Вы находитесь на странице: 1из 26

Kandungan

TOPIK PENGENALAN APA ITU RESUME PANDUAN PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS RESUME PANDUAN MENULIS RESUME HALAMAN 2 5 7 9

CONTOH RESUME

13

PENUTUP

24

PENGENALAN

PANDUAN MENULIS RESUME YANG LENGKAP

1) Pengenalan Dalam Ebuku ini,saya akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi mengenai cara dan panduan lengkap menulis resume dengan berkesan.Resume ini dapat digunakan oleh pelajar dan mereka yang ingin memohon sebarang pekerjaan. Ok,kita mulakan dengan kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi tiga peringkat iaitu peringkat: A. Sebelum temuduga B. Semasa temuduga C. Selepas temuduga

Dalam penulisan resume atau latar belakang diri, ianya merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga.Resume juga merupakan satu

dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga. Resume juga bertindak dalam memperkenalkan diri anda kepada penemuduga dengan lebih berkesan dan cepat.Segala maklumat penting yang terdapat dalam resume amat berguna dalam mencapai kejayaan kelak dalam temuduga.

APA ITU RESUME

2)Apa itu Resume? Tidak faham dengan definisi resume? Ok,resume ialah satu dokumen rasmi peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan atau pemilihan sesuatu jawatan. Resume juga merupakan satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.

Maksud resume juga merangkumi kepada satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri serta sebagai satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan. Selain itu,resume juga dapat didefinisikan sebagai suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.

PANDUAN PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS RESUME

3)Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh anda ialah menyediakan butiranbutiran seperti berikut: Contoh : a)Nama dan maklumat peribadi. b)Alamat surat menyurat. c)Latar belakang pendidikan (menengah ke atas). d)Pencapaian dalam pendidikan. e)Penglibatan dalam kokurikulum. f)Anugerah serta kejayaan tertentu. g)Pengalaman / latihan praktik (jika ada) h)Kemahiran serta bakat tertentu. Seterusnya anda pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Contoh resume yang boleh dilakukan akan saya berikan selanjutnya nanti. Di akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan.Setelah itu, hasil terakhir resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu contohnya di atas kertas (A4 80 gram)

PANDUAN MENULIS RESUME

4)Komponen-komponen Penting dalam Resume Antara komponen penting yang biasanya dimasukkan ke dalam resume ialah di antaranya : 1)Nama penuh (mengikut kad pengenalan) 2)Gambar terbaru (saiz passport) 3)Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan) 4)Alamat surat menyurat (termasuk poskad) 5)Alamat tetap (jika lain dari no. 4) 6)Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon). 7)Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan). 8)Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali). 9)Aktiviti kokurikulum dan persatuan. 10)Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian. 11)Penglibatan masyarakat / komuniti. 12)Penerbitan (jika ada). 13)Taraf serta kemahiran berbagai bahasa. 14)Kemahiran lain (menaip, komputer). 15)Lesen memandu (taraf / gred). 16)Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis). 17)Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara)

Bagaimana sudah tahu aspek apa yang penting dan perlu diletakkan dalam resume? Ok,jom teruskan bacaan pula kepada jenis-jenis resume.

5) Bahasa Resume Ingat!! menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan. Resume juga hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap maksudnya.Dalam penulisan resume juga perlu dielakkan kesilapan ejaan. Jadi sentiasa mengimbas kembali resume anda supaya tiada sebarang kecacatan atau kesalahan.

6) Kelemahan Resume Ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan kelemahan resume? Resume yang lemah ialah resume yang terlalu panjang dan terperinci. Selain itu,kelemahan resume juga dapat dilihat melalui penulisan yang terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen-komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap.

