Вы находитесь на странице: 1из 32

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Kajian Kes Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin.
Pengenalan
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat dengan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajan dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Disiplin merupakan satu latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki. Dalam konteks pengajaran di dalam bilik darjah, dsiplin dilihat sebagai salah satu cara kawalan atau teknik yang amat berkesan dan efisen dalam mengurus tingkah laku pelajar melalui prinsip kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan. Mok Soon Sang (2009) dalam bukunya, menegaskan terdapat dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah iaitu memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan pelajar dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Gangguan disiplin merupakan salah laku murid yang serius dan dapat menggagalkan kedua-dua objektif ini. Pada peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan yang dikenakan kepada pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman dan ganjaran. Oleh sebab itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid agar mereka sentiasa berkelakuan baik. Justeru, bagi tugasan kali ini, perkara yang dibincangkan adalah berfokuskan mengenai kajian kes masalah disiplin dan tingkah laku yang sering ditimbulkan oleh

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

murid di dalam bilik darjah dan sekolah sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Satu masalah disiplin yang ketara dan sering membelenggu murid di sekolah akan dikupas dengan lebih kritikal di dalam tugasan ini. Selain itu, perbincangan juga turut memperincikan mengenai model-model disiplin yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah bagi menangani masalah disiplin dan tingkah laku murid berkenaan. Di samping itu, beberapa cadangan strategi juga turut akan dihuraikan dengan lebih lanjut bagi mengatasi masalah disiplin ini.

Konsep Disiplin, Masalah Disiplin dan Tingkah Laku


Disiplin boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk latihan untuk perkembangan mental-emosi, fizikal atau sikap seseorang. Dalam Laporan Kabinet (1979) dalam Mok Soon Sang (2009), disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang untuk bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak orang lain, kesanggupan di antara satu dengan yang lain, mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mentakrifkan disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau dendaan kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Konsep disiplin menekankan kepada cara mengajar individu atau kelompok tertentu tentang cara hidup selamat, bertamadun dan harmoni dalam masyarakat disamping mengajar berkongsi, bekerjasama, mengawal diri dan emosi. Selain itu, menurut Mohd. Zaidi Hajazi (2006), konsep disiplin bilik darjah ini juga merupakan tindakan dan strategi yang digunakan untuk kekalkan peraturan di bilik darjah. Guru memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah yang baik penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru dapat mengajar tanpa sebarang gangguan. Mendisiplinkan pelajar yang bertingkah laku mengganggu merupakan sebahagian daripada rutin semasa pengajaran dan pembelajaran. James Ang Jit Eng (2007) dalam bukunya pula menegaskan, disiplin bukanlah suatu hukuman. Hukuman merupakan suatu perbuatan yang bersifat nagetif dan bertujuan untuk mengajar murid perkara yang tidak harus dilakukan. Hukuman hanya boleh dikenakan kepada murid setelah salah laku berlaku. Selain daripada itu, konsep disiplin turut melibatkan peneguhan positif, pujian serta ajaran tentang perlakuan yang diterima dan cara mengawal tingkah laku. Oleh itu, disiplin merupakan sesuatu yang berterusan dan bukan hanya apabila tingkah laku bermasalah berlaku. Masalah disiplin pula adalah amat berkaitan dengan masalah tingkah laku seseorang. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian iaitu tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma sosial masyarakat. Masalah disiplin juga dilihat sebagai keadaan atau tingkah laku yang menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang diterima masyarakat. Menurut Mohd. Ismail Othman (2006), masalah disiplin turut ditafsirkan sebagai keadaan yang tidak terkawal. Tambah beliau lagi, murid yang terlibat dengan kesalahan disiplin boleh dikategorikan sebagai melanggar disiplin

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

sekolah,maka pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957

Hasil Kajian: Masalah Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid


Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan Buku Panduan bagi Mengikut Masalah Ponteng di Sekolah (KPM:1994) seperti yang dipetik oleh Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004) dalam buku mereka, ponteng kelas didefinisikan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di kelas tanpa kebenaran daripada guru. Sementara itu, Abdullah Sani Yahaya (2005) pula menjelaskan bahawa gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Masalah ponteng sekolah ini juga dikatakan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas seterusnya menjejaskan prestasi murid berkenaan. Jika diimbas kembali dua tahun ke-belakang, iaitu pada tahun 2010, satu statisitik telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menperihalkan mengenai pengurangan kes masalah disiplin di sekolah. Dalam artikel tersebut, jelas dicatatkan kadar pengurangan bagi kesalahan yang melibatkan masalah disiplin murid di sekolah dan di luar sekolah seperti gangsterisme, vandalism, buli dan sebagainya. Hal ini termasuklah kes disiplin yang melibatkan gejala ponteng dalam kalangan murid yang mengalami penurunan dalam tahun tersebut.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Namun, statistik ini saban tahun dilihat makin mengalami peningkatan seakanakan tiada titik noktah ditemui bagi menyelesaikannya. Buktinya, baru-baru ini, isu dan gejala ponteng dalam kalangan murid semakin hangat dilaporkan dan dipaparkan di dada-dada akhbar, media elektronik dan sebagainya. Misalnya, pada 2011, negara pernah dikejutkan dengan berita mengenai isu gelaja ponteng sekolah di daerah Kuantan yang melibatkan lebih kurang 1200 orang pelajar dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun 2011. Isu-isu ini kelihatannya seperti biasa dan sering dilaporkan, namun hakikatnya tanpa kita sedar bermula dengan gejala ponteng ini lah, ia semakin membawa kepada kesalahan jenayah yang serius dan besar. Hal-hal yang berlaku ini juga jelas menunjukkan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia semakin mengalami peningkatan dan membimbangkan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat faktor yang membawa kepada terjadinya isu masalah laku ponteng sekolah murid ini. ini Antara faktor seperti yang faktor

mempengaruhi

tingkah

bermasalah

adalah

persekitarannya, faktor institusi kekeluargaan yang goyah, pengaruh rakan sebaya, media massa, faktor persekitaran murid di sekolah dan sebagainya. ..akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

