You are on page 1of 9

ASAS PEMASARAN CBA 311

1.1 PENGENALAN

Harga merupakan sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang diberikan.

1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENENTUAN HARGA

Rajah 1.2.1 Menurut rajah 1.2.1 faktor-faktor penentuan harga disebabkan oleh faktorfaktor dalaman dan faktor- faktor luaran

ASAS PEMASARAN CBA 311

Faktor-faktor Dalaman

Objektif Pemasaran Sebelum penetapan harga di lakukan, sesebuah syarikat perlu menentukan strategi mereka terlebih dahulu.Strategi yang dibentuk perlulah berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat.Objektif yang sering digunakan termasuklah untuk terus hidup memaksimumkan keuntungan semasa, kepimpinan syer pasaran dan kepimpinan dalam kualiti produk. a. Untuk terus hidup Objektif firma adalah untuk meneruskan perniagaan. Perletakkan harga yang rendah adalah untuk meningkatkan permintaan dan pada masa ini untung kurang diutamakan. b. Memaksimumkan untung semasa. Perletakan harga bagi tujuan memaksimumkan keuntungan semasa syarikat. Kebiasaannya harga tinggi diletakkan. c. Kepimpinan syer pasaran. Objektif firma adalah untuk mendapatkan syer pasaran yang besar. Firma percaya syer pasaran yang terbesar akan dapat mencapai kos yang paling minimum dan keuntungan yang paling maksima. d. Kepimpinan kualiti keluaran

ASAS PEMASARAN CBA 311

Firma akan mengeluarkan keluaran yang peling bermutu dipasaran. Harga yang tinggi diletakkan bertujuan untuk menanggung kos R&D (research and development) dan kos pengeluaran satu produk yang berkualiti.

Kos Kos sesebuah syarikat atau organisasi merupakan elemen yang sangat penting dalam strategi penentuan harga.Firma yang mempunyai kos yang terendah dapat menetapkan harga yang rendah dan akan menghasilkan jualan dan keuntungan yang lebih.Sesuatu organisasi perlu meletakkan harga yang akan meliputi kos pengeluaran, pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang ditanggung Kos terbahagi kepada dua, iaitu kos tetap dan kos berubah.Kos tetap ialah kos yang tidak akan berubah walaupun berapa banyak jumlah pengeluaran atau jualan yang dibuat.Contoh sewa dan gaji pekerja.Kos berubah pula ialah kos yang akan berbeza pada peringkat pengeluaran yang berbeza. Contoh kos bahan mentah yang diperlukan adalah berbeza mengikut peringkat pengeluaran.

ASAS PEMASARAN CBA 311

Strategi Campuran Pemasaran

Harga merupakan salah satu elemen di dalam campuran pemasaran. Keputusan berkenaan harga perlu dikoordinasikan dengan keputusan mereke bentuk produk, pengagihan dan promosi untuk menghasilkan program pemasaran yang konsisten dan berkesan.Keputusan yang dibuat ke atas campuran pemasaran yang lain akan mempengaruhi keputusan penentuan harga.Misalnya sebuah syarikat yang ingin membentuk produk yang berkualiti tinggi perlu meletakkan harga yang tinggi untuk meliputi kos yang lebih tinggi.

Pertimbangan Organisasi

Pihak pengurusan mesti menentukan siapa di dalam organisasi yang patut menetapkan harga.Dalam syarikat-syarikat kecil,harga selalunya ditetapkan oleh pengurusan atasan dan bukan jabatan pemasaran atau jualan. Dalam organisasi yang besar,penentuan harga biasanya dikendalikan oleh pengurusan bahagian atau pengurus lini produk.Dalam pasaran industri, jurujual mungkin dibenarkan berunding dengan pelanggan dalam jeda harga tertentu.Namun demikian,pengurusan atasan menetapkan harga objektif dan polisi penentuan harga dan ia sering meluluskan harga-harga yang dicadangkan oleh pengurusan tahap bawahan atau jurujual.Pihak lain yang

ASAS PEMASARAN CBA 311

turut terlibat di dalam penentuan harga seperti pengurus jualan,pengurus produk,pengurus kewangan dan akauntan.