Resume juga tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan. Seperti yang saya kata sebentar tadi, kesalahan ejaan serta mutu menaip yang kurang baik merupakan kelemahan utama dalam penulisan resume. Terdapat

beberapa lagi kelemahan resume antaranya ialah: 1.)Maklumat diberi kurang lengkap 2.)Format kurang kemas dan tidak ditaip 3.)Lemah tatabahasa / gaya bahasa 4.)Menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama

7)Surat Iringan (Cover Letter) Untuk tips yang terakhir,resume yang dihantar kepada majikan mestilah diiringi dengan surat iringan (cover letter).Surat iringan yang lengkap mempunyai 3 bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan dan penutup. Bahagian permulaaan menceritakan tentang memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda menulis kepada mereka.

Bahagian pertengahan pula menceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan) Manakala,bahagian penutup berkisarkan mengenai tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut dan nyatakan dengan lengkap alamat suratmenyurat dan nombor telefon anda.

Ingin tahu contoh resume yang dapat dihasilkan?jom teruskan bacaan dan lihat di bawah.

CONTOH RESUME

CONTOH RESUME 1

GAMBAR ANDA

MOHD SUHAIRI BI YAAKUB

Contact Info

Address

: No.23, Jln Jejala 1, 8/11A seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tel (Mobile) Email

: :

012-9555731/019-3245318 udi_jogho@yahoo.com

Personal Particulars

Age Nationality Marital Status

: : :

27years Malaysia Single

Date of Birth Gender IC No.

: : :

25 JANUARY 1982 Male 820125-06-5611

Educational Background

Highest Education

Level

Degree

CGPA

2.86

Field of Study Name of Institution

: :

Art and Design (FINE ART) MARA University of Technology

GPA

3.00 Nov 2008

Graduation Date :

Level

Diploma

CGPA

3.25

Field of Study Name of Institution

: :

Art and Design (FINE ART) MARA University of Technology

GPA

3.31 June 2006

Graduation Date :

Secondary School

Name of Institution Years Grade

SMK. MERAPOH, KUALA LIPIS, PAHANG

: :

2000 SPM (3B, 4C, 2D, 1E)

Skills

Computer Skill MS Office (Word, Power Point) Adobe Illustrator Photoshop Macromedia flash Macromedia Director 3D max5 Use the internet and email.

Proficiency Advanced Advanced Advanced Adobe

Intermediate Intermediate Intermediate

Manual Skills Able to draw/paint in any medium like: - Charcoal - Acrylic - Oil Paint - Ink - Water Colour - etc.

Sculpture: - Modeling Sculpture. - Basic technique of conventional sculpture making.

Print Making: - Design and making silkscreen print also CMYK print. - Design and making woodcut and lino print.

- Able to handle and making etching print including intaglio, dry point and photo etching.

Languages

Proficiency (Best=10Worst= 1)

Languages Malay English German

Spoken 10 7 5

Written 10 5 5

Curricular Activities

1. Participant and group members in degree show 3 Degree Fine Art department degree show Mara University of Technology shah alam, Selangor. 2. TANJONG HERITAGE 2007, Tanjong Public Limited Company 2007 3. Citra Terengganu, Lembaga Muzium Negeri 2007 4. Art exhibition Biru Hijaunya The Royal Belum. 5. Pameran Pertandingan Melukis Warisan Terengganu 6. Participant and group members in diploma show Mara University of Technology Machang campus, Kelantan.

2008

Terengganu 2006 2006 2006

7. Pameran Seni Rupa Inspirasi Perak

2005

Employment History

WORK EXPERIENCES

Company Name Position Title Position Level Industry Monthly Salary Date Joined Work Description

: : : : : :

Chapter 5 Advertising Designer Practical Advertising RM 1500 3 Months (2007)

1. Signboard, car stickers

2. Design for advertisement used

Miscellaneous

Personality:

1. Dynamic 2. Creative

3. Able to interact and communicate with people at all levels 4. Good interpersonal skills with ability to show high integrity and ethical values 5. Willing to learn and work in a challenging environment 6. Independent and self-motivated 7. Work within project deadline and timing commitments 8. Able to be flexible even in new environment or industry 9. Willingness to try new challenges 10. Team player in achieving corporate goals

Preferences

Expected Salary Willing to Travel Willing to Relocate Possess Own Transport

: : : :

RM2000 (negotiable) Will consider Will consider Yes (motorcycle)

References

Name Position Company Contact Number :

: : :

Prof. madya Hj Awang Damit Bin Ahmad Lecturer MARA University Of Technology 019-2275469

Name

En. Suhaimi bin Tohid

Position
Company Contact Number

:
: :

Programme Director
Mara University Of Technology 019-2540161

CONTOH RESUME 2

GAMBAR ANDA

MUHAMMAD HAIRI BIN YUSOF No 8, Taman Baiduri, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah, Malaysia. ( No Telefon: 019-9034561 )

BUTIRAN DIRI

NAMA NO. K/P NO. MATRIK TARIKH LAHIR

: : : :

Muhammad Hairi bin Yusoff 881020-14-5253 KET050030 20/10/1988

TEMPAT LAHIR KEWARGANEGARAAN BANGSA AGAMA KETINGGIAN BERAT LESEN KENDERAAN ALAMAT RUMAH

: : : : : : : :

PUSRAWI, Kuala Lumpur Malaysia Melayu Islam 185cm 70kg Motosikal (B2), Kereta (D) No 8, Taman Baiduri, Jalan Langgar,05460 Alor Setar,Kedah, Malaysia.

NO.TEL ALAHAN/KESIHATAN

: :

019-9034561 (Hp), 04-7333576 Tiada

(R)

BUTIRAN AKADEMIK

PROGRAM FAKULTI TAMAT PENGAJIAN PNGK BANTUAN KEWANGAN

: : : : :

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan TELEKOMUNIKASI Kejuruteraan 2008/09 3.66 Biasiswa MARA

BUTIRAN IBUBAPA/ PENJAGA

NAMA AYAH

Hj. Yusof b Ismail

PEKERJAAN NAMA IBU PEKERJAAN STATUS ALAMAT

: : : : :

Pensyarah Hjh. Noor Aini bt Othman Pensyarah Suami Isteri No 8, Taman Baiduri, Jalan Langgar,05460 Alor Setar,Kedah, Malaysia.

NO. TEL PENDAPATAN

: :

04-7333576 RM 3600.00

KEGIATAN KO-KURIKULUM

SEKOLAH RENDAH 1) Ketua Kelas

2) Naib JohanLumba Lari 4x400m 3) AJK Unit Pengakap

SEKOLAH MENENGAH 1) Ketua Tingkatan 4,5

2) Quarter Master Kadet Remaja Sekolah 3) AJK Pembimbing Rakan Sebaya

MATRIKULASI

1) AJK Pembimbing Rakan Sebaya

2) AJK Persatuan Matematik

UNIVERSITI

1) Pen. Pengarah Sambutan Bulan Kemerdekaan 2) AJK Pendaftaran larian gemilang 3) Ketua Biro Edisi 12 4) Pen Pengarah Teknikal Malam Warisan Melayu

KEBOLEHAN

BERTUTUR

Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

MENULIS

Lancar menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

KEMAHIRAN KOMPUTER : KEMAHIRAN LAIN PENGALAMAN KERJA : :

Microsoft Office, Paint, Melukis dengan baik, hasil kerja yang kemas Tiada

PENUTUP

Jadi bagaimana sudah faham dengan cara membuat resume? Saya yakin anda mampu membuat dan menghasilkan sebuah resume yang lengkap dan berkesan. Saya doakan anda semoga berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak. Salam ikhlas daripada saya.

Sekian terima kasih.

Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh aka Pok Loh @ Cikgu Loh www.LepasanSPM.com www.cikguinstitutperguruan.com/blog www.Facebook.com/panduanselepasSPM

Вам также может понравиться