Sumber dipetik dari Berita Harian Petikan artikel dalam keratan akhbar di atas sememangnya jelas

menggambarkan betapa kroniknya gejala ponteng sekolah ini yang mampu

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

menyumbang kepada pelbagai masalah tingkah laku negatif yang lain. Isu ini dapat diumpamakan seperti barah atau virus penyakit dalam kalangan masyarakat kerana ia memperlihatkan isu sosial yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan murid di sekolah Impaknya juga bukan sahaja boleh dinilai dari segi tingkah laku murid tersebut yang semakin bermasalah atau sebagainya, malah dalam hal ini juga pihak sekolah juga boleh terkena tempiasnya ekoran daripada gejala murid ponteng sekolah yang sukar untuk dikawal. Lebih membimbangkan lagi, hal ini juga akan berlarutan menjadi isu sosial seterusnya mampu menjejaskan imej sistem pendidikan negara. Menyedari akan keburukan atau kesan negatifnya gejala ponteng sekolah ini, semua pihak seharusnya berganding bahu dan menjana idea bagi menangani masalah disiplin ini daripada terus berlarutan. Perlbagai pihak perlu terlibat sama dalam mengambil langkah mengatasinya, termasuklah peranan yang dimainkan oleh guru sendiri di dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru boleh mengambil pendekatan dengan mengaplikasikan model-model disiplin yang telah dikemukan oleh beberapa tokoh dalam dunia pendidikan. Model-model ini berupaya membantu guru dalam memberikan panduan mengenai langkah atau strategi pelaksanaaan yang boleh dilaksanakan bagi mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan.

Model Disiplin Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Pelajar


Sejak beberapa dekad dahulu, ahli-ahli teoris dan beberapa orang tokoh pendidikan telah mengutarakan beberapa model pengurusan disiplin bagi membantu guru-guru dalam menangani masalah disiplin murid-murid di sekolah terutamanya ketika berada di dalam kelas. Terdapat banyak model disiplin yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam bilik darjah bagi mengurus disiplin murid-murid dalam

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

mewujudkan suasana sesi pengajaran dan pembelajaran yang tenang, sihat, kondusif dan efisyen. Model-model ini banyak memberikan panduan tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku meskipun setiap daripada model-model disiplin ini mengutarakan pendapat dan idealogi yang berbeza-beza. Dalam membincangkan mengenai masalah disiplin murid yang terlibat dalam gejala ponteng sekolah ini, terdapat dua model yang dicadangkan bersesuaian untuk dilaksanakan terhadap murid berkenaan. Model-model tersebut adalah Model Displin Asertif Canter dan juga Model Pengurusan Berkelompok Kounin. Model Disiplin Asertif Canter Model Disiplin Asertif Canter diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter sekitar tahun 1976. Lee Canter adalah seorang pendidik yang terkenal pada tahun 1976 yang menerbitkan buku Assertive Discipline. Buku ini menggariskan pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengawal bilik darjah dengan cara yang positif dan tegas. Model ini adalah salah satu yang termashur dan sangat diminati oleh guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta sangat berkesan. Model ini juga didapati jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan kepada tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.. Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan murid mempunyai hak untuk mengajar dan belajar. Hak yang dimaksudkan adalah hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk menentukan peraturan-peraturan di

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan di dalam bilik darjah yang telah ditetapkan. Canter (1976) dalam Kamaruddin Haji Husin (1995) mempunyai hak dan tanggungjawab seperti berikut: i. Menyediakan undang-undang dan arahan yang jelas serta menentukan had atau sempadan bagi tingkah laku yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima. ii. iii. Mengajar undang-undang serta arahan tersebut Meminta bantuan daripada ibu bapa dan pentadbir sekolah apabila pertolongan diperlukan bagi menangani masalah tingkah laku pelajar. Canter percaya guru-guru memahami cara lama iaitu mengabaikan keperluan mereka bagi mengajar di bilik darjah yang bebas daripada gangguan untuk memenuhi keperluan murid, dan mereka sebagai pendidik yang profesional sememangnya beranggapan demikian. Fahaman yang salah membawa kepada banyak masalah disiplin yang dirasai oleh guru. Guru mempunyai keperluan, kehendak dan perasaan masing-masing sama seperti pelajar. Anggapan salah guru juga adalah seperti berikut: i. Guru yang baik sepatutnya boleh menangani masalah disiplin tanpa bantuan daripada pihak pentadbiran atau ibu bapa. ii. iii. Disiplin yang tegas akan membawa mudarat dari segi psikologi murid. Masalah disiplin tidak akan berlarutan apabila murid-murid disediakan dengan aktiviti yang memuaskan mereka. iv. Tingkah laku yang buruk adalah disebabkan oleh masalah dalaman dan guru tidak dapat mempengaruhinya. berpendapat guru-guru

