You are on page 1of 1

Aku sebuah basikal .

Aku sebuah basikal . Namaku BMX . Aku dibuat di sebuah kilang basikal yang terletak di Johor Bahru . Aku diperbuat daripada besi , plastik dan getah . Badanku berwarna biru . Badanku sangat cantik . Setelah aku siap dipasang , aku dihantar ke sebuah kedai basikal . Aku dipamerkan di tempat menyimpan basikal bersama kawan-kawan yang lain . Aku diletakkan tanda harga sebanyak RM465 . Beberapa hari kemudian , datang seorang pemuda . Dia mencubaku . Setelah berpuas hati , dia membeliku . Tuan aku bernama Tam. Tam menunggang aku ke sekolah pada setiap hari . Tuan aku membasuh badanku pada setiap minggu . Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik . Aku berharap dapat berkhidmat untuk tuan aku selamalamanya .