You are on page 1of 2

Aku sebuah komputer. Aku bernama Acer. Aku diperbuat daripada kaca,plastik,komponen-komponen elektronik, besi dan sebagainya.

Aku berwarna putih dan bentuk aku ialah segi empat. Aku juga mempunyai beberapa anak seperti tetikus,papan kekunci, CPU dan lain-lain. Aku dilahirkan di Tokyo, Jepun. Setelah siap diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.Aku dipamerkan di atas meja. Aku juga mempunyai beberapa kawan seperti Samsung, HP, Apple, Dell, dan sebagainya.Harga aku adalah RM 2500.00. Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut. Setelah dia melihat-lihat komputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia membayar hargaku, dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Soo Ai Ling. Dia bekerja sebagai seorang akauntan. Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada hujung minggu, tuan aku melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu dan menonton video dengan menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan aku kerana aku cantik dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu dilap oleh tuan aku pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih selalu. Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku dimasuki virus. Kemudian, aku rosak. Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki. Akhirnya, aku pulih semula. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku selamalamanya. Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.

Sekolah Saya
By Sarah

Saya belajar di sebuah sekolah yang terletak di bandar. Ia adalah sebuah sekolah yang besar. Ada lebih kurang seribu orang murid di dalam sekolah saya itu. Guru Besarnya adalah seorang perempuan Melayu yang cantik. Ia bertimbang rasa kepada semua murid-murid dan guru-guru di sekolah saya. Ada tiga puluh orang guru di sekolah saya. Setengah daripadanya adalah Melayu, setengahnya Cina dan India. Kebanyakan mereka adalah guru-guru perempuan. Mereka adalah guru-guru yang bijak dan bertimbang rasa. Mereka berkerja keras supaya murid-murid dapat memahami pelajarannya dengan baik. Perpustakaan di sekolah saya adalah sangat besar. Ada berjenis-jenis buku di dalamnya. Padang sekolah juga sangat luas. Murid-murid bermain berjenis-jenis permainan di padang. Sesungguhnya saya sangat sayangkan sekolah saya itu.