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Menurut Mohd Ismail Othman (2006), satu lagi bahagian ketegasan disiplin oleh Canter adalah mengajar sikap tanggungjawab. Ini termasuk menentukan arahan dalam bilik darjah dengan memberi penghargaan yang positif untuk mengelakkan tingkah laku yang buruk. Pada pandangan Canter, guru-guru yang berjaya akan mengadunkan pengurusan disiplin dan akademik secara keseluruhan supaya tindakan-tindakan dalam pengurusan bilik darjah tidak ketara. Perhatian khas diberikan kepada murid yang sukar. Canter mencadangkan supaya guru

menyelesaikan masalah secara berbincang satu sama satu (one-to-one). Tujuannya adalah supaya pelajar memahami masalah itu dan akhirnya memilih tingkah laku yang baik. Panduan akan diberikan kepada murid-murid bagi membantu mereka mengurangakn masalah disiplin mereka. Dalam Model Asertif Disiplin Canter ini, Canter juga telah menyenaraikan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif. Ketiga-tiga jenis guru ini menggunakan pendekatan yang berbeza-beza ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang agresif adalah guru yang bersifat sangat tegas manakala guru yang tidak asertif pula ialah guru yang digolongkan sebagai guru yang tidak berpendirian tetap kerana ada masanya guru yang bersifat sedemikian akan membenarkan sesuatu tingkah laku di dalam bilik darjah, tetapi ada kalanya mereka akan memarahi murid yang melakukan tingkah laku yang sama. Guru asertif adalah guru yang mempunyai matlamat pengurusan yang jelas, yakin serta tegas dalam menetapkan peraturan. Walaupun bersifat tegas, guru asertif tetap mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid di dalam kelasnya.

Menurut Mohd Zaidi Hajazi (2006), perlaksanaan Model Disiplin Asertif Canter di dalam bilik darjah perlulah berteraskan kepada beberapa ciri-ciri asas iaitu:

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

a. Guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah. b. Guru harus memberi peneguhan atau pengukuhan pada tingkah laku yang wajar. c. Guru harus menggunakan pendekatan asertif ketika mengawal kelas dan tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif. d. Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan sebagai rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. e. Guru perlu melaksanakan tindakan pembetulan kepada murid-murid yang membuat pelanggaran peraturan. Menurut Canter (2002) dalam Mok Soon Sang (2010), dalam mengawal tingkah laku bermasalah murid-murid, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Guru perlu membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasa sepanjang waktu kelas. Apabila terdapat murid-murid yang mewujudkan masalah disiplin, guru akan merujuk kepada sistem peraturan yang telah ditetapkan bagi merujuk jenis dendaan yang akan dikenakan. Misalnya dalam gejala ponteng sekolah ini. Jika sebaliknya berlaku iaitu murid melanggar peraturan, guru haruslah mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur dengan menyuruh murid sedaya upaya untuk mengelak daripada melakukan kesalahan. Sebagai contoh, jika peraturan tidak dipatuhi, guru perlu mencatatkan pelanggaran peraturan ini diatas jadual yang dipaparkan di dinding bilik darjah. Guru akan menanda tanda salah (X) pada papan notis sebagai tanda

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

10

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

perekodan jumlah hari murid tidak hadir ke sekolah. Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukumanhukuman seperti Jadual 1 di bawah: Jadual 1: Contoh hukuman pelanggaran peraturan Bilangan pelanggaran tidak hadir Hukuman

atau ponteng kelas (X) X XX XXX Amaran pertama Amaran kedua Memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga XXXX XXXXX Berjumpa dengan guru besar Buang sekolah

Dalam Model Disiplin Asertif Canter ini juga, guru perlu memberi peneguhan atau pengukuhan seperti pujian dan galakan kepada murid apabila murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan atau menunjukkan tingkah laku wajar. Contoh pengukuhan positif ialah kata-kata pujian, token dan sebagainya. Guru juga boleh merancang satu sistem peneguhan, iaitu sistem pemberian markah secara berkumpulan. Markah akan diberi kepada setiap kumpulan sekiranya ahli-ahlinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Manakala markah kumpulan akan ditolak sekiranya terdapat salah satu ahli atau semua ahli melakukan kesalahan. Markah untuk setiap kali waktu pembelajaran akan dicatat dan kumpulan yang mempunyai markah tertinggi selepas 8 minggu akan diberikan hadiah. Model Disiplin Asertif Canter juga berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

11

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingini oleh daripada murid-muridnya. Guru harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya. Menurut Canter (2002) dalam Mok Soon Sang (2010), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua situasi. Untuk itu Canter mencadangkan guru yang bersifat asertif perlu menganggap murid mereka sebagai pesalah. Pada pandangan mereka jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, guru hendaklah sentiasa bersifat tegas dalam semua tindakan yang mereka ambil. Perbuatan mereka ini mungkin akan memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh guru tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Oleh itu, guru dicadangkan untuk menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang bersifat asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

12

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Dalam Model Disiplin Asertif Canter ini juga menegaskan akibat atau tindakan pembetulan yang boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam erti kata lain, guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan sebagai rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Penalti atau tindakan pembetulan diberikan kepada mereka yang terus melakukan salah laku. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Model Asertif Canter ini juga menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembetulan atau akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

13

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Kali pertama murid mengganggu rakan- 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Ini ialah amaran dari saya'.

Kali kedua/ ketiga mengganggu rakan - 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN! Awak telah memilih untuk 'time out' 5 minit di belakang kelas.

Kali keempat mengganggu rakan - 'Daniel, awak tahu peraturan kelas kalau mengganggu rakan, awak telah memilih untuk menelefon ibu awak.' Telefon ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel memberitahu ibunya kesalahan yang telah dibuat.

Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan - 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR.'

Tingkah laku yang terlampau! kadang-kadang ada murid yang akan terus menunjukkan tingkah laku yang disruftif yang melampau. 'Daniel, menumbuk rakan tidak dibenarkan dalam kals ini. Awak memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian.'

