan contoh yang jelas. Tragedi tersebut telah mengakibatkan tsunami yang teramat dahsyat dan mengejutkan. Sebelum itu, sesiapa pun tidak tersangka bahawa malapetaka itu akan begitu dahsyat sehingga hampir memusnahkan seluruh negara Jepun yang maju. Kuasa bencana alam yang kuat melanda dengan tidak berbelas kasihan dan kejam. Bangunan runtuh, mayat yang terapung atas lautan dan saluran elektrik terputus. Dalam sekelip mata, sebuah bandar metropolis yang maju boleh menjadi padang jarak, padang terkukur. Seperti yang kita boleh nampak melalui berita televisyen ataupun surat khabar, keadaan di kawasan yang dilanda bencana alam sememangnya termusnah dengan amat sekali, secara langsung menjejaskan kehidupan masyarakat setempat. Sesetengah mangsa berdiri di tepi pelabuhan menunggu kepulangan ahli keluarga yang hilang, sesetengah pula menangis dengan kuat ketika menerima berita ahli keluarga yang ditimpa malapetaka. Pilu amat hati kita semasa melihat keadaan itu. Selurus dengan itu, kita sebagai sebahagian daripada dunia ini, memang wajar bagi kita untuk menghulurkan tangan kebantuan kepada mangsa atau negara yang dilanda bencana alam. Setiap individu dalam dunia ini wajar menghulurkan bantuan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. Bencana alam dengan kejam telah memusnahkan tempat kediaman serta keluarga yang bahagia. Mangsa yang berkeliaran di mana-mana haruslah diberikan bantuan kemanusiaan. Bantuan kemanusiaan termasuklah bantuan kedoktoran dan perubatan yang memainkan peranan yang penting. Contohnya, Pasukan Aman Malaysia dan Palang Merah serta St. John Ambulans akan menghantar pasukan penyelamatan ke kawasan bencana untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan menyertai kerja pencarian mangsa yang masih hidup. Selain itu, rakyat daripada setiap negara boleh membentuk kumpulan sukarelawan masing-masing untuk menyertai kerja penyelamatan di kawasan bencana. Bantuan kedoktoran dan perubatan pula diperlukan untuk memastikan kesihatan mangsa dan mengelakkan tercetusnya wabak penyakit. Mayat mangsa yang tidak dikendalikan dengan baik akan mencetuskan wabak penyakit yang serius. Jadi, bantuan seperti ini tidak boleh dikurangkan demi menjaga ketenteraman dan keselamatan kawasan bencana. Seterusnya, bantuan kewangan dan barangan keperluan harian diperlukan oleh mangsa kejadian bencana alam akibat daripada kemusnahan tempat kediaman. Masyarakat global boleh mengutip derma melalui badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Contohnya Persatuan Bulan Sabit Merah yang giat dalam masyarakat negara Malaysia. Media massa memainkan peranan yang penting dalam memaparkan berita kejadian bencana alam untuk membolehkan masyarakat mengetahui penderitaan dan kesusahan mangsa kejadian bencana alam. Pelbagai saluran boleh digunakan untuk menghantar bantuan kewangan. Selain itu, bantuan barangan keperluan harian juga diperlukan bagi menampung keperluan

harian mangsa. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, dan pakaian penting bagi mangsa bencana alam untuk menjalani kehidupan yang baik. Bagi negara yang maju dalam bidang teknologi, bantuan dari segi teknologi boleh disumbangkan kepada negara yang dilanda bencana alam. Bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami selalunya akan merosakkan sistem perhubungan dan telekomunikasi. Ini akan mengehadkan mangsa untuk berhubung dengan ahli keluarga bagi melaporkan keadaan masing-masing. Dengan itu, negara yang mempunyai pakar dalam bidang tersebut boleh menghulurkan bantuan dengan memperbaiki sistem perhubungan dan telekomunikasi. Di samping itu, alat pengesan bencana boleh dibekalkan oleh negara lain. Alat tersebut memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan jumlah mangsa daripada bencana alam. Sekiranya alat ini memainkan peranan, penduduk setempat boleh menyelamatkan diri terlebih dahulu sebelum ditimpa bencana alam setelah menerima amaran daripada pihak berkuasa. Mangsa bencana alam yang mengalami kemusnahan kawasan kediaman dan keluarga tercinta sudah tentu akan mengalami trauma terhadap tragedi yang ngeri itu. Bantuan kepakaran dan nasihat daripada pelbagai pihak diperlukan untuk menenangkan perasaan mangsa. Bantuan tersebut yang bersikap bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam menbina sikap yakin diri mangsa untuk mendirikan semula tempat kediaman dan juga ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Bantuan sebegini boleh memberi harapan kepada mangsa bahawa bencana alam bukanlah hari khiamat bagi kehidupan mereka. Bencana alam dengan kejam memusnahkan persekitaran yang harmoni. Slogan berbunyi, menghulurkan tangan, ringankan beban. Jadi, setiap individu harus menghulurkan bantuan dari apa segi jua berdasarkan kemampuan masing-masing kepada kelompok yang ditimpa bencana alam di mana-mana sudut dalam bumi ini bagi mewujudkan dunia yang harmoni dan maju.

Вам также может понравиться