Вы находитесь на странице: 1из 2

Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting.

Namun pada hakikatnya, selain oksigen, air merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong barubaru ini, hanya 50 peratus daripada mereka minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja. Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan. Air yang bersih juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.

Selain untuk tubuh badan manusia, air juga penting untuk kegunaan domestic dalam kehidupan seharian. Air penting sebagai air minuman, untuk memasa dan juga membasuh. Tanpa air, manusia dapat menjalankan aktiviti harian mereka kerana kehidupan manusia bergantung kepada air. Malahan, air juga penting untuk membekalkan sumber protin utama kepada manusia iaitu seperti ikan, udang dan ketam.

Air juga penting untuk mengairi kawasan pertanian. Pembinaan empangan Muda di Kedah dan empangan Kemubu di Kelantan adalah bertujuan untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan pertanian terutamanya padi. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan tidak mungkin dapat hidup dengan subur. Selain itu, pembinaan empangan juga penting untuk membekalkan kuasa hidroelektrik kepada manusia. Pembinaan empangan Kenyir di Sungai Terengganu telah membekalkan sumber elektrik untuk melancarkan aktiviti seharian penduduk.

Atas kesedaran tentang berapa pentingnya air, maka beberapa langkah penting perlu diambil oleh penduduk di Negara ini untuk menangani masalah sekiranya berlaku kekurangan bekalan air. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kekurangan air ialah dengan mengadakan kempen seperti Kempen Hargai Air. Melalui kempen ini, masyarakat akan dididik serta diberi kesedaran tentang cara-cara yang boleh digunakan untuk menjimatkan penggunaan air bagi mengelakkan pembaziran. Sejak akhir-akhir ini, kerajaan sedang giat menjalankan kempan ini sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang

dijangka akan berlaku di nagara ini. Langkah yang diambil oleh kerajaan ini sebagai tindakan awal supaya penduduk beringat dan berjimat cermat apabila menggunakan air. Tindakan pihak kerajaan ini bolehlah dianggap sebagai ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Selain mengadakan kempen, langkah untuk mengatasi masalah kekurangan air juga boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti mengitar semula air yang telah digunakan. Keadaan ini mungkin belum dilaksanakan di Negara ini, tapi Negara-negara maju seperti Jepun telah mula menjalankannya bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air. Kitar semula air boleh dijalankan oleh kialng-kilang yang mengitar semula air yang telah digunakan dan air kitar semula ini digunakan pula untuk memberishkan mesin-mesin yang terdapat di kilang-kilang yang berkenaan. Selain itu, air sisa domestic juga boleh dikitar semula dan digunakan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan. Kitar semula air akan dapat menjimatkan penggunaan air di Negara kita.

Langkah seterusnya yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah kekurangnan bekalan air ialah dengan mengenakan tariff yang tinggi terhadap penduduk yang menggunakan air melebihi had yang telah ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan penduduk akan lebih berhemah semasa menggunakan air kerana mereka akan cuba mengurangkan kos membayar bil air.

Kesedaran tentang pentingnya memelihara sungai dan sumber-sumber air yang lain mesti ditanamkan di jiwa setiap orang, khasnya para pemaju projek. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka dan prihatin sebelum meluluskan sesuatu projek pembangunan terutamanya yang melibatkan penebangan hutan. Hal ini perlu dilakukan supaya sumber bekalan air di Negara kita tidak terancam dan penduduk di Negara ini akan mendapat bekalan air secara berterusan kerana air adalah penting untuk kita menjalani kehidupan seharian .

Вам также может понравиться