(Sumber: Pengurusan Disiplin Bilik Darjah) Rajah 2: Hierarki Tindakan Pembetulan Canter Berdasarkan model disiplin ini juga, guru asertif tidak perlu untuk membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas tetapi guru hanya perlu mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru perlu menetapkan peraturan-peraturan ketika berada di dalam bilik darjah. Guru juga mesti memberikan arahan dengan jelas dan tegas supaya mudah dan senang difahami oleh murid-murid. Pendekatan asertif ini juga dapat menjamin

hubungan baik antara guru dengan murid dan sekaligus guru dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Persekitaran pembelajaran yang tenang dan sokongan kepada perkembangan murid dapat dibantu melalui pendekatan ini.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

14

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Model Pengurusan Kelompok Kounin Pengurusan kelas dan pengurusan kumpulan perlulah turut membetulkan murid lain jika membetulkan seseorang murid. Peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti menjadi kunci keadaan pengurusan kumpulan efektif. Pembelajaran yang optimum akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang keadaan murid dan bertanggungjawab terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas yang kondusif serta berjaga-jaga dan peka dengan kemajuan murid. Model Pengurusan Kelompok Kounin yang dipelopori oleh seorang pakar Psikologi Pendidikan iaitu Jacob Kounin menegaskan bahawa pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Ianya berhubung kait dengan pengurusan efektif dan pengajaran efektif. Matlamat teorinya adalah menekan organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang baik serta haruslah seiring dengan tindakan yang proaktif guru dan penglibatan aktif murid. Beliau juga berpendapat atribut yang diingini, misalnya kemesraan dan pemahaman tidak akan dapat mengurus bilik darjah yang berkesan. Dalam model ini, Kounin menegaskan bahawa asas keberkesanan

pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada dua aspek utama penelitian guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah iaitu pengawasan dan penyeliaan. Hal ini bermaksud kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa dan mengatasi masalah yang timbul sebelum menjadi masalah disiplin amat penting bagi menentukan keberkesan pengurusan bilik darjah. Untuk itu Kounin mencadangkan agar guru-guru untuk menggunakan teknik dan

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

15

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

strategi yang proaktif dalam meggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik. Teknik ini diperkenalkan supaya murid melibatkan diri dan mengurangkan gangguan di dalam kelas. Hasil kajian Kounin membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah. Kajian yang dibuat selama lima tahun ke atas pelajar kolej, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah mendapati bahawa teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan sama ada berat atau tidak, akan memberi kesan kepada rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah. Kesan ini dikenali sebagai Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kesan Gelombang akan menjadi lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius. Teguran yang dibuat kepada murid-murid perlulah jelas serta tingkah laku yang ingin dibetulkan perlu dispesifikkan agar murid-murid lain dapat menerima kesan teguran dan tindakan tersebut. Guru dicadangkan untuk memberi teguran dengan menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang salah serta memberi arahan dan teguran terhadap salah laku murid dengan memberikan akibat kepada salah laku tersebut. Di samping itu, beliau menegaskan untuk mengurus bilik darjah, seorang guru hendaklah menggunakan faktor atau idea-idea asas Model Kounin. Matlamat Model Pengurusan Kelompok Kounin ini ialah mengintegrasikan pengajaran dengan disiplin. Untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, terdapat beberapa idea utama Model Pengurusan Kelompok Kounin yang telah digariskan iaitu guru hendaklah menggunakan teknik withiness, bertindih (overlapping), momentum, kelancaran, berfokuskan kumpulan, akuantabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan. Dalam mengawasi pergerakkan dalam bilik darjah, seseorang guru itu

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

16

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

perlu sentiasa sedar dan peka dalam melaksanakan apa jua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Withiness atau kesedaran merujuk kepada kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal. Secara ringkasnya withiness bermaksud merangkumi semua. Ianya merujuk kepada kebolehan guru dalam membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai ke situasi yang tidak boleh dikawal. Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan dan menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid. Untuk itu guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam memerhatikan sikap murid dalam kelas bagi mengenalpasti masalah tingkah laku salah yang dilakukan oleh murid. Kounin mencadangkan agar guru mesti mengetahui perkara asas mengenai murid-murid di dalam kelasnya seperti nama, hobi, kekuatan dan kelemahan mereka. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membantu guru dalam mengawasi dan menyelia murid-muridnya. Kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti atau kumpulan pada masa yang sama dikenali sebagai pertindihan (overlapping). Seorang guru hendaklah bijak dalam mengawal keadaan kelas supaya sentiasa terkawal dan sentiasa memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas agar kelas menjadi suatu tempat yang seronok dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru yang berkebolehan melakukan tindakan pertindihan ini, boleh mengawal dan

menguruskan bilik darjah dengan baik.

Contohnya, Razif teruskan dengan

pembentangan awak, Zaki beri perhatian dan jangan bercakap. Kebolehan guru dalam melaksanakan kemahiran pertindihan ini penting bagi mengawal 2 atau lebih situasi yang berbeza-beza berlaku dalam satu masa yang sama. Selain daripada itu, Kounin mencadangkan supaya pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 17

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

dalam bilik darjah perlu dititik beratkan oleh guru. Pengajaran yang baik membantu murid untuk terus bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), momentum merujuk kepada keadaan guru memulakan pengajaran dengan menarik, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan mebuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran dengan berkesan. Secara ringkasnya momentum merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan atau aktiviti yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Guru perlu mengekalkan momentum aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka bagi mengekalkan perhatian murid-murid dan mengelakkan daripada berlakunya kebosanan semasa aktiviti. Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka ialah guru-guru yang peka dan aktif. Momentum pengajaran yang baik akan dapat menarik perhatian murid dan menghalang murid daripada berasa bosan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. Untuk itu, setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan murid. Setiap aktiviti pengajaran perlu menyeronokkan dan mencabar. Menurut Kounin (1971) dalam James Ang Jit Eng (2007), kelancaran atau smoothness merupakan salah satu faktor utama dalam mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Kelancaran yang dimaksudkan disini adalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru itu dikekalkan secara maksima dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran. Guru juga mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Oleh yang demikian, seseorang guru itu harus mengelak daripada tersekatEDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 18

