Вы находитесь на странице: 1из 10

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN :

SUMBANGSARAN
Oleh HAMIZAN BIN PALIL Jabatan Kemahiran Hidup

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Prinsip-prinsip sumbangsaran Langkah-langkah sumbangsaran

PENGENALAN
Dikenali juga sebagai pencambahan fikiran (brainstorming). Setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Menggunakan teknik buzz untuk mendapatkan idea dalam menyelesaikan masalah.
seterusnya

P&P dimulakan dengan guru mengemukakan satu atau beberapa topik perbincangan yang berbentuk soalan bermasalah. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.( 6-10 orang murid) Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan.

Isi kandungan

PRINSIP-PRINSIP SUMBANGSARAN
Beberapa garis panduan dalam menjalankan sesi sumbangsaran.
1) Topik yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid. 2) Garis panduan untuk sesi sumbangsaran diberikan oleh guru haruslah ringkas dan jelas. 3) Setiap kumpulan haruslah mengandungi ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kebolehan.
seterusnya

4) Melantik pengerusi yang boleh menggalakkan ahli-ahlinya mengemukakan cadangan dan idea yang berkaitan dengan topik perbincangan. 5) Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. 6) Cadangan dan idea yang dikemukakan, walaupun salah, tidak boleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya boleh dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir.

seterusnya

7) Setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk mengemukakan cadangan. 8) Ahli-ahli digalakkan menggunakan prinsip 5 W (what? Why? Who? Where? When?) untuk mengembangkan idea penyelesaian masalah. 9) Ahli-ahli juga digalakkan menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh untuk meningkatkan kemungkinan penyelesaian.

seterusnya

10)Suasana perbincangan yang tidak formal harus diwujudkan untuk menggalakkan perbincangan. 11)Pastikan peruntukkan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

Isi kandungan

LANGKAH-LANGKAH SUMBANGSARAN
Melibatkan 3 peringkat yang utama, iaitu: i. Peringkat Permulaan, ii. Peringkat Perbincangan iii. Peringkat Penilaian Dan Rumusan.

seterusnya

i.

PERINGKAT PERMULAAN

Mengemukakan soalan-soalan perbincangan. ii. Menerangkan tujuan perbincangan. iii. Menghuraikan garis panduan perbincangan. iv. Membahagikan murid-murid dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Sesi sumbangsaran

i. PERINGKAT PERBINCANGAN ii.

Ahli-ahli kumpulan mencadangkan idea penyelesaian. Pelapor mencatat idea-idea yang dikemukakan.

i.

PERINGKAT PENILAIAN & RUMUSAN

Pelapor-pelapor membentangkan ideaidea di depan kelas. ii. Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan. iii. Murid-murid mencatat pendapatpendapat yang telah dipersetujui. seterusnya

Вам также может понравиться