Вы находитесь на странице: 1из 3

HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH

Perutusan YB Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Hari / Minggu Anti Dadah Kebangsaan 19 Februari 2007 Bismillahirrahmanirahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat Sejahtera Kepada: SEMUA WARGA SEKOLAH Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara pada 19 Februari 1983 oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Sempena pengisytiharan tersebut tarikh 19 Februari setiap tahun telah disambut sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini bermakna sudah 24 tahun kita berusaha menangani masalah dadah di negara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan matlamat Sekolah Bebas Dadah pada Tahun 2012. Visi Pendidikan Pencegahan Dadah ini telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu pada 8 Januari 1998. Sementara itu, Kerajaan Malaysia telah mensasarkan Negara Bebas Dadah Tahun 2015. Dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama, kita tidak boleh membiarkan masalah dadah menggugat negara kita dan membiarkan genarasi muda kita terjejas. Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, agama, usia, dan jantina. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masalah ini juga telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan kes HIV/AIDs dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Sekali terjebak dengan gejala dadah amat sukar untuk mencari jalan keluar. Adalah menjadi dasar negara untuk mempastikan warga Malaysia bebas daripada masalah dadah. Memandangkan bahayanya ancaman dadah kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat maka strategi menangani masalah dadah perlu ditingkatkan supaya ianya lebih berkesan. Ini termasuklah usaha-usaha pencegahan rokok, alkohol dan inhalan di kalangan murid sekolah. Menyedari hakikat ini Y.A.B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk mempengerusikan sendiri Jawatankuasa Kabinet Membentras Gejala Dadah (JKMD) mulai tahun 2004. Sementara Y.A.B. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Majlis Tindakan Membanteras Dadah Kebangsaan (MTMD). Kementerian Pelajaran Malaysia

telah diberi tanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Pencegahan dan Publisiti. Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah disekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, staf sokongan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjahuinya an berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Mengikut maklumat yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan, golongan yang ramai terjebak dengan dadah di negara ini ialah belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia bimbang kerana akhir-akhir ini umur dikesan mula menagih menurun kepada mereka yang berumur 13 tahun. Mengikut rekod ujian urin yang dijalankan di sekolah menengah untuk mengesan pelajar yang mencuba dadah mulai tahun 2001 hingga 2006, purata yang dikesan seramai 250 orang setahun daripada 5.3 juta pelajar. Tindakan susulan telah dibuat untuk mempastikan mereka tidak terus terlibat. Pihak sekolah diminta untuk menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah di mana Pengetua dan Guru Besar bertindak sebagai pengerusi. Pihak sekolah juga diminta untuk melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah yang telah diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri. Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah berteraskan empat pendekatan iaitu Kurikulum, Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pengurusan/Kepimpinan. Pentadbir telah diberi garis panduan yang jelas untuk melaksanakan semua program dan aktiviti di peringkat sekolah. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Antara Program dan Aktiviti teras yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah ialah: Mesej Pendidikan Pencegahan Dadah Ujian Pengesanan Dadah Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) Ceramah dan Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah Dalam KBSM Program Intervensi Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Waja Diri Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES) Kolokium Pendidikan Pencegahan Dadah Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Sahabat Pemadam Nafas Segar Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah

Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah Mengikut Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Narkotik, PDRM penghasilan dadah sintatik/tiruan pada hari ini lebih bahaya daripada dadah asli (ganja, heroin, morfin). Pengambilan dadah jenis Amphetamins Type Stimulants (ATS) boleh mendatangkan kerosakan kekal kepada otak dan diri individu kerana bahan campuran beracun yang turut dimasukkan ke dalamnya. Begitu juga dengan pengambilan syabu, pil kuda, ecstacy, inhalan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pergantungan kekal kepada dadah. Sehungan dengan itu, semua warga pendidikan di sekolah perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah mereka yang terlibat dengan dadah. Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah perlu digerak dan diaktifkan. Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) juga diminta untuk memainkan peranan aktif dalam mempastikan hasrat Sekolah Bebas Dadah akan tercapai. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah PIBG perlu diaktifkan di semua sekolah. Di rumah pula, ibu bapa dan keluarga hendaklah memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mencorak kelakuan, tingkahlaku, tabiat, budi bahasa dan pendidikan agama. Anak-anak perlu diawasi pergerakan dan pergaulan mereka supaya tidak terpengaruh dengan gaya hidup bebas dan menghindarkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Saya sedar tugas dan tanggungjawab dalam memerangi masalah dadah ini amat berat dan mencabar. Walau bagaimanapun saya amat yakin bahawa dengan semangat dan tekad yang tinggi kita boleh berjaya. Apa yang kita laksanakan sekarang adalah untuk kebaikan warga pendidikan demi mencapai kesejahteraan keluarga, mayarakat dan negara. Saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus mendokong usaha Kerajaan untuk menghapuskan gejala negatif ini. Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus mempertingkatkan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat Sekolah, Daerah, Bahagian, Negeri dan Kebangsaan. Sesuai dengan tema Sambutan Hari/Minggu Anti Dadah Kebangsaan pada tahun ini iaitu HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH, marilah kita merealisasikan matlamat SEKOLAH BEBAS DADAH 2012. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein) Menteri Pelajaran Malaysia

Вам также может понравиться