Вы находитесь на странице: 1из 7

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA; ORANG ASLI 1) Maksud Mesra Budaya; Menurut Ralp Linton

n (1945) " Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu masyarakat. sesuatu yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

2) Mesra Budaya Mengikut Etnik; Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004 Kepelbagaian ini tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai persamaan hak sebagai warganegara Malaysia. Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) iaitu bagaimana guru hendak mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut dalam kalangan murid sebagai anggota masyarakat malaysia. Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya anggota atau etnik yang lain (Alred, Byram, & Fleming, 2002; Swiniarski, Breitborde, & Murphy,1999) Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, etnik, dan budaya ialah: hormat-menghormati; toleransi; kasih sayang terhadap alam sekitar; kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang; dan patriotik . Oleh itu,untuk mencapai matlamat ini guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid,di dalam dan di luar bilik darjah. antara aktiviti pembelajaran mesra budaya yang boleh digunakan ialah Projek yang dicadangkan oleh murid seperti menyediakan bahan "Kenali Malaysia. Menonton filem/video sejarah sekolah atau cara memasak makanan tradisional pelbagai kaum.

3) Pelan Tindakan; KPM akan terus berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio ekonomi di negara ini. Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bahawa KPM sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan tidak ada murid yang akan ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di negara ini. Sementara itu, dalam konteks pembelajaran anak-anak Orang Asli, kementerian memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka, katanya. Kata Hishammuddin, pendefinisian semula ini dilakukan untuk membantu anak-anak Orang Asli supaya tidak terus tercicir dalam pendidikan. Menurutnya lagi, mereka ini boleh dikelompokkan dalam golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai aspek antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.

4) Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar Meskipun tergolong dalam golongan minoriti; jumlah penduduk kira-kira 141,230 orang OA tidak pernah tercicir atau dinafikan hak dalam arus pembangunan perdana. Sejak RMK-7, tumpuan kepada pembangunan fizikal-keselamatan dan integrasi kaum, semakin mendapt hak istimewa. RMK-8 peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM 303.5 juta bebanding RM 148.7 juta (RMK-7). Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Objektif pelan ini bertujuan; - Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir. Kumpulan sasar ini terdiri dari 6 kumpulan iaitu;

a) Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun) - Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.

b) Peringkat Rendah (7-12 tahun) - Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan rendah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

c) Peringkat Menengah (13-18 tahun) - Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. - Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.

d)

Peringkat Tertiari - Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global.

e) Peringkat Tercicir - Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. - Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan.

f) Kumpulan Dewasa - Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu : i) Wanita - Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.

ii) Semua peringkat - Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.

5. Pelaksanaan Pelan Tindakan. Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), juruperunding, swasta dan para akademik. Dalam melaksanakan pelan ini; Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan; NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda; Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kajian program/projek yang dilaksanakan secara outsourcing.

Keperluan Peruntukan. - Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek. - Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut; Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana; Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli; Penyediaan peruntukan yang mencukupi; Kerjasama yang erat dan mantap dalam kalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA - Skim bantuan ini disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli diperingkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. - Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka. - 2 jenis-Jenis Bantuan: A) Sekolah Rendah dan Menengah. o Yuran Persekolahan. o Kokurikulum o Kertas ujian bulanan 4

o Sukan tahunan sekolah o Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral o MSSM B) Bantuan Persekolahan o Buku tulis dan buku kerja o Alat tulis o Pakaian seragam sekolah o Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun pencuci, kapur kasut, tuala mandi). o Tambang pengangkutan ke sekolah. o Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).

6) Pendemokrasian Pendidikan; Infrastruktur yang sempurnaa mempunyai asrama, peralatan lengkap (di dalam dan di luar bilik darjah) dan penggunaan bahan bantu mengajar yang terbaik. Ini bererti apa juga kemudahan yang terdapat di sekolah perlu disamaratakan secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigineous atau bukan kaum indigineous.

7) Tindakan kolektif; Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program `Outreach' Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak Orang Asli. Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak Orang Asli, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dan sebagainya.

8) Bantuan Kewangan; Pengagihan peruntukan kewangan tanpa memilih bulu membolehkan para pelajar khususnya yang belajar di sekolah-sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar. Ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan ini akan menafikan peluang untuk pelajar ini berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara. Sebagai langkah membendung inflsasi, pada tahun 2008 Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk program pembangunan masyarakat Orang Asli. Sebanyak RM13.4 juta untuk bantuan makanan tambahan, RM2.7 juta bagi membiayai kos pengangkutan pelajar, bantuan wang saku pelajar RM2 juta dan bantuan input pertanian sebanyak RM1.9 juta.

9) Tindakan Badan Bukan Kerajaan; Sebagai menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengadakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat kepada murid-murid masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi. Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Azian Mohd Noh menjelaskan bahawa projek yang dijalankan berbentuk bantuan peralatan sukan yang berjumlah RM3,000 bagi meningkatkan lagi pencapaian sukan di sekolah tersebut khususnya dalam sukan bola sepak dan sepak takraw.

10) Tindakan Guru; Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab. Penyediaan BBB yang relevan. Perlu sentiasa peka dengan situasi atau masalah murid-murid indigineous. Empati tetapi tegas dalam segala hal. Penyayang dan ikhlas mengajar.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Indigenous Melalui pendemokrasian pendidikan, kemudahan infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama dan peralatan lengkap di dalam dan luar bd. Adakan program outreach Pendidkan Khas dan Lawatan Jawatankuasa bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan anak orang asli dan indigenous. Ada pegawai dan pihak yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak orang asli dan indigenous, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dsb.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Pedalaman Agihan peruntukan kewangan tanpa bias membolehkan para pelajar lur bandar menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar. Program Pembacaan Tambahan (2006) sediakan bahan-bahan bacaan tambahan bagi murid di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Tingkatkan program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup (LSBE), yang memberi kapasiti kepada guru-guru utk mengajar kanak-kanak dan warga dewasa mengenai pencegahan HIV, dengan sasaran 100 buah sekolah di Malaysia termasuk sekolah pedalaman. Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M- tahun 2006) bagi memastikan murid tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepasenam bulan mengikuti persekolahan.ada masalah lagi masuk kelas pemulihan. Semasa Datuk Seri Abdullah menjadi PM dan Menteri Kewangan, beliau telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pedalaman. Bagi pedalaman Sabah dan Sarawak serta Semenanjung PM mahu memastikan supaya sekolah dapat bekalan elektrik 24 jam Masih ada 300buah sekolah tiada kemudahan air bersih dan elektrik. PM mahu sekolahsekolah tersebut akan mendapat bekalan air bersih dan elektrik 24 jam.

Antara strategi yang dirancang dengan menambahbaik Program Pembangunan pendidkan Luar Bandar di sabah dan Sarawak ; i. Bilik darjah- 805 sekolah dan 5,138 bilik darjah ii. Asrama 2,800 kapasiti penghuni iii. Rumah guru 414 projek 841 unit iv. Menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendah v. Menyediakan bekalan air ke 193 buah sekolah.

Вам также может понравиться