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

sekat dalam penyampaian pengajaran meleret-leret sehingga terkeluar daripada sukatan sebenar, memberikan arahan-arahan yang tidak wajar atau tidak difahami, selalu menukar-nukar tugasan atau memberhentikan tugasan atau aktiviti yang seronok dilakukan oleh murid-murid. Kewaspadaan kumpulan adalah idea Model Kounin yang berikutnya. Ianya memusatkan perhatian semua murid lain terhadap respon seorang murid yang diberikan. Yang kelima adalah menggalakkan akauntabiliti. Di sini, ia merujuk kepada komunikasi semua murid bahawa penyetaan mereka sedang diperhatikan dan ditafsir. Idea yang berikutnya ialah format penyertaan tinggi iaitu menggunakan pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung. Akhir sekali di dalam idea Model Kounin ialah peralihan di mana guru perlu memastikan kelancaran peralihan di antara dua aktiviti atau lebih ketika di dalam kelas. Melalui proses pelaksanaan Model Kounin, seorang guru dapat peka dengan keadaan dalam bilik darjah dan memerhati masalah yang berlaku di kalangan murid. Keupayaan guru dalam menangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dikawal. Selain itu, guru juga perlu membuat persediaan supaya proses pengajaran dan pembelajaran lancar dan guru tidak akan mengganggu murid semasa melakukan aktiviti tetapi membantu secara individu bagi yang bermasalah. Guru juga perlu menerangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat. Tambahan lagi, guru perlu meninjau hasil kerja murid dan meminta murid memberi respons terhadap sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

19

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Strategi Menangani Masalah Ponteng Kelas Berdasarkan Model Disiplin Canter dan Kounin K. A. Razhiyah (2005) dalam bukunya berpendapat bahawa seorang guru perlulah bijak dalam memodifikasikan tingkah laku murid dengan menggunakan strategi dan teknik yang betul. Masalah disiplin seperti ponteng atau tidak hadir di dalam bilik darjah boleh diatasi dengan cara guru tersebut memanfaatkan model pengurusan disiplin seperti model Canter dan model Kounin ini dengan sebaik mungkin. Walaupun pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua model ini adalah berbeza, namun kedua-duanya memberikan garis panduan kepada guru tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku yang berkesan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah Berdasarkan kepada model disiplin yang dikemukan oleh Canter, terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasikan dalam model ini bagi mengatasi gejala ponteng kelas yang ditimbulkan oleh pelajar. Pertamanya adalah guru perlu menyediakan satu set peraturan di dalam bilik darjah yang menjelaskan mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid di dalam bilik darjah. Set peraturan tingkah laku seperti yang dikemukakan dalam model Canter ini sememangnya relevan dilaksanakan di dalam bilik darjah. Apabila peraturan tingkah laku telah ditetapkan, guru hendaklah memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Terutamanya bagi murid yang terlibat dalam masalah ponteng kelas, set peraturan ini sememangnya amat membantu guru dalam memastikan kehadiran murid di dalam bilik darjah. Guru boleh menyediakan satu set peraturan yang menetapkan hukuman ataupun dendaan jika murid kerap kali tidak hadir atau ponteng kelas. Misalnya, jika dalam tempoh seminggu, murid lebih tiga

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

20

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

hari tidak hadir dalam kelas, dia akan dikenakan hukuman atau dendaan seperti melakukan kerja amal, pembersihan bilik darjah dan sebagainya. Dalam hal ini, Canter menekankan bahawa sebelum melaksanakan pelan tindakan, guru seharusnya terlebih dahulu menjelaskan set peraturan tersebut kepada murid dan dilaksanakan secara konsisten dan adil dan tanpa perasaan pilih kasih. Melaksanakannya secara konsisten dan adil disini membawa maksud guru tersebut hendaklah memberi ganjaran atau dendaan pada masa tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh murid. Dalam kes gejala ponteng sekolah ini juga, guru haruslah bersikap adil terhadap semua pelajar. Hal ini bermakna guru tidak sewajarnya bersikap acuh tidak acuh dan memandang enteng kesalahan murid yang sering ponteng sekolah, meskipun murid tersebut adalah murid kesayangannya. Dalam sesetengah kes juga, ada juga guru yang dikatakan takut untuk menegur kesalahan muridnya kerana murid tersebut datangnya dari golongan berada sebaliknya hanya berani menegur murid yang berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau rendah kerana setaraf dengannya. Hal ini juga tidak sewajarnya berlaku kerana kesalahan yang dilakukan tetap merupakan satu kesalahan malah guru tersebut juga seharusnya bertindak juga bersikap tegas dan adil dalam melaksanakan tindakan kepada setiap muridnya. Di samping itu, guru juga boleh mengaplikasikan strategi pemberian peneguhan berbentuk ransangan atau hukuman kepada murid yang kerap kali ponteng dan tidak hadir di dalam kelas. Mohd. Ismail Othman (2006) dalam bukunya menjelaskan bahawa Model Disiplin Asertif Canter yang menggunakan peneguhan berbentuk ganjaran dan hukuman sememangnya dapat merangsang murid untuk bertingkah laku baik. Canter menjelaskan, murid-murid akan teruja dan berusaha untuk berperilaku baik apabila guru memberikan pengiktirafan dalam bentuk
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 21

