Вы находитесь на странице: 1из 9

KANDUNGAN FOLIO: BAHAGIAN A 1.

HALAMAN (i) NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS TAMAN DESA SERI HARTAMAS, 50480 KUALA LUMPUR
TAJUK FOLIO KAMAR SELESA MOTO KAMAR SELESA SEKOLAHKAMAR SELESA SEMUA SIHAT KAMI SUKA

2. HALAMAN (ii) KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

3. HALAMAN (iii) PENGHARGAAN

Jawatankuasa 3K sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar Sekolah Kebagsaan Seri Hartamas, Datin Sakinah Bt Omar serta guru-guru Penolong Kanan di atas sokongan, idea dan kewangan sekolah yang telah diberikan sehingga kami Jawatankuasa 3K dapat menjalankan dan menyempurnakan folio ini dengan baiknya. Tidak lupa juga kami ucapkan kepada semua warga sekolah yang turut sama menyumbangkan tenaga dan idea bagi menyempurnakan penghasilan folio dan pengubahsuaian Kamar Selesa mengikut perbincangan yang telah dibuat. Akhir sekali kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, orang perseorangan yang telah sudi turut serta membantu pihak sekolah dalam merealisasikan Program Kamar Selesa sebagai program untuk mencantik, menceria dan dan membersihkan tandas menjadi kamar-kamar yang selesa dan disenangi oleh pengguna.

PENGESAHAN OLEH GURU BESAR

BAHAGIAN B 1. PENGENALAN

Program kamar selesa adalah bertujuan untuk memberi satu imej yang baru kepada tandas-tandas sekolah terutamanya tentang kebersihan dan keceriaan tandas. Ini kerana apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah dengan menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Program kamar selesa ini diharapkan agar dapat mengubah semua persepsi warga SK Seri Hartamas terhadap kepentingan tandas dan kepentingan menjaga kebersihan tandas supaya sentiasa selesa, selamat dan ceria.

2. RASIONAL, MATLAMAT DAN OBJEKTIF a. RASIONAL

Program kamar selesa ini untuk keselesaan dan kesihatan semua warga SK Seri Hartamas. Selain itu, program ini dijalankan bagi mewujudkan sekolah yang sihat, bersih dan indah. Diharapkan program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara semua warga SK Seri Hartamas.
b. MATLAMAT

Membentuk budaya kamar selesa dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan warga SK Seri Hartamas khasnya serta membanteras punca/gejala penyakit di sekolah.
c. OBJEKTIF

i. ii.

iii.

Menerapkan kesedaran dalam kalangan murid SK Seri Hartamas tentang peri pentingnya menjaga kebersihan kamar selesa. Warga sekolah dapat mengamalkan budaya menjaga kebersihan di dalam kamar selesa dengan memastikan kamar selesa sentiada dalam keadaan sempurna, ceria dan selesa setiap masa. Menukar persepsi murid dan warga sekolah terhadap kebersihan kamar selesa sekolah.

3. JAWATANKUASA KAMAR SELESA

Jawatankuasa Induk kamar selesa Pengerusi: Guru Besar Naib Pengerusi 1: En Muhammad Amin b Abdul Hamid(GPK HEM)-tandas lelaki Naib Pengerusi 2: En Halim Bin Khamis-Pss Naib Pengerusi 3: En Ahmad Rafaie b Mohammad-tandas perempuan Setiausaha: Pn Habibah Bin Abdullah- Penyediaan Folio dan pelaporan Ahli Jawatankuasa: Pn Haslenda bt Jalaludin (Tandas murid perempuan tahap 1) Pn Sharmini a/p Rajendran (tandas perempuan Tahap 2 Encik Osman Bin Ahmad (kamar selesa murid lelaki tahap 1) En Khairil Helmi b Abd Aziz(kamar selesa murid lelaki tahap 2) En Mohammad Khadry bin Mustafa (Kamar selesa guru dan VIP) Pn su: ( Kebersihan semua tandas)

4. SENARAI JUMLAH KAMAR SELESA DAN PELAN LOKASI SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas mempunyai 10 Kamar Selesa untuk dibaik pulih. Berikut ialah senarai nama Kamar Selesa yang dilabelkan di sekolah ini.

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.

Mawar Melur Tanjung Kenanga Kemboja Cempaka Jasmine Kasturi Lavendar

Di sini di lampirkan Pelan Lokasi Kamar Selesa di sekolah ini.

5. JADUAL PEMBERSIHAN 6. USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN KAMAR SELESA

Mewujudkan jawatankuasa Memberi taklimat kepada jawatankuasa, guru, pekerja pembersihan dan murid Mengagihkan tugas mengikut kumpulan dan lokasi Pemuafakatan dengan ibu bapa Gotong-royong:- baik pulih, mengecat, membersih Membahagikan kamar mengikut kelas, menutup semua tandas yang tidak boleh dibaik pulis lantaran kekurangan kos baik pulih Melebelkan kamar dengan kata-kata nasihat dan peringatan Menampalkan gambar-gambar untuk menceriakan kamar Menukarkan tuala pengelap tangan dan sabun pencuci tangan, membersih lomgkang.

BAHAGIAN C 1. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN BAHAGIAN D 1. KESIMPULAN /PENUTUP

Syukur alhamdulillah akhirnya folio program pertandingan kamar selesa dapat juga disiapkan dengan kerjasama dan gandingan bahu guru-guru yang terlibat. Melalui pertandingan kamar selesa ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran dan memupuk budaya menjaga kebersihan sejak di peringkat usia muda lagi. Di samping itu juga melalui pertandingan ini pihak sekolah dapat mengenalpasti masalah-masalah berkaitan tandas dan berusaha untuk menaik taraf kemudahan tandas di sekolah.Selain itu pihak sekolah dapat membuat perancangan dan mencari pendekatan terbaik bagi menjaga kebersihan dan penyenggaraan tandas dengan lebih baik dan sistematik. Antara penyumbang kepada masalah kebersihan tandas di sekolah yang dapat dikenalpasti adalah struktur bangunan atau tandas yang sudah terlalu lama dan kerosakan

tidak dibaik pulih pada peringkat awal. Selain itu, masalah ketiadaan air, tiada jadual pencucian secara berkala serta tiada kesedaran sivik di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah turut menjadi punca tandas menjadi kotor. Keadaan yang kurang memuaskan itu tidak akan berlaku jika semua pihak terutama pelajar menggunakan tandas seperti di rumah sendiri.Semua pihak seharusnya ditanamkan rasa tanggungjawab terhadap setiap kemudahan yang disediakan. Kesimpulannya program kamar selesa ini adalah pendekatan yang paling sesuai bagi memperbaiki keadaan berkaitan isu-isu tandas. Diharapkan pendekatan ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi yang mementingkan kebersihan di samping menaikkan imej sekolah, Seluruh warga SKSH diharap dapat mempertingkatkan lagi kebersihan dalam penggunaan tandas serta dapat menggunakan tandas dengan penuh keselesaan. Terima kasih juga kepada semua warga SKSH yang sama-sama menjaga kebersihan tandas, pastikan peningkatan akan berlaku dan SKSH akan menjadi juara pertandingan kamar selesa pada tahun ini juga pada tahun yang akan datang.

Вам также может понравиться