You are on page 1of 3

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN SOLAR BOAT RACE ANTARA SMT/V PERINGKAT ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN

TAHUN 2012 A. PERATURAN UMUM 1. PASUKAN 1.1 1.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pelajar dengan seorang guru pembimbing.

2. SPESIFIKASI SOLAR BOAT 2.1 Motor untuk mengerakkan model bot solar mestilah DC motor 3 6V sahaja. 2.2 Sel solar yang digunakan mestilah dari jenis silicon-based yang mudah didapati secara komersial dipasaran. Sel solar yang sukar didapati dan digunakan untuk tujuan penyelidikan, grade angkasa atau jenis Gallium Arsenide adalah sama sekali dilarang. 2.3 Setiap model bot hanya dibenarkan menggunakan satu motor (rujuk syarat 2.1)dan satu propeller sama ada di dalam air atau udara. 2.4 Kuasa maksima yang dibekalkan oleh sel solar bagi setiap model bot mestilah tidak melebihi 1 Watt. (rujuk syarat 2.2) 2.5 Semua tenaga yang dibekalkan kepada model bot adalah tenaga daripada cahaya matahari sahaja. Sebarang penambahan atau penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model bot adalah tidak dibenarkan. 2.6 Hanya satu alatan elektronik yang TIDAK melibatkan penyimpanan tenaga dibenarkan dipasang pada model bot. Kapasitor adalah dilarang sama sekali penggunaannya. 2.7 Dimensi maksima bagi setiap model bot yang dibenarkan adalah seperti berikut: a) Panjang : 40 cm b) Lebar : 30 cm c) Ketinggian : tiada limit d) berat : tiada limit 2.8 Sel solar tidak boleh digunakan sebagai binaan badan model bot. 2.9 Peserta mesti membina sendiri model bot yang akan dipertandingkan. Penggunaan kit atau model yang sedia ada dipasaran bagi tujuan pembinaan binaan badan model bot adalah dilarang. Hanya propeller model bot boleh menggunakan kit atau model yang sedia ada dipasaran. 2.10 Sekiranya propeller udara digunakan, tiada had saiz terhadap propeller, tetapi keseluruhan saiz maksima bot mestilah mematuhi syarat 2.7 2.10.1 Penggunaan system gear tidak dibenarkan dalam pembinaan solar boat. 2.11 Setiap model bot mesti mempunyai satu ruangan berukuran 3 X 1 cm di bahagian sisi atau atas model bagi tujuan melekatkan nombor kod.

2.12

Setiap pasukan dibenarkan membina model bot solar di sekolah masing-masing dan dibawa ke pertandingan kejohanan.

B. KAEDAH PERTANDINGAN 1. Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod bot (B1,B2 ....B11) dan perlu dilekatkan di ruang 3 X 1 cm di atas model bot. 2. Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi. 3. Pertandingan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600 700 Lux 4. Jika pertandingan kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh hakim. 5. Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat: 5.1 Saringan a) Setiap pasukan akan berlumba sebanyak 2 pusingan b) Masa terbaik bagi model bot yang melepasi garisan penamat akan dicatatkan dan diambil sebagai penilaian. c) 8 model solar boat terpantas akan dipilih ke pusingan separuh akhir. 5.2 Separuh akhir a) Setiap pasukan akan berlumba sebanyak 2 pusingan b) Masa terbaik akan dicatatkan dan diambil sebagai penilaian. c) 4 model solar boat terpantas akan dipilih ke pusingan separuh akhir 5.3 Akhir a) Hanya sekali perlumbaan sahaja b) Masa yang paling pantas dicatat dan disusun untuk menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan ketiga. 6. Sekiranya tiada pasukan yang berjaya melepasi garisan penamat dalam masa 3 minit, penentuan pemenang akan dinilai berdasarkan jarak kedudukan bot dari garisan permulaan selepas 3 minit. 7. Kuasa semua model bot yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian.

8. Selang masa di antara setiap perlumbaan ialah 3 minit. 9. Peserta dilarang menolak model bot untuk memulakan perlumbaan. Peserta yang menolak model bot untuk permulaan boleh mengakibatkan pembatalan penyertaan atau permulaan semula perlumbaan. Pihak hakim akan menentukan sama ada pembatalan penyertaan atau permulaan semula perlumbaan.

10.

Peserta dilarang untuk mengiring atau menyentuh model bot semasa ia bergerak di atas trak perlumbaan. Pembatal penyertaan boleh dikenakan bagi peserta yang mengingkari peraturan. adalah dilarang semasa

11. Sebarang pengubahsuaian ke atas model bot perlumbaan kecuali dengan kebenaran pihak hakim.

12. Percubaan semula tidak dibenarkan sepanjang pertandingan. C. PENGHAKIMAN DAN BANTAHAN 1 2 3 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urusetia kejohanan dalam tempoh 1 jam dengan wang cagaran sebanyak RM50 menggunakan borang (Borang STTJ/B-R) yang disediakan oleh pihak pengelola. Sebarang bentuk bantahan kepada hakim pertandingan tidak akan dilayan.