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

ganjaran terhadap sesuatu tindakan wajar yang mereka lakukan. Pengiktirafan seperti penghargaan, galakan, komen positif dan sebagainya dapat meningkatkan motivasi murid untuk mengekalkan sikap positif tersebut. Sementara peneguhan negatif berbentuk hukuman dan dendaan pula akan menyebabkan mereka berusaha mengurangkan tingkah laku bermasalah tersebut. Bagi kes murid yang menghadapi masalah kerap ponteng kelas ini, guru juga boleh menggunakan peneguhan berbentuk ganjaran bagi memastikan murid sentiasa hadir dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Misalnya, guru menjelaskan kepada murid bahawa sesiapa yang hadir penuh dalam tempoh sebulan atau berturut-turut dalam bulan selanjutnya akan diberikan ganjaran berupa hadiah, penghargaan atau sebagainya. Bagi seorang murid, katakata pujian atau komen positif dianggap sebagai satu penghargaan bagi mereka. Ayat seperti Bagus Amin. Kamu datang penuh dalam bulan ini. atau sebagainya daripada guru sebenarnya sudah cukup menggambarkan rasa kegembiraan dalam diri murid. Apatah lagi jika guru mengucapkannya di hadapan bilik darjah dan rakan sekelas. Hal ini secara tidak langsung juga dapat meningkatkan konsep kendiri dalam diri murid, malah bagi rakan lain juga sudah tentu mereka akan turut berusaha mengekalkan rekod kehadiran yang sama dan penuh juga. Begitu juga dengan ransangan dalam bentuk arahan guru semasa di dalam bilik darjah juga membawa kepada terjadinya tingkah laku bermasalah ini. Arahan guru yang kurang jelas, tidak mudah difahami dan suara yang kurang kuat boleh menyebabkan murid-murid berasa keliru dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Selain itu, guru juga perlulah menvariasikan kaedah atau teknik pengajaran yang baharu dan efektif di dalam kelas. Hal ini jugalah yang ditekankan dalam

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

22

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

dalam kedua-dua model disiplin Canter dan Kounin.

Sebagai seorang guru,

sememangnya kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam menarik minat dan perhatian murid terhadap aktiviti di dalam kelas. Kepelbagaian aktiviti yang dilakukan bukan sahaja mampu menarik minat murid, malah mewujudkan suatu situasi dimana murid akan tertunggu-tunggu untuk mengikuti aktiviti yang seterusnya. kaedah serta rutin yang sama dilakukan pada setiap hari akan membuat murid tersebut tidak bermotivasi dan tidak merangsang murid tersebut untuk terus belajar. Sementara itu, Abdul Rahim Abd Rashid (1999) pula berpendapat guru yang bijak, kreatif dan inovatif dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Hal ini seterusnya akan menimbulkan minat kepada murid untuk ke kelas dan tidak memilih jalan untuk melarikan diri dengan ponteng atau tidak hadir di dalam kelas dan sebagainya. Dalam menvariasikan teknik pengajaran, guru boleh mencuba pelbagai kaedah seperti bercerita, berlakon, main peranan dan sebagainya. Misalnya teknik main peranan. Menurut Naffi Mat (2006), main peranan adalah satu teknik di mana murid berpeluang melakonkan situasi, masalah ataupun peristiwa yang dianggap penting. Misalnya, guru memberi peluang murid untuk melakonkan watak murid dan guru di dalam kelas dan sebagainya. Secara tidak langsung, teknik main peranan ini membolehkan murid mendapat gambaran ataupun pengalaman secara spontan dan juga menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati guru dalam diri mereka. Teknik ini bukan sahaja membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, malah dapat membantu guru untuk mengajar dan membimbing murid-murid mengenai pelan pengurusan disiplin yang dibentuk.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

23

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Teknik ini sangat penting dalam usaha memberi penerangan kepada murid berkaitan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan seperti yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter. Dalam hal ini, guru perlulah membuka peluang kepada murid terlibat secara aktif dalam teknik pengajaran baru yang diperkenalkan. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Dalam hal ini, guru perlulah memberi peluang dan kebebasan kepada pelajar untuk memilih dan melaksanakan pembelajaran. Guru perlu memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dan bergiat aktif dalam bilik darjah. Sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berpusatkan murid, akan menyebabkan murid tidak diberikan kebebasan dan peluang untuk mengutarakan pendapat seterusnya menyebabkan suasana di dalam bilik darjah tersebut menjadi suram dan hambar apabila hanya guru sahaja mendominasi dan berkomunikasi satu hala dengan murid-muridnya. Apabila murid merasakan diri mereka mampu memberi sumbangan dan bergerak aktif di dalam kelas, murid akan sentiasa bersemangat untuk ke kelas seterusnya menggurangkan gejala ponteng ini. Dewasa ini, pelbagai kecanggihan teknologi boleh dimanfaatkan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Murid sememangnya akan cepat berasa bosan dan kurang berminat mengikuti kelas jika guru sering mengajar teori sematamata dengan menggunakan teknik yang sama. Dalam hal ini, guru perlu bijak dan kreatif dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar kepada murid. Bahan bantu mengajar yang menarik, kemas dan bermutu pastinya dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Lebih-lebih lagi, jika guru menggunakan pengajaran menggunakan komputer dan sebagainya. Seperti yang diketahui, isu ponteng kelas ini bukan