ASAS PEMASARAN CBA 311

Faktor-Faktor Luaran

Persaingan Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat.Apabila pengguna ingin membeli sesuatu produk,mereka akan mempertimbangkan produk tersebut dengan produk-produk

pesaing.Selain itu,syarikat yang mempunyai strategi harga tinggi dan margin tinggi akan menggalakkan ramai pesaing memasuki pasaran.Syarikat juga perlu mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pesaing.

Pasaran dan Permintaan sebelum penetapan harga dibuat berasaskan pasaran dan permintaan,ahliahli pemasaran mesti terlebih dahulu memahami hubungan di antara dua faktor tersebut. i) Penentuan harga dalam pasaran yang berbeza.

Terdapat empat jenis pasaran yang berbeza yang memberikan cabaran kepada strategi penentuan harga.Pertama,persaingan tulen,pasaran ini terdiri daripada ramai pembeli dan penjual yang berdagang dalam barangan komoditi yang serupa seperti beras,timah dan getah.Tidak ada seorang pembeli atau penjual boleh mempengaruhi harga.Penjual tidak boleh menaikkan harga kerana pembeli akan membeli dari penjual lain pada harga yang rendah.Strategi pemasaran tidak memainkan peranan yang penting.

ASAS PEMASARAN CBA 311

Kedua,persaingan monopolistik, iaitu pasaran mengandungi ramai pembeli dan penjual yang berdagang di bawah harga yang berbeza.Harga yang berbeza ini berlaku kerana penjual dapat membezakan tawaran mereka kepada pembeli.. Ketiga,persaingan oligopolistik, iaitu pasaran mengandungi segelintir penjual yang sangat peka kepada strategi penentuan harga dan strategi pemasaran antara mereka.Produk yang ditawarkan terdiri daripada produk yang seragam seperti besi dan timah atau produk yang tidak seragam seperti kereta dan komputer.Bilangan penjual sedikit kerana penjual baru sukar untuk memasuki pasaran. Keempat,monopoli tulen, iaitu pasaran ini mengandungi hanya seorang penjual.Penjual biasanya terdiri daripada kerajaan (bekalan air) atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan (elektrik dan telefon).Monopoli kerajaan mungkin menetapkan pelbagai objektif penentuan harga.Ia akan menetapkan harga di bawah kos kerana produk sangat penting kepada pengguna dan pengguna mungkin tidak berkemampuan untuk membayar kos penuh. ii) Tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai

Penentuan harga yang berkesan dan berorentasikan pembeli melibatkan pemahaman tentang berapa banyak nilai yang pengguna letakkan ke atas faedah yang mereka akan terima dari produk dan kemudian menetapkan harga yang bersesuaian dengan nilai itu.Faedah itu termasuk faedah sebenar dan faedah tertanggap.Strategi penentuan harga yang baik

ASAS PEMASARAN CBA 311

mengenalpasti keperluan pengguna dan tanggapan mereka terhadap harga. Harga mesti dipertimbangkan selari dengan elemen-elemen campuran pemasaran yang lain sebelum program pemasaran dapat ditetapkan. iii) Hubungan harga dengan permintaan

Dalam keadaan biasa, harga dan permintaan mempunyai hubungan yang songsang. Lebih tingggi harga, lebih rendah permintaan.

Persekitaran Keadaan ekonomi Negara dan dunia,kerajaan yang membuat kawalan harga dan faktor sosial dimana harga tidak membebankan pengguna. Keadaan ekonomi yang meleset mempengaruhi keputusan penentuan harga kerana ia mempengaruhi kedua-dua kos pengeluaran produk dan tanggapan pengguna ke atas harga dan nilai sesuatu produk.

ASAS PEMASARAN CBA 311

1.3 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,faktor luaran dan faktor dalaman mempengaruhi penentuan harga dalam pasaran.Harga merupakan salah satu elemen yang penting di dalam campuran pemasaran.Faktor dalaman terdiri daripada objektif pemasaran,strategi campuran pemasaran,kos dan pertimbangan organisasi.Faktor-faktor luaran pula terdiri daripada keadaan pasaran dan permintaan, persaingan dan lain-lain faktor persekitaran.