Вы находитесь на странице: 1из 2

*Pada Ogos, Malaysia telah menghantar semula sekurang-kurangnya 11 warga China dari etnik Uighur setelah menahan mereka.

China telah memberi tekanan kepada beberapa negara termasuk negara di Asia, untuk memulangkan warga Uighur. Malaysia melanggar undang-undang amalan antarabangsa refoulement dengan memulangkan mereka ke China, yang mempunyai rekod mendera Uighur. 6. Hukuman Mati *Kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan statistik hukuman dan penggunaan hukuman mati. Tetapi, kerajaan menolak saranan untuk penangguhan hukuman mati dan mahkamah sentiasa menjatuhkan hukuman mati. *Jawapan kepada soalan parlimenn pada April, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata bahawa 441 orang telah menjalani hukuman mati sejak 1960, 696 banduan penjara maut sehingga Februari 2011. Majoriti hukuman mati adalah bagi kesalahan dadah (69%), diikuti pembunuhan (29%). Kedua kesalahan mempunyai hukuman mati mandatory. 7. Keadilan Antarabangsa *Pada Mac, Kabinet Malaysia bersetuju untuk akur kepada Rome Statute of the International Criminal Court (ICC); tetapi ia masih tertunggak. *Pada Jun, kerajaan mengumumkan Presiden Sudan Omar Al-Bashir akan menyertai forum ekonomi di Malaysia. Omar Al-Bashir adalah dibawah waran tangkap ICC bagi pembunuhan, jenayah kemanusiaan dan jenayah peperangan di Darfur. Menteri Undang-Undang Nazri Aziz menggesa kerajaan untuk menarik balik jemputan dengan memetik keputusan Malaysia untuk menyertai ICC. Lawatan telah dibatalkan.

Laporan Amnesty International 2012 Keadaan Hak Asasi Sedunia


Laporan ini meliputi jangkamasa Januari - Disember 2011.

Amnesty International adalah pergerakan sedunia yang terdiri dari lebih 3 juta penyokong, ahli dan aktivis yang berkempen agar hak asasi antarabangsa dihormati dan dilindungi. Visi kami adalah agar setiap insan dapat menikmati semua hak asasi yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia. Misi Amnesty International adalah untuk mengendalikan kajian dan bertindak menghalang pencabulan hak asasi manusia sivil, politikal, sosial, budaya dan ekonomi. Dari kebebasan berekspresi dan berpersatuan hingga ke integriti mental dan fizikal, dari perlindungan dari diskriminasi ke hak ke atas rumah hak-hak tersebut tidak boleh dikecualikan. Laporan Amnesty International 2012 mendokumenkan keadaan hak asasi manusia pada 2011. Laporan ini menunjukkan tuntutan hak asasi manusia berterusan bergema di seluruh pelusuk dunia. Laporan ini menunjukkan cara menangani pencabulan hak asasi manusia dan datang dari pelbagai sumber. Amnesty International kini sedang menuju ke arah abad ke enam dan laporan ini menjadi saksi bukan sahaja bagi penderitaan yang dialami oleh mereka yang dicabuli hak tetapi juga bagi mereka yang terus mendapat inspirasi bagi menegakkan hak asasi manusia dan prinsip maruah insan. Perubahan, keberanian dan konflik membentuk 2011 tahun dimana insan berdiri menentang kerajaan dan penguatkuasa yang zalim. Perbezaan diantara keberanian penunjuk perasaan yang mahukan hak dan kegagalan kerajaan untuk menepati tuntutan mereka adalah amat jelas. Bersatu menentang ketidakadilan, bekerjasama untuk hak asasi manusia.

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN? Sertai Amnesty International dan jadi sebahagian dari pergerakan sedunia yang berkempen untuk menghentikan pencabulan hak asasi. Bantu kami melakukan perubahan. Jadi ahli Amnesty International Malaysia. Sertai kami melalui Facebook di www.facebook.com/AIMalaysia atau hubungi pejabat di 603 - 79552680

Amnesty International Malaysia A-3-3A, 8 Avenue, Jalan Sungai Jernih 8/1, Section 8, 46050 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03 79552680 Faks: 03 79552682

Laporan Mengenai Malaysia


Status: Hukuman Mati: pengamal Populasi: 28.9 juta Jangka Hayat: 74.2 tahun Tahap literasi Dewasa: 92.5 % 1. Kebebasan Berkumpul dan Berpersatuan *Apabila pergerakan Bersih mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada Julai, 1667 penunjuk perasaan aman telah ditangkap secara rambang dan ditahan sementara. Polis memukul penunjuk perasaan dan menembak gas pemedih mata kearah mereka, mencederakan mereka dan sekurang-kurangnya 2 ahli Parlimen. Sebelumperhimpunan penguatkuasa telah menankap beberapa dozen mereka yang dituduh terlibat dengan Bersih, yang telah diumumkan sebagai pergerakan haram pada 2 Julai. *Kerajaan menghalang Hindraf Makkal Sakthi (Hindraf), sebuah NGO yang mahukan hak samarata bagi warga Malaysia berbangsa India dan berkaitan dengan Parti Hak Asasi dari mengadakan perarakan anti-racisme di Kuala Lumpur pada Februari. Pada April, perbicaraan jenayah bernula bagi ahli Hindraf atas tuduhan menjadi ahli kepada pertubuhan yang diharamkan. 2. Tangkapan rambang dan tahanan *Dalam pengumuman yang memeranjatkan pada September, PM Najib menyatakan kerajaannya akan memansuhkan ISA, yang antaranya membenarkan tahanan tanpa bicara atau tuduhan. Tetapu pemansuhan akan ditunda ke Mac 2012 sementara kerajaan mendraf 2 undang-undang baru untuk menggantikan ISA. Di akhir Disember, sekurangnya 13 ditahan dibawah ISA. *Pada Ogos, penguatkuasa membebaskan 8 pegawai imigresen yang ditahan dibawah ISA. Tangkapan pada 2010 adalah bagi kes pemerdagangan manusia pertama Negara tetapi mereka tidak dituduh. *Pada September, kerajaan menghantar semula seorang tahanan ISA ke Singapura, yang ditahan dibawah akta yang sama. Pada Mei, Abdul Majid Kunji Mohamad, warga Singapura ditangkap kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Philippine, Moro Islamic Liberation Front. Beliau juga dihantar semula ke Singapura (lihat laporan Singapura). *6 aktivis ditahan dalam tahanan di lokasi rahsia pada Julai. Kesemua adalah ahli Parti Sosialis termasuk Jeyakumar Devaraj , anggota parlimen. Mereka ditahan di

Pulau Pinang pada Jun dan dibebaskan diakhir Julai. 3. Kebebasan Berekspresi *Kerajaan menekan kritikan dengan mengkehendaki lesen bagi penerbitan dan mengancam dengan tuduhan jenayah dibawah Akta Hasutan *Pada Februari, Malaysiakini, portal berita mencabar penolakan kerajaan keatas permohonannya untuk permit menerbitkan suratkhabar. Pada September, Menteri Dalam Negeri menjawab kebenaran untuk menerbitkan suratkhabar adalah suatu keistimewaan dan bukan hak. Sehari sebelum perhimpunan Bersih pada 9 Julai, laman web Malaysiakini telah diserang dan tergendala. *Pada October, polis menyiasat professor undang-undang Aziz Bari dibawah Akta Hasutan kerana tulisan laman web yang mengkritik sokongan Sultan Selangor. Beliau juga disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan digantung kerja di UIA. 4. Kezaliman dan penderaan lain *Ramai telah dizalimi dan didera secara sistematik melalui rotan, hukuman yang dikenakan bagi lebih 60 kesalahan jenayah. *PadaJun, Menteri Dalam Negeri memberitahu bahawa 29,759 pekerja asing telah dirotan bagi kesalahan imigresen diantara 2005 dan 2010; 60% adalah warga Indonesia. 5. Pelarian dan Pekerja Asing *Pada Ogos, Mahkamah Tinggi Australia memerintahkan bahawa perjanjian bilateral antara Australia dan Malaysia untuk menukar pelarian adalah tidak sah. Dibawah pelan tersebut Australia akan menghantar 800 pemohon perlindungan ke Malaysia 800 yang tiba di Australia melalui laut. Sebagai tukaran, Australia akan menempatkan 4000 pelarian dari Malaysia. Perintah tersebut melarang Australia dari menghantar semula pemohon perlindungan berdasarkan sebab bahawa Malaysia yang masih belum menandatangani Konvensyen Pelarian PBB tidak mempunyai perundangan bagi menjamin perlindungan pelarian (lihat laporan Australia). *Pada April, pekerja asing yang ditahan di Pusat Tahanan Lenggeng berdekatan Kuala Lumpur memberontak. Siasatan polis menunjukkan keadaan tahanan yang buruk dan tahanan tanpa had masa yang menjadi antara punca insiden. Pekerja tanpa dokumen sentiasa ditahan dan jika didapati bersalah menghadapi penjara dan rotan. *Pada 30 Mei, Malaysia dan Indonesia menandatangani memorandum persefahaman mengenai pekerja asing. MoU membenarkan pembantu rumah warga Indonesia untuk menyipan pasport dan satu hari rehat. Tetapi ia tidak meletakkan tahap minimum gaji atau isu hamba hutang.

Вам также может понравиться