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

24

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

sahaja melanda murid-murid di sekitar ibu kota, malah di kawasan luar bandar atau pedalaman juga isu murid ponteng sekolah ini turut berleluasa. Kadangkala prasarana dan kemudahan kelas yang tidak mencukupi menjadikan murid-murid ini tidak berminat dan bosan dengan pengajaran guru berkenaan. Justeru, guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar, seperti menggunakan makmal komputer dan memberi peluang murid-murid ini menggunakannya dalam pengajaran. Hal ini menyebabkan murid berminat mengikuti proses pengajaran guru di dalam kelas seterusnya mengurangkan tingkah laku ponteng tersebut. Seterusnya, guru juga perlu memastikan persekitaran ataupun suasana sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006), persekitaran sememangnya amat mempengaruhi proses pembelajaran murid dan memberi kesan kepada tingkah laku mereka baik dari segi fizikal mahupun psikososial. Hal ini juga turut dijelaskan dalam model disiplin Canter dan Kounin yang amat menitikberatkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan tingkah laku murid dapat dikawal. Statistik juga menunjukkan antara salah satu punca murid terlibat dalam gejala ponteng ini adalah disebabkan suasana persekitaran yang tidak menarik dan merangsang mereka untuk terlibat aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. kebiasaanya dilihat bagi murid-murid di kelas bawah. Seperti yang selalu diperhatikan, murid-murid di kelas ini kadang-kala tidak mendapat perhatian yang lebih dari guru-guru mereka. Ada segelintir guru cenderung untuk mengajar murid di kelas atas kerana mereka beranggapan murid dari kelas ini lebih mudah diajar berbanding di kelas bawahan yang kurang memerlukan perhatian. Jurang perbezaan cara pengajaran ini sebenarnya telah
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 25

Misalnya, bagi situasi yang

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

mewujudkan suasana pembelajaran yang negatif dan tidak memberangsangkan di dalam bilik darjah tersebut. Hal ini akan menyebabkan murid hilang minat untuk belajar seterusnya melakukan kesalahan ponteng dan tidak hadir ke kelas ini. Selain itu, suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah juga adalah melibatkan keselematan, kebersihan, pencahayaan dan susunan kerusi atau tempat duduk murid. Mengambil contoh susunan kerusi dan meja juga perlu diatur dengan baik supaya tiada murid yang boleh berselindung daripada penglihatan guru. Misalnya, sewaktu memberi bimbingan peribadi secara individu atau berkumpulan, guru perlu memastikan dirinya tidak membelakangkan murid yang lain. Ini juga merupakan antara langkah untuk mengelak daripada berlakunya salah laku murid di belakang guru. Selanjutnya, bagi mengatasi masalah ponteng atau tidak hadir di dalam kelas ini juga, guru perlulah sentiasa peka dalam mengawal dan menyelia tingkah laku muridnya. Seperti yang diterapkan dalam Model Pengurusan Berkelompok oleh Kounin, pengawasan dan penyeliaan kelas oleh guru ini amat dititikberatkan dalam memastikan penglibatan murid secara aktif di dalam bilik darjah. Misalnya bagi kes ponteng kelas ini, seorang guru perlulah sentiasa peka dan mengambil tahu mengenai rekod kehadiran muridnya. Apabila guru sentiasa mengawasi dan dapat mengenalpasti murid yang sering ponteng kelas itu, tindakan selanjutnya perlulah dilaksanakan terus kepadanya. Dalam hal ini, adalah amat penting bagi guru menyusun strategi dalam mengambil tindakan susulan tersebut.. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan psikologinya dalam memberi kaunseling, bimbingan dan teguran kepada murid. Malah, dalam Model Pengurusan Berkelompok ini juga, Kounin telah

menggariskan beberapa idea atau teknik berkesan yang boleh diaplikasikan dalam
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 26

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

memberi teguran secara berkelompok terutamanya kepada murid yang kerap ponteng dan tidak hadiri ke kelas. Misalnya idea Kesan Gelombang (Ripple Effect). yang dikatakan merupakan satu bentuk teguran yang mampu memberi kesan kepada rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah. Kesan ini dikenali sebagai Kesan Gelombang akan menjadi lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius Selain itu, bagi mengatasi masalah disiplin ini, guru perlulah terlebih dahulu memahami keperluan murid-muridnya. Seperti yang diterapkan dalam Model Disipin Asertif oleh Canter juga, setiap manusia sememangnya mempunyai keperluan dari segi fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghormatan dan pengetahuan yang berbeza-beza. Begitu juga bagi setiap murid di dalam kelas yang juga mempunyai emosi, perasaan juga keperluan diri untuk dipenuhi. Hal ini jugalah yang berlaku yang mendorong murid terjerumus ke dalam gejala ponteng kelas ini. Jika ada antara keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi, murid akan mula melibatkan diri dengan pelbagai perbuatan negatif agar keperluan ini dipenuhi dengan cara mendapat perhatian daripada orang lain. Oleh sebab itulah, mereka akan menimbulkan masalah di dalam kelas dengan harapan masalah mereka itu akan mendapat perhatian rakan sebaya dan juga daripada guru. Seperti yang diketahui, sememangnya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi murid untuk bertingkah laku negatif dan terlibat dalam gejala ponteng ini. Faktor-faktor seperti institusi kekeluargaan yang rapuh dan goyah, faktor rakan sebaya, media massa dan sebagainya sedikit sebanyak mempengaruhi murid tersebut untuk mempamerkan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan kerap ponteng di dalam kelas. Seorang guru yang asertif menurut Model Disiplin Asertif Canter adalah guru yang yakin, bersikap positif, bermatlamat jelas, dapat
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 27

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

mewujudkan hubungan saling mempercayai dengan murid-murid serta berupaya untuk membentuk satu sistem pengurusan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama baik dengan muridnya. Dalam menangani kes murid yang kerap ponteng kelas ini, guru perlulah mengambil pendekatan psikologi dengan cuba memahami dan menyelami punca sebenar murid berkelakuan sedemikian. Guru perlu bertindak sebagai kawan dalam memahami murid-muridnya. Hal ini akan menyebabkan murid berasa selesa dan akan memberikan kepercayaan kepada kita dengan menceritakan punca yang mempengaruhi dia bertindak sedemikian. Dengan itu, guru akan mudah menyusun strategi bagi membantu murid berkenaan mengatasi masalahnya secara tidak langsung masalah ponteng sekolah yang ditimbulkan akan beransur-ansur berkurangan. Tidak ketinggalan, guru juga boleh menggunakan strategi dengan

berkolaborasi atau bekerjasama

dengan guru mahupun pihak lain dalam

menjalankan program-program kesedaran, ceramah, bengkel atau sebagainya di sekolah. Hal ini secara tidak langsung menjadikan murid berminat untuk ke sekolah bagi bagi mengikuti program dan ceramah yang diadakan. Di samping itu, program atau ceramah ini juga perlulah dilaksanakan kepada semua murid, terutamanya kepada kumpulan murid yang gemar ponteng kelas ini. Program program seperti Program Sifar Ponteng dan sebagainya perlu dilaksanakan di sekolah dalam usaha memupuk nilai kesedaran dalam diri murid. Selain itu, idea seperti melantik murid sebagai ahli dalam Skuad Anti Ponteng dan Kelab Pencegahan Jenayah juga boleh dilaksanakan di sekolah. Selain mengisi masa lapang, rasional penubuhan

kumpulan ini juga akan memberi peluang kepada murid menggalas tanggungjawab dan meningkatkan daya kepimpinan mereka. Secara tidak langsung, murid-murid ini
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 28

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

akan lebih bersemangat ke sekolah dan ke kelas seterusnya mengurangkan masalah disiplin mereka.

Rumusan
Tuntasnya, sebagai seorang guru, perancangan yang teliti sememangnya penting dalam mengurus tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Seorang guru yang baik akan sentiasa memastikan murid tidak berasa bosan dengan pengajaran guru. Oleh sebab itu, setiap guru perlu memahami bagaimana untuk menguruskan bilik darjah secara berkesan. Sesuatu pengajaran perlulah dirancang dengan mengambil kira beberapa aspek penting. Aspek-aspek seperti tahap kebolehan murid, minat murid, aktiviti yang mencabar murid dan aktiviti yang memotivasikan murid perlu diambil kira dalam membuat perancangan awal mengenai aktiviti atau strategi yang ingin dilaksanakan. Selain itu, sebagai seorang guru juga kita perlulah mempelbagaikan keduadua model disiplin ini sememangnya merupakan antara model yang mampu membantu guru dalam mengurus bilik darjah dan tingkah laku pelajar dengan lebih berkesan dan sistematik. Model Disiplin Asertif Canter dan Model Pengurusan Berkelompok Kounin bukan hanya menjelaskan konsep dan kaedah pelaksanaannya semata-mata, namun kedua-duanya amat membantu guru dalam memberikan panduan bagi mengurus disiplin murid dalam bilik darjah. Hal ini juga menyebabkan model-model disiplin ini masih relevan untuk dilaksanakan dan dijadikan rujukan serta dilaksanakan dalam dunia pendidikan kini. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengaplikasikan konsep dan menerapkan pendekatan dalam setiap model tersebut untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

29

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

Selain itu, model-model ini juga banyak mengajar dan menyedarkan guru akan kepentingan seorang guru dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran dalam mengurus bilik darjah. Seperti yang dijelaskan dalam kedua-dua model disiplin tersebut, guru yang baik bukan sahaja seorang guru yang asertif, sentiasa yakin dan jelas dalam melaksanakan tugasnya, malah guru yang baik juga haruslah mempunyai kemahiran dalam memahami psikologi, peka terhadap keperluan dan perubahan murid. Kemahiran ini amat penting bagi guru bagi membantu mereka memahami perubahan tingkah laku murid, mencari punca murid melakukan kesalahan disiplin dalam bilik darjah seterusnya membantu mereka mencari jalan penyelesaian bagi membantu menangani masalah disiplin tersebut. Bagi menangani gejala ponteng dalam kalangan murid ini juga, semua pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras masal. Pertamanya, pihak sekolah sendiri perlu bertindak segera untuk mengekang aliran ponteng dengan mengenalpasti murid yang kerap kali ponteng ini. Banyak cara yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah seperti bertemu dengan ibu bapa murid berkenaan, mengaplikasi konsep kumpulan sasaran berfokus juga menggiatkan peranan kaunselor dalam membimbing murid bermasalah ini di sekolah. Dalam hal ini juga, kita perlu sedar bahawa persekitaran murid tidak hanya bergantung kepada persekitaran di sekolah semata-mata, bahkan persekitaran dan suasana di dalam rumah amat mempengaruhi murid menunjukkan tingkah laku bermasalah di luar. Justeru, adalah tidak wajar jika kita menunding jari dan meletakkan tanggungjawab yang perlu dipikul terhadap satu pihak sahaja. Sebaliknya, ibu bapa juga perlu memastikan suasana dalam rumah berada dalam keadaan tenang dan gembira. Tidak ketinggalan, kita juga haruslah memainkan
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 30

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

peranan sebagai anggota masyarakat yang sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan yang berlaku di persekitaran kita dan bersama-sama menanganinya. Akhir kata, disiplin sememangnya menjadi perkara asas dalam membentuk tingkah laku positif murid, terutamanya dalam memastikan pengurusan tingkah laku yang berkesan di dalam bilik darjah. Justeru, nilai disiplin ini perlulah diterapkan dalam diri murid dalam setiap perkara yang dilakukan oleh mereka. Generasi muda sekarang adalah pelapis kepada pucuk kepimpinan negara suatu hari kelak. Menyedari hakikat ini, kita perlulah bersama-sama memastikan kualiti modal insan yang ingin dihasilkan dapat memenuhi kehendak, menjaga imej sistem pendidikan diseterusnya mendukung aspirasi negara.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

31

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu Masalah Disiplin

LAMPIRAN

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

32

Вам